Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021

Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021

Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021 dibuka sehingga 18 September 2021.Pinjaman pendidikan di dalam seksyen pembiayaan pendidikan negeri kedah adalah bertujuan untuk membantu para pelajar yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari segi kewangan mereka.

Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021 : Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK)

Tarikh Permohonan

Tarikh Buka : 15 Ogos 2021

Tarikh Tutup : 18 September 2021

Kadar Pinjaman

  • Sebanyak RM6,500 setahun
  • Manakala RM7,500 setahun bagi pengajian di UNISHAMS
  • Wang akan disalurkan terus ke akaun pelajar untuk setiap semester

Syarat Kelayakan Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021

  1. Pemohon dan ibu bapa haruslah merupakan anak kelahiran Kedah dan warganegara Malaysia
  2. Kedua ibu bapa pemohon tidak disenarai hitam oleh SPPNK atau berada dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.
  3. Pemohon memiliki tahap kesihatan yang baik
  4. Pemohon belum menerima sebarang bantuan pendidikan atau biasiswa dari mana-mana agensi kewangan lain
  5. Pemohon mestilah sudah membuat pengesahan tawaran pengajian sepenuh masa dengan pihak IPT.

NOTA PENTING: Pelajar dikehendaki untuk menghantar keputusan peperiksaan setiap semester pengajian dalam masa 2 minggu dari tarikh keputusan diumumkan. Penghantaran hendaklah melalui emel kepada [email protected]

Cara Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021

Semua pelajar anak kelahiran Kedah digalakkan untuk memohon.

ipinjam kedah 768x783 1

Tempoh Bayaran Semula & Diskaun

  1. Pembayaran semula pinjaman akan bermula SELEPAS DUA BELAS (12) BULAN pelajar menamatkan pengajian mereka di IPT.
  2. Pembayaran semula pinjaman pendidikan adalah tanggungjawab peminjam serta penjamin mengikut jumlah keseluruhan pinjaman yang diterima dan caj perkhidmatan sebanyak 2% setahun ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.

Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021 : Kadar Diskaun

  • Peminjam yang memperoleh CGPA 3.5 ke atas serta telah menerima tajaan sepenuhnya sepanjang tempoh pengajian dan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Perlu menghantar permohonan rasmi beserta dokumen yang diperlukan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kelulusan SENAT IPT dikeluarkan.
  • Pihak Jawatankuasa Akaun Amanah SPPNK akan mempertimbang permohonan peminjam.

Senarai IPTA/S

  1. Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di mana-mana Universiti Awam Tempatan
  2. Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:-
    • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    • Asian Institute of Medicine Science and Technology (AIMST)
    • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
    • TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
    • Universiti Selangor (UNISEL) dan
    • Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.
117357262 1591843290997322 5013161943430404230 n
Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada pihak SPPNK seperti berikut:

  • Talian : 04-702 7272 / 04-702 7296 (waktu operasi : 9.00 pagi-12.00 tengah hari)
  • Alamat pejabat : Unit Penajaan SPPNK, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah.
  • Emel: [email protected]

Selain itu, kami juga ada kongsikan pelbagai bantuan kerajaan seperti Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan dan lain-lain.

Perkongsian Bersama 

Semoga perkongsian berkaitan Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021 ini dapat memberi manfaat kepada semua anak kelahiran negeri Kedah untuk menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pengajian mereka. Anda juga boleh berkongsi artikel ini dengan kaum keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang layak menerima bantuan ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati