Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mudah Isytihar Harta Menggunakan Telefon Bimbit Sahaja Tahun 2020

Isytihar Harta
Isytihar Harta

Cara Mudah Isytihar Harta Menggunakan Telefon Bimbit Sahaja ini merupakan hasil perkongsian dari media sosial yang ditulis khas untuk memudahkan para guru dan semua kakitangan kerajaan membuat pengisytiharan harta.

Jika anda berminat untuk melihat contoh-contoh pengisytiharan harta oleh para pemimpin negara, sila check disini.

Tutorial Ringkas Proses Pengisytiharan Harta Guna Telefon

Mulanya sila login di website HRMIS.Kemudian sila ikut 7 langkah mudah ini. Sila tekan butang berikut :

  1. Pengurusan rekod peribadi
  2. Pengisytiharan harta
  3. Fungsi
  4. Pengurusan maklumat harta
  5. Tambah
  6. Isi maklumat
  7. Tekan butang isytihar

Kepentingan Isytihar Harta

Cara Mudah Isytihar Harta Menggunakan Telefon Bimbit Sahaja
Cara Mudah Isytihar Harta Menggunakan Telefon Bimbit Sahaja

SHAH ALAM – Transparency International Malaysia (TI-M) menyambut baik usul yang mewajibkan semua ahli Parlimen dan keluarga mengisytiharkan aset dan pendapatan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana isytihar harta itu mampu memastikan ketelusan dan akauntabiliti mereka diketahui rakyat.

Presidennya, Dr Muhammad Mohan berkata, pengisytiharan harta ini juga bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan serta boleh mengelakkan tuduhan palsu dan meningkatkan kepercayaan orang ramai.

Menurut beliau, ia juga boleh meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap ahli politik yang mereka pilih pada pilihan raya lalu.

Isytihar Harta

“Kita amat menyokong usul ini kerana ia (pengisytiharan harta) perlu dimulakan dari wakil rakyat dan ahli Parlimen terlebih dahulu bagi mengelakkan tuduhan palsu selain membantu mengatasi isu pertelingkahan kepentingan dan liabiliti.

“Rakyat berhak untuk mengetahui aset dan pendapatan sebenar wakil rakyat mereka sesuai dengan prinsip akauntabaliti dan ketelusan yang diperjuangkan dalam manifesto Pakatan Harapan. Dengan cara ini juga, rakyat tidak perlu lagi mempertikaikan amaun yang diisytiharkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengisytiharan harta secara atas talian tidak membawa sebarang bahaya seperti didakwa pihak tertentu.

“Mereka yang memilih untuk menjadi seorang ahli politik, jadi mereka harus sedar sebagai wakil rakyat mereka perlu telus dan menegakkan integriti.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan jika mereka bekerja keras dan memperoleh kekayaan dengan cara yang jujur,” katanya.

Tambah Dr Muhammad, beliau turut memuji tindakan Ahli Parlimen yang sudah mengisytiharkan harta mereka kepada umum.

“Mereka tidak perlu dipaksa untuk berbuat demikian kerana ia salah satu tanggungjawab mereka untuk berlaku jujur terhadap rakyat yang memilih mereka,” katanya.

Kelmarin, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan disokong Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, diluluskan selepas dibahaskan 26 Ahli Parlimen.

Selepas Vui Keong menggulung usul berkenaan, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, memaklumkan usul itu diluluskan sebulat suara tanpa sebarang bantahan termasuk daripada Ahli Parlimen pembangkang.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/35557/BERITA/Nasional/Isytihar-harta-elak-pertelingkahan-kepentingan-tuduhan-palsu

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati