Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) Jawi Sesi 2022

Permohonan Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) Jawi 2022
Pendaftaran Sekolah Rendah Agama

Permohonan Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sesi 2022 bagi murid Tahun 1 telah dibuka mulai 9 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI

Sekolah Rendah Agama (SRA) terletak di Kuala Lumpur adalah sekolah di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

Tujuan Sekolah Rendah Agama (SRA) ini ditubuhkan adalah untuk memberikan dan memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna sejak kecil lagi. Ia juga ditubuhkan atas permintaan masyarakat setempat yang inginkan anak mereka mendapat didikan agama terbaik sejak kecil.

Sekolah Rendah Agama (SRA) ini menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan yang lengkap dalam usaha menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif. Oleh itu, Sekolah Rendah Agama (SRA) ini menjadi pilihan terbaik bagi ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Panduan Penting Pendaftaran Tahun 1 sesi 2022 SRA JAWI

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak berumur 7 tahun dan berminat untuk mendaftar di Sekolah Rendah Agama JAWI boleh mengikut panduan pendaftaran seperti dibawah.

Tarikh Permohonan

  • Tarikh pendaftaran bermula : 9 Mac 2021
  • Tarikh pendaftaran tutup : 31 Mac 2021

Cara Pendaftaran SRA JAWI

Pendaftaran murid Tahun 1 Sekolah Rendah Agama JAWI boleh dilakukan atas talian atau manual.

  1. Secara atas talian (online)

Bagi memudahkan proses pendaftaran, ibu bapa atau penjaga boleh membuat pendaftaran murid Tahun 1 dengan mengisi maklumat lengkap dalam Google Form pada pautan di bawah:

Selain itu, ibu bapa juga boleh mendapatkan borang pendaftaran dengan mengimbas QR Kod yang tertera pada banner di bawah dan mengisi segala butiran diri dengan lengkap sebelum menghantar.

SRA
Pendaftaran Sekolah Rendah Agama

Anda boleh memuat turun Banner Permohonan Pendaftaran SRA JAWI disini:-

2. Secara manual

Tarikh : 9 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021
Tempat : Pejabat sekolah
Masa : 8.30 pagi-12.00 tengah hari dan 2.30 petang-4.00 petang

Ibu bapa atau penjaga boleh melihat senarai Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI seperti di pautan bawah:-

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan

  • Tarikh semakan : 21 Mei 2021

Untuk perhatian, sekiranya permohonan berjaya, ibu bapa perlu membuat PENGESAHAN PENDAFTARAN di sekolah yang dimohon.

Tarikh Pengesahan Pendaftaran:

Tarikh Pengesahan : 1 Jun 2021 hingga 18 Jun 2021

Ibu bapa juga mesti menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pengesahan pendaftaran.

Dokumen wajib yang perlu disertakan:

  • Salinan Sijil Kelahiran anak
  • Sekeping salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga
  • Sekeping surat nikah atau surat cerai ibu bapa
  • Salinan bil utiliti sebagai bukti tempat tinggal seperti :-
    • Bil elektrik
    • Bil air
  • Laporan kesihatan doktor (jika perlu)
  • 3 keping gambar anak berukuran passport

Carta Alir Proses Permohonan Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA)

Bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga mengetahui tarikh-tarikh penting dan perkara penting dalam permohonan pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA), disini kami kongsikan Carta Alir Proses Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 SRA 2022.

carta alir permohonan SRA
Pendaftaran Sekolah Rendah Agama

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download :

Maklumat Lanjut

Sekiranya ibu bapa atau penjaga mempunyai sebarang pertanyaan atau kesulitan boleh hubungi :-

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur
Tel: 03-22749333
Faks: 03-22731575
Emel: [email protected]

Perkongsian 

Diharap artikel kami mengenai Permohonan Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI  memberi panduan kepada ibu bapa atau penjaga untuk mendaftar anak mereka di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI. Semoga anak-anak kecil mendapatkan didikan agama yang terbaik sejak kecil supaya menjadi insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia dewasa kelak.

Sebelum ini kami ada kongsikan berkaitan Buku Pengurusan Pengawas Sekolah untuk kegunaan para guru disiplin atau para pengawas dalam menyediakan buku pengurusan yang lengkap. Teruskan melayari laman web kami untuk mendapatkan pelbagai info berkaitan pendidikan, bantuan kerajaan dan info semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati