Status facebook Dato Najib Razak semalam mengenai isu Cikgu Fadli Salleh yang telah menerima surat rasmi mengenai tindakan tatatertib yang bakal diterima beliau itu telah mendapat sambutan hangat sekali oleh netizen. Status bekas Perdana Menteri Malaysia ini telah menerima lebih 20 ribu tanda suka dan hampir 3000 komen.
Secara jelas, isu pendidikan ini dipandang tinggi oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang melihat rapat perkembangan situasi semasa di negara kita.
Petikan Status Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Najib Razak Mengenai Isu Cikgu Fadli Salleh
Lebih Ramai Ahli Politik Tampil Adakah Akan Mengeruhkan Keadaan?
Timbul tanda tanya, apa yang berlaku kepada Cikgu Fadli Salleh bukan satu isu baru dan bukan hanya dihadapi oleh beliau. Tetapi perkara ini telah lama berlaku dan ada pandangan melihat sistem pendidikan negara kita semakin lama semakin parah.
Ada yang melontarkan pelbagai idea mengenai situasi ini dan antara yang mencuri tumpuan ialah:
- Asingkan sistem pendidikan dari ahli politik. Biarkan hanya yang betul-betul pakar mengenai pendidikan, silibus dan sebagainya sahaja yang membuat keputusan besar dan penting dalam memastikan pendidikan negara kita berada di landasan betul.
- Pastikan tiada ahli politik yang mengambil kesempatan diatas lompong-lompong yang ada sama ada dari segi keewangan dan sebagainya. Segala bantuan, atau aktiviti pastikan tiada unsur politik.
- Dasar kebawah bukan dasar keatas dilaksanakan. Maksudnya guru boleh menegur dan memberi bimbing kepada pihak PPD dan JPN mengenai suasana di sekolah dan bukan menerima bulat-bulat apa yang diberikan oleh pihak atasan untuk dilaksanakan di sekolah.