Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kebenaran Solat Terawih, Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2021

Kebenaran Solat Terawih
Kebenaran Solat Terawih

Kebenaran Solat Terawih, Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Kluster Keselamatan). Beliau telah menyampaikan berita gembira ini ketika siaran langsung sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur kelmarin. Berikut merupakan petikan ucapan beliau berkenaan kebenaran yang diberikan ini:

“Selepas berbincang dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta ahli majlis mesyuarat yang lain, maka mesyuarat jawatankuasa teknikal bersetuju membenarkan operasi pasar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara.”

“Kita juga bersetuju membenarkan solat tarawih serta tadarus al-Quran dan tazkirah. Namun prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ini perlu ketat serta dipatuhi semua pihak.”

Oleh hal yang demikian, beliau turut memberi penekanan tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diambil berat dan perkara ini akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing. PBT bertanggungjawab dalam pengurusan lokasi dan juga penetapan jumlah peniaga yang dibenarkan.

Selain itu, bagi pelaksanaan Solat Terawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan pula adalah berdasarkan kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri masing-masing dalam membuat penentuan bagi had jumlah kehadiran jemaah yang dibenarkan dalam tempoh satu-satu masa.

Kebenaran Solat Terawih
Kebenaran Solat Terawih

Kebenaran Solat Terawih : SOP Pembukaan Bazar Ramadan / Aidilfitri

Terdapat beberapa SOP yang perlu diberi perhatian semasa menjalankan aktiviti pembukaan bazar Ramadan atau bazar Aidilfitri ini, antaranya ialah:

  1. Pemilihan lokasi di kawasan yang terbuka.
  2. Penjagaan jarak bagi setiap gerai.
  3. Penyediaan laluan sehala sahaja.
  4. Perbezaan pada pintu masuk dan pintu keluar. (tidak boleh menggunakan pintu yang sama bagi tujuan keluar masuk)
  5. Pendaftaran dengan menggunakan aplikasi MySejahtera pada setiap pintu masuk.
  6. Pengimbasan suhu badan pengunjung.
  7. Pengawalan ketat terhadap jumlah pengunjung dalam satu-satu masa.

Waktu Operasi Bazar Ramadan / Aidilfitri

Tempoh waktu bagi setiap bazar yang dibenarkan adalah berbeza, iaitu:

  • Bazar Ramadan: 3 petang sehingga 8 malam.
  • Bazar Aidilfitri: 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Tips Berjimat di Bazar Ramadan

Kebenaran Solat Terawih 1
Kebenaran Solat Terawih

Di sini admin nak kongsikan beberapa tips berjimat-cermat yang boleh dipratikkan oleh semua orang semasa membuat pembelian di mana-mana bazar ramadan. Antaranya ialah:

Senaraikan Perbelanjaan

Pastikan anda membuat senarai yang jelas berkenaan juadah-juadah yang ingin dibeli dan sesuaikan ia dengan bajet yang ingin dibelanjakan sebelum pergi ke bazar ramadan.

Bawa Duit Paling Minimum

Mengehadkan paras minimum duit yang ingin dibawa semasa menuju ke bazar ramadan. Perkara ini dapat mengelakkan anda daripada terjebak dengan tabiat keborosan duit.

Jangan Pergi Secara Beramai-ramai / Orang yang Suka Berbelanja

Elakkan pergi ke bazar secara beramai-ramai atau bersama dengan individu yang kuat berbelanja bagi menyelamatkan diri anda daripada terpengaruh dengan cara pembelian mereka. Selain itu, apabila pergi secara bersendirian juga, anda tidak perlu menghabiskan masa yang lama dan secara automatiknya berkuranglah duit yang bakal dikeluarkan.

Akhir kata, semoga perkongsian artikel Kebenaran Solat Terawih, Bazar Ramadan dan Aidilfitri ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan prosedur standard operasi yang perlu diberi perhatian semasa menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Selain itu, pembaca juga diharapkan dapat memanfaatkan perkongsian tips berjimat tersebut apabila menyambut bulan ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Kini Dibuka , ataupun bagi sesiapa yang ingin memohon bantuan Aidilfitri anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi perkongsian 30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati