Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official 5 Jenis Makanan Ini Menyebabkan Lelaki Menjadi Lemah

Blog MainArticleImage male infertility

Berkenaan lelaki. Pakar Hormon dan Antipenuaan The KL Sky Clinic, Dr Shashi Kumar berkata, masalah ini berpunca daripada lima jenis makanan yang boleh melemahkan tenaga batin dalam kalangan lelaki.

Menurutnya, makanan itu mengandungi bahan mengurangkan penghasilan hormon testosteron yang begitu penting untuk menyerlahkan ciri-ciri kejantanan seorang lelaki.

Berdasarkan hasil ujian darah untuk saringan awal hormon testosteron terhadap pesakit yang datang ke klinik ini, ia menunjukkan 60 hingga 70 peratus lelaki berusia 28 hingga 40 tahun mempunyai hormon yang rendah.

5 Jenis Makanan Ini Menyebabkan Lelaki Menjadi Lemah

Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah tenaga batin. Agak mengejutkan kerana pada usia itu (28 hingga 40 tahun), sepatutnya paras hormon testosteron adalah tinggi.

1) Buah-buahan

Kertas Kerja Perniagaan Perusahaan Minuman Jus Buah-buahan dan Konfeksioneri (Tart Buah-buahan) lelaki

Di Malaysia, terdapat banyak buah-buahan manis yang tinggi kandungan gula sukrosa dan fruktosa seperti betik, mangga, tembikai, nenas dan sebagainya. Bukan hendak mengatakan makan buah-buahan tidak bagus, tetapi sebaik-baiknya kurangkan pengambilan iaitu dua kali seminggu. Buah-buahan tempatan ini rasanya manis dan sekiranya diamalkan makan setiap hari, ia boleh memberi kesan kepada penurunan hormon testosteron.

Sebenarnya khasiat buah-buahan ini boleh diperoleh daripada sayur-sayuran dan amat digalakkan untuk mengamalkannya. Sayur-sayuran boleh dianggap sebagai makanan unggul (superfood) kerana kandungan nutrien tinggi yang sangat diperlukan tubuh selain bebas gula.

2) Ayam

NASI AYAM GORENG KUNYIT
NASI AYAM GORENG KUNYIT

Umum mengetahui ayam adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia, tetapi di sebalik keenakannya, ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan terutama lelaki. Ini kerana kebanyakan ayam dalam pasaran adalah ayam ternakan yang disuntik dengan hormon tumbesaran dan estrogen bagi mempercepatkan pembesaran.

Malah haiwan ini juga lebih gemuk selain dagingnya mempunyai banyak lemak berwarna putih yang tidak bagus untuk kesihatan. Tempoh pembesaran ayam begitu singkat iaitu 28 hari bermula daripada peringkat telur hingga dijual di pasaran. Sedangkan tempoh pembesaran ayam secara semula jadi ialah 100 hari, tanpa sebarang suntikan hormon.

Ramai beranggapan ayam adalah sumber protein yang mudah diperoleh di samping harganya lebih murah berbanding ikan. Hakikatnya suntikan hormon itu boleh memberi kesan terhadap kesihatan iaitu menurunkan hormon testosteron, tetapi meningkatkan hormon estrogen (hormon wanita) dalam kalangan lelaki. Sepatutnya paras hormon ini (estrogen) rendah pada lelaki

3) Soya

Soya yang banyak digunakan dalam penghasilan makanan berasaskan kacang itu seperti kicap dan ‘tau fu fa’. Walaupun makanan ini tidak menjejaskan penghasilan hormon testosteron, ia boleh menjadikan paras hormon estrogen pada lelaki sangat tinggi. Ketidakseimbangan hormon ini boleh memberi kesan kepada fungsi organ lelaki menjadikan mereka lemah tenaga batin.

Selain itu, soya mengandungi asid lemak Omega 6. Jika jumlahnya terlalu banyak dalam tubuh, ia akan mengubah cara sel bertindak balas dan memberi kesan berbahaya kepada sel di jantung dan saluran darah.

4) Gula tambahan

Pengambilan gula tambahan dalam hidangan terutama ketika sarapan. Ini kerana ramai gemar mengambil sarapan bersama minuman bergula seperti teh tarik. Makanan dan minuman bergula ini, selain menurunkan hormon testosteron atau meningkatkan hormon estrogen, ia juga boleh meningkatkan jumlah lemak tersimpan dalam badan, salur darah yang akhirnya menyebabkan paras kolesteral tinggi.

Lipoprotein berketumpatan sangat rendah (VLDL) juga dikenali sebagai ‘triglycerides’, kebanyakannya berpunca daripada gula. Bagi mereka yang sudah melakukan ujian saringan darah dan kolesterol, boleh melihat profil lipid untuk mengetahui jenis dan jumlah kolesterol yang terkandung dalam darah.

Rata-rata lelaki mempunyai masalah kelamin ini mempunyai paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik yang rendah. Masyarakat perlu mengubah corak pemakanan yang lebih sihat dan digalakkan mengambil sarapan bersama air kosong.

5) Makanan mengandungi HFCS

Pengambilan makanan mengandungi HFCS yang kebanyakannya terdapat dalam minuman tin dan jus buah-buahan terproses. Gula ini diperoleh daripada bertih jagung dan diproses. Banyak makanan terproses seperti biskut, kek, roti serta krim mempunyai kandungan tinggi bahan itu.

Pengusaha industri makanan memilih menggunakan bahan ini untuk menjimatkan kos pengeluaran. Mereka hanya perlu menggunakan 20 gram (g) HFCS untuk mendapatkan kemanisan yang sama daripada penggunaan 100g gula biasa.

HFCS sangat manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Ia juga ‘musuh utama’ lelaki kerana menurunkan hormon testosteron.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati