Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021 (TKWBNS)

permohonan pinjaman tabung kumpulan wang biasiswa selangor 2021
Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021

Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021 (TKWBNS). Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tahun 2021 kini dibuka dan permohonan adalah secara dalam talian sahaja sehingga 31 Ogos 2021.

Program Peduli Siswa-Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. Program ini merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021
Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021

Kadar Bayaran Pinjaman

Kadar Tajaan

Kadar tajaan yang bakal diberikan adalah mengikut peringkat pengajian setiap pemohon. Kadarnya adalah sama bagi Universiti Awam dan Swasta. Berikut merupakan jadual kadar pembiayaan:

PERINGKAT PENGAJIAN

KADAR PEMBIAYAAN SETAHUN
(RM)

Sijil

4,000.00

Diploma

4,900.00

Ijazah Pelbagai

6,500.00

Ijazah Perubatan

7,000.00

Kaedah Pembayaran

Setiap pembayaran akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun secara pengkreditan terus ke akaun Bank Muamalat peminjam. Ia menjadi tanggungjawab peminjam untuk membuat semua bayaran yang berkaitan seperti yuran pengajian, asrama dan lain-lain kepada IPT masing-masing.

Pengurangan Bayaran Balik

Pengurangan bayaran balik bakal diberikan kepada pelajar yang membuat permohonan sahaja. Pengurangan bayaran balik (dikenali sebagai Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah) ini boleh dimohon oleh peminjam Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor setelah TAMAT PENGAJIAN.

Cara Permohonan Pinjaman Boleh Ubah TKWBNS

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ini boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan rasmi https://danapendidikan.selangor.gov.my

Borang permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah ini boleh dimuat turun daripada portal rasmi TKWBNS. Antara dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan Transkrip Akademik Rasmi yang telah disahkan oleh Universiti
  • Salinan Sijil Senat yang telah disahkan oleh Universiti

Maklumat Lanjut Pinjaman TKWBNS 2021

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan pinjaman boleh ubah ini, sila rujuk laman web rasmi https://tkwbns.selangor.gov.my

Juga, rujuk laman Facebook: (13) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor | Facebook

Nombor Telefon: 03-5544 7000

Email: [email protected]

Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021 (TKWBNS) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa kepada murid dan anak-anak.

Sebelum ini, kami ada menyediakan perkongsian mengenai jawatan-jawatan kosong seperti:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa seperti isu pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi untuk pelajar, ibu bapa dan para guru. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati