Pernahkah anda mendengar tentang istilah ‘insomnia’? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah ini? Keadaan ini secara umunya adalah gangguan tidur yang akan menyebabkan keadaan tidur yang tidak memuaskan.
Situasi ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor dan kesan daripada gangguan tidur ini juga adalah amat luas terhadap semua individu tanpa mengira faktor usia. Perkongsian hari ini akan menekan tentang cara-cara yang dapat anda ambil untuk mengatasi masalah ini agar tidak berlajutan dan menganggu aktiviti harian dan tahap kesihatan anda.
Apakah Itu Insomnia?
Insomnia adalah gangguan tidur yang disertai dengan kesukaran untuk tidur atau mendaoatkan tidur yang memuaskan. Keadaan ini akan menyebabkan kesukaran dalam menjalani aktiviti harian seperti menyelesaikan tugasan di tempat kerja dan kesukaran untuk fokus ketika melakukan tugasan.
Tahukah anda insomnia dapat bersifat sementara dan ada juga yang sukar untuk dirawat. Keadaan ini disebabkan pelbagai faktor. Namun begitu, terdapat alternatif yang efektif agar masalah gangguan tidur ini tidak berlanjutan.
Apakah Faktor Insomnia?
Gangguan tidur ini disebabkan oleh beberapa faktor dari segi mental dan fizikal. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
- Stres:
Stres yang disebabkan oleh pekerjaan, hubungan atau kehidupan sehari-harian akan menganggu pola tidur kita.
- Kesihatan mental:
Kerisauan, depresi atau gangguan mental yang lainnya akan menyebabkan timbulnya gangguan tidur ini.
- Kesihatan fizikal:
Beberapa keadaan yang mempengaruhi kesihatan fizikal seperti asma akan menyebabkan gangguan tidur ini berlaku.
- Gaya hidup yang tidak sihat:
Pengambilan kafein yang berlebihan, merokok dan meminum alkohol serta kurangnya aktiviti fizikal akan mempengaruhi kualiti tidur seseorang.
- Perubahan jadual tidur:
Perubahan jadula tidur akan menyebabkan insomnia yang sementara kerana tubuh masih belum selesa dengan jadual tidur yang tiba-tiba berubah.
- Faktor luaran:
Faktor luaran seperti cahaya, suara atau suhu yang tidak nyaman semasa tidur juga akan menyebabkan gangguan tidur yang bersifat sementara.
- Ubat-ubatan dan suplemen:
Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah tinggi, alergik atau ubat-ubatan lain yang terlarang akan menganggu pola tidur harian.
- Faktor genetik:
Sejarah keluarga yang menghidap insomnia akan meningkatkan risiko seseorang menghidapinya.
- Perubahan hormon:
Perubahan hormon yang berlaku terutamanya semasa mengandung, menopause atau haid akan mempengaruhi pola tidur.
Cara Mudah Hilangkan Insomnia
Terdapat beberapa cara yang dapat membantu anda semua mengatasi masalah gangguan tidur ini. Berikut merupakan langkah-langkah menangani masalah ini:
- Menjalankan aktiviti harian:
Dengan melaksanakan rutin harian seperti tidur yang konsisten, anda dapat mengelakkan gangguan tidur ini daripada berlaku.
- Memastikan kawasan tidur yang nyaman dan selesa:
Bilik tidur yang gelap, tenang dan sejuk yang dilengkapi dengan bantal dan selimut membantu anda meningkatkan kualiti tidur.
- Elakkan pengambilan kafein:
Pengambilan kafein seperti kopi, alkohol atau nikotin sebelum tidur akan menyebabkan kesulitan untuk tidur.
- Melakukan senaman secara berkala:
Melakukan olahraga atau senaman ringan secara berkala dapat membantu meningkatkan kualiti tidur. Walaupun bagaimanapun, elakkan daripada melakukan senaman sebelum waktu tidur agar badan anda mempunyai masa untuk berehat.
- Elakkan tidur di siang hari:
Jika anda memerlukan tidur di siang hari, anda disarankan untuk tidur dalam waktu yang singkat dan elakkan waktu tidur yang terlalu dekat dengan waktu tidur di malam hari.
- Mempraktikkan aktiviti ringan sebelum tidur:
Melakukan aktiviti yang menenangkan seperti membaca, mandi air suam atau meditasi sebelum tidur dapat membantu tubuh kita bersedia untuk tidur.
- Hindari melakukan aktiviti lain di tempat tidur:
Gunakan tempat tidur hanya untuk tidur dan bukan untuk melakukan pekerjaan, menonton televisyen atau memain telefon bimbit.
- Elakkan melakukan aktiviti yang boleh menganggu masa tidur:
Aktiviti seperti bermain permainan atas talian dan menonton rancangan kegemaran akan menganggu pola tidur dan adalah baiknya jika tabiat ini dihindari agar tubuh mendapat rehat yang secukupnya.
- Bertemu dengan doktor:
Sekiranya gangguan tidur ini terus menerus berlanjutan, anda dinasihatkan untuk bertemu dengan mereka yang pakar dalam bidang ini iaitu doktor untuk mendapatkan rawatan dan saranan yang sepatutnya dari segi terapi dan pengambilan ubat-ubatan.
Petua Hilangkan Insomnia
Terdapat juga beberapa petua semulajadi yang mampu membantu anda mengatasi gangguan tidur ini. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
- Minum teh herba:
Teh herba seperti chamomile, peppermint atau lavender yang menenangkan dapat membantu anda tidur dengan cepat dan mudah.
- Mandi air suam:
Mandi air suam sebelum tidur dapat membantu meredakan ketengangan otot dan mempersiapkan tubuh badan untuk tidur.
- Memasang muzik yang menenangkan:
Mendengar muzik yang menenangkan sebelum tidur dapat meredakan stres dan meningkatkan kualiti tidur.
- Gunakan essential oil:
Aroma terapi dengan menggunakan minyak essential seperti lavender dapat membantu menenangkan tubuh dan membantu anda untuk tidur nyenyak.
- Sembur cecair aromaterapi ke bantal
Menggunakan bantal dengan wangi yang menenangkan seperti lavender dan vanila dapat menenangkan fikiran.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya tentang insomnia yang bermula dengan maksud, penyebab,langkah-langkah pencegahan serta petua bagi menangani gangguan tidur ini. Diharapkan anda memahami apa yang saya sampaikan melalui penulisan ini dan semoga ia bermanfaat dan mampu membantu para pembaca yang mengalami masalah yang sama.
Berapa lamakah insomnia dapat bertahan?
Insomnia dapat bertahan selama beberapa hari atau minggu dan jangka masa yang paling lama adalah tiga kali seminggu atau tiga bulan lebih.
Bagaimanakah cara mendiagnos insomnia?
Gangguan tidur ini biasanya dapat didiagnos melalui sejarah tidur dan pola tidur pesakit. Doktor merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menentukan sama ada anda mempunyai gangguan tidur atau tidak.
Apakah ubat-ubatan yang dapat mengatasi insomnia?
Terapi ubat-ubatan dapat membantu masalah ini namun begitu, pengambilan ubat-ubatan ini haruslah diawasi oleh doktor untuk menghindari kebergantungan terhadap ubat atau kesan sampingan yang boleh merugikan pesakit.
Apakah insomnia dapat dicegah?
Ya boleh dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga rutin tidur yang konsisten, mengawal stres dan memelihara kesihatan mental dan fizikal.
Apakah insomnia terjadi kepada semua orang?
Ya, insomnia dapat menganggu sesiapa sahaja sama ada mereka anak-anak, remaja atau orang dewasa. Namun, terdapat faktor yang berbeza yang mampu mempengaruhi keadaan ini.