Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong MySTEP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Effective Ogos 2021

Jawatan Kosong MySTEP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional kini sedang ditawarkan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 30 Ogos 2021, Isnin. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ingin mempelawa warganegara
Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi satu (1) jawatan kontrak di bawah Personel
Short Term Employment Program (MySTEP) bagi tahun 2021 seperti yang dinyatakan di bawah.

Maklumat Jawatan Kosong MySTEP

  • Jawatan: Pegawai Sumber Manusia Gred 41
  • Gaji: RM2,000.00
  • Tempoh Lantikan: sehingga 31 Disember 2021
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
  • Penempatan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Ibu Pejabat)

Deskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan
pembangunan organisasi serta sentiasa bersedia untuk sebarang arahan dari semasa ke
semasa.

Syarat Kelayakan

ef447ebe cc72 4fa0 ae8c a7725b1bef89 1

Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
pengurusan sumber manusia atau pentadbiran awam atau yang berkaitan dan
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

MUAT TURUN: IKLAN PENGAMBILAN MYSTEP 41 BKP

Cara Permohonan

  1. Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti
    berikut (tidak akan dikembalikan):
    a) Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport; dan
    b) Salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil akademik iaitu SPM, Ijazah Sarjana
    Muda serta sijil lain yang berkaitan.
  2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui emel ke [email protected]
    dengan catatan Permohonan Personel MySTEP – Jawatan Pegawai Sumber Manusia Gred 41 JPNIN.

Nota: Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temu duga

Senarai jawatan kosong yang lain:

33db04ba 3c39 49a5 9eb9 97e933fed168 4

Semoga perkongsian Jawatan Kosong MySTEP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati