Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong MARDI Effecting 2021

Jawatan Kosong MARDI

Jawatan Kosong MARDI ini merujuk kepada tawaran pekerjaan yang sedang dibuka oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Tarikh tutup bagi permohonan pekerjaan ini adalah pada 27 Ogos 2021, Jumaat. Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah digalakkan untuk membuat permohonan.

Maklumat Jawatan Kosong MARDI

  • Jawatan: Pegawai Penyelidik
  • Gred Jawatan: Setara dengan Pegawai Penyelidik Gred Q41
  • Gaji: RM2,500.00 (secara pukal)
  • Pusat Tanggungjawab: Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran &
    Agribisnes (ES)
  • Taraf Jawatan: Contract For Service (CFS)
  • Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun

Bidang Tugas

  1. Membantu mengatur pelaksanaan kajian lapangan dan urusan dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain serta pihak industri yang berkaitan.
  2. Menyediakan laporan kemajuan, interim dan laporan akhir projek serta dokumen perbentangan semasa mesyuarat dan perbincangan.
  3. Membantu melaksanakan pengurusan projek dari segi panggilan mesyuarat dan perbincangan serta memantau perbelanjaan projek.

Syarat Kelayakan Jawatan Kosong MARDI

b514af2f 4851 4e81 8df4 6d45a4c8a55f 1
Jawatan Kosong MARDI

Calon-calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh lantikan.

Kelayakan Akademik

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong & Borang Permohonan” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

MUAT TURUN:

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 yang disediakan di atas dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Pengarah
Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran & Agribisnes
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia,
Ibu Pejabat MARDI,
43400 Serdang,
Selangor
(U/P: Puan Ariffiah binti Ahmad)

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong MARDI ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati