Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official 7 Senarai Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia

7 Senarai Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia

7 Senarai Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia ini merujuk kepada senarai kesemua bantuan yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Yang Berhormat Senator Tengku Zafrul selaku Menteri Kewangan telahpun membuat hantaran di halaman Facebooknya berkenaan senarai bantuan yang disebutkan ini. Ketujuh-tujuh bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu mangsa banjir adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini.

7 Senarai Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia

Antara bantuan yang boleh dimohon oleh Keluarga Malaysia yang sedang ditimpa musibah banjir adalah seperti berikut:

1. Bantuan Wang Ihsan (BWI)

  • RM 1,000.00 – Untuk Ketua Isi Rumah Terjejas
  • RM 10,000.00 – Bantuan Kematian Untuk Waris Mangsa

2. Sumbangan Pembelian Barangan Keperluan

  • RM 2,500.00

3. Bantuan Baik Pulih Rumah

  • Sehingga RM 5,000.00
  • Sehingga RM 15,000.00 – Untuk Kerosakan Serius
  • Sehingga RM 56,000.00 – Untuk Rumah yang Musnah

4. Rebat Pembelian Barangan Elektrik

  • RM 500.00

5. Rebat Bil Elektrik

  • 100% Bagi Bulan Disember 2021

6. Diskaun Baik Pulih Kenderaan

  • Perodua
    – Pengecualian bayaran servis tunda & upah baik pulih kenderaan.
    50% diskaun alat ganti kenderaan.
  • Proton
    – Pengecualian bayaran servis tunda & 25% diskaun upah baik pulih kenderaan.
    50% diskaun alat ganti kenderaan.
  • Syarikat Lain
    – Pengecualian bayaran servis tunda.
    – Sekurang-kurangnya 25% upah baik pulih & alat ganti rugi kenderaan.

7. Rebat Baik Pulih/Penggantian Kenderaan Baharu

  • RM 1,000.00
May be an image of text that says "BANTUAN BENCANA BANJIR KELUARGA MALAYSIA SENARAI BANTUAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1,000 Untuk Ketua Rumah Terjejas JUMLAH BANTUAN RM10,000 Bantuan Kematian Untuk Waris Mangsa SUMBANGAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN BANTUAN BAIK PULIH RUMAH RM2,500 REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK SEHINGGA SEHINGGA RM5,000 RM15,000 untuk untukkerosakan serius SEHINGGA RM56,000 untuk umah yang musnah REBAT BIL ELEKTRIK RM500 DISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN 100% bagi bulan Disember 2021 PERODUA PROTON BAYARAN PENGECUALIAN BAYARAN KENDERAAN SYARIKAT LAIN BAYARAN ENDERAAN GANTI REBAT BAIK PULIH/ PENGGANTIAN BAHARU KENDERAAN KENDERAAN JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN RM1,000 SEHINGGA RM61,000 KEMENTERIANKEWANGANMALAYSIA"

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan kesemua bantuan bencana banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan ini boleh dirujuk menerusi halaman Facebook Kementerian Kewangan Malaysia DI SINI atau laman sesawang rasminya DI SINI.

Mana-mana individu atau keluarga yang terjejas dilanda musibah banjir ini diharapkan agar dapat memanfaatkan segala bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan ini dengan sebaiknya. Anda semua juga diseru agar menguar-uarkan hebahan bantuan ini kepada ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang terkesan dan berkelayakan untuk memohon. Buat semua Keluarga Malaysia yang terjejas, semoga anda semua diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan saat getir ini dan terus sentiasa bersemangat untuk mengharunginya bersama insan tersayang.

Semoga perkongsian 7 Senarai Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia ini dapat membawa perkhabaran gembira kepada mana-mana keluarga yang terlibat. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta maklumat jawatan kosong terkini menerusi Sistem Guru Online dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati