Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Cara Mencegah Dehidrasi Ketika Puasa

tebi
5 Cara Mencegah Dehidrasi Ketika Puasa 5

Pengenalan Dehidrasi

Tubuh manusia mengandungi sekitar 60 peratus air dan ia memainkan fungsi penting sebagai pembawa zat, menyerap haba metabolisme tubuh serta menjaga aliran darah serta membuang sisa zat berlebihan dalam badan. Ketika bulan puasa, tubuh badan akan mengalami sedikit kekurangan air dalam tubuh, bagaimanapun jika kekurangan air ini menjadi teruk, seseorang boleh mengalami dehidrasi dan membawa kepada strok haba.

Seseorang yang berpuasa adalah lebih berisiko untuk mengalami dehidrasi dengan beberapa gejala seperti mulut terasa kering, pening dan mual selain penghasilan air kencing yang sedikit dan berwarna gelap. Artikel kali ini adalah untuk menerangkan maksud dehidrasi, tanda-tanda dehidrasi dan cara-cara mencegah dehidrasi ketika berpuasa.

Apakah itu Dehidrasi?

Dehidrasi adalah keadaan apabila badan kekurangan banyak air. Air adalah komponen yang sangat penting di dalam badan. Lebih kurang 60 peratus daripada berat badan manusia dewasa adalah air. Jika air di dalam badan berkurang, banyak fungsi badan yang tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Kurang air atau dehidrasi ketika puasa adalah bahaya untuk kesihatan anda. Jika anda minum kurang dari 8 gelas air setiap hari, diburukkan lagi dengan keadaan cuaca yang sedang panas dan banyak melakukan aktiviti berat boleh meningkatkan risiko anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa.

Tanda-tanda Dehidrasi Ketika Puasa

Jika anda mengalami dehidrasi ketika puasa, antara tanda-tanda yang boleh berlaku pada anda adalah:

  • Pening kepala.
  • Lebih jarang buang air kecil.
  • Warna air kencing lebih gelap.
  • Kurang berpeluh.
  • Kekeliruan.
  • Rasa nak pengsan.
  • Palpitasi, iaitu rasa jantung bergegup lebih cepat.
95749211 2420580404869151 739332754050646016 n
5 Cara Mencegah Dehidrasi Ketika Puasa 6

Tanda-tanda Dehidrasi Pada Kanak-kanak

Dehidrasi mungkin terjadi sekiranya kanak-kanak menunjukkan salah satu tanda-tanda berikut:

  • bernafas dengan cepat.
  • kadar degupan jantung meningkat.
  • keresahan dan/atau kerengsaan.
  • lesu/lemah.
  • kulit kurang tegang (lipatan kulit yang dicubit di abdomen lambat kembali normal)

Tanda-tanda Dehidrasi Sudah Semakin Teruk

Antara simptom dehidrasi teruk adalah seperti berikut;

  • Kulit kering dan berkedut.
  • Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif.
  • Mata cengkung.
  • Sukar bernafas.
  • Nadi yang lemah dan sangat cepat.
  • Tangan dan kaki terasa sangat sejuk.
  • Enggan makan.

Cara-cara Mengatasi Dehidrasi Ketika Puasa

Berikut lima cara membantu individu tidak mudah dehidrasi ketika puasa berdasarkan beberapa petua. Anda boleh mengamalkan petua ini semasa berbuka dan sahur di Bulan Ramadhan.

94960293 2715360815372685 2394989328934633472 n
5 Cara Mencegah Dehidrasi Ketika Puasa 7
  1. Kurma – Ia adalah makanan terbaik untuk sahur dan iftar (buka puasa) sepanjang Ramadan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam.
  2. Tembikai – Buah tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus buah. Elemen cecair yang terkandung di dalam buah tembikai juga termasuk mineral, kalsium dan magnesium adalah komponen yang penting bagi tubuh supaya tidak dehidrasi.
  3. Memulakan berbuka dengan amalan makan sup panas – Sup antara menu berkuah yang sesuai dijadikan sebagai pembuka selera semasa berbuka. Jika anda inginkan sup terbaik, sedia semangkuk sup jernih kerana ia adalah lebih baik berbanding sup mengandungi krim. Amalan ini bukan sahaja membantu meningkatkan cecair yang masuk dalam tubuh anda dan membolehkan tubuh menyerap air dan tenaga untuk hari-hari puasa seterusnya.
  4. Minum smoothie – Minum segelas smoothie buah-buahan sehari yang mengandungi banyak air seperti tembikai, nanas, mangga, epal dan peach.
  5. Pengambilan sayur-sayuran hijau – Sayur-sayuran hijau tertentu mengandungi 98 peratus air dan membantu menampung kehilangan cecair dalam badan.
95575424 129756888682262 4934576419880566784 n
5 Cara Mencegah Dehidrasi Ketika Puasa 8

Hadis Berkaitan Kurma

Kurma adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad yang perlu diikut terutama pada bulan Ramadhan. Antara hadis yang menyebutkan mengenai kelebihan memakan 7 biji kurma Ajwah pada waktu pagi.

  • Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

  • Daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ

Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]

Soalan FAQs Berkenaan Dehidrasi Ketika Puasa

Apakah Maksud Dehidrasi Ketika Puasa?

Dehidrasi adalah keadaan apabila badan kekurangan banyak air. Jika air di dalam badan berkurang, banyak fungsi badan yang tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Keadaaan ini lebih kerap berlaku ketika berpuasa.

Apakah tanda-tanda dehidrasi pada kanak-kanak?

Bernafas dengan cepat, kadar degupan jantung meningkat, keresahan dan/atau kerengsaan, lesu/lemah, kulit kurang tegang

Apakah makanan yang boleh mencegah dehidrasi ketika puasa?

Kurma, tembikai, sayur-sayuran, smoothie, dan makanan bersup

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati