Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Nak Bebas Kewangan Tapi Gaji Rendah? Guru ini kongsikan Caranya

bebas kewangan poster

Nak Bebas Kewangan Tapi Gaji Rendah? Guru ini kongsikan Caranya. Financial Freedom atau kebebasan kewangan, tiada hutang, tidak perlu pening kepala tentang duit. Situasi ini diimpikan oleh semua. Namun, tak semua mampu capainya lantaran gaji rendah.

Walaupun seperti agak sukar, realitinya, setiap orang boleh mencapainya kalau dia berusaha bersunggu-sungguh dengan kaedah yang betul. Semuanya atas izin Allah.

Financial freedom atau bebas kewangan membolekan anda menjalani kehidupan yang diimpikan dengan tenang dan bahagia tanpa memikirkan masalah kewangan. Anda juga tidak terbeban dengan hutang piutang yang banyak sekiranya sudah berada dalam zon bebas kewangan.

Nak Bebas Kewangan Tapi Gaji Rendah? Guru ini kongsikan Caranya

Bebas kewangan juga bermaksud anda tidak terganggu dengan hutang yang bertimbun-timbun dan tiada sekatan untuk menggunakan wang sesuka hati tanpa perlu berkira-kira lagi. Jom baca perkongsian guru ini  bagaimana cara untuk capai bebas kewangan.

1. Buat Bajet Bulanan

accountant 1238598 1920

Antara cara yang paling terbaik untuk menjamin kebebasan kewangan yang betul adalah ialah membuat bajet bulanan dan mematuhinya. Ia juga merupakan tabiatbyang dapat mengukuhkan matlamat kewangan anda dan membantu anda menentang godaan daripada boros dalam perbelanjaan.

2. Sentiasa membuat simpan kewangan

money 2724241 1920

Membuat simpanan kewangan merupakan satu kaedah untuk capai bebas kewangan jika bergaji rendah. Perlu anda tahu bahawa jumlah yang disarankan untuk disimpan adalah bergantung kepada kemampuan anda. Selain itu, simpanan yang disediakan ini juga dapat digunakan diwaktu terdesak dan kecemasan.

3. Membuat Tawaran Harga Setiap Kali Membeli-Belah

supermarket 435452 1920

Kebanyakan masyarakat kita teragak-agak untuk membuat tawaran masa membeli-belah kerana takut membuatkan mereka nampak tak berduit. Agar tercapai cita-cita bebas kewangan, anda perlu membuang segala ketakutan ini dan boleh menjimatkan beribu-ribu duit ringgit setiap tahun.

Secara khususnya, perniagaan kecil cenderung kepada rundingan. Jadi membeli secara pukal dan meletakkan diri sebagai pelanggan tetap dapat memperoh harga nego yang jauh lebih murah.

4. Hidup Mengikut Kemampuan Sendiri

Anda akan dapat membangunkan kehidupan yang lebih baik dan bebas kewangan jika dapat menguasai kehidupan berjimat cermat. Bahkan, sebalum menjadi kaya, ramai orang kaya mempunyai gaya hidup dibawah kemampuan mereka. Ini bukanlah satu cabaran untuk mengamalkan gaya hidup minimalis tetapi merupakan salah satu kaedah untuk menggapai kebebasan kewangan yang pasti memberikan kebahagiaan kepada anda suatu hari nanti.

5. Cakna Isu Ekonomi Semasa

news 1729539 1920

Wajibkan diri untuk sentiasa cakna mengenai ekonomi semasa untuk memacu kebebasan kewangan meskipun tidak bergaji besar. Oleh itu, anda harus mengikuti kesemua berita dan perkembangan kewangan yang berkaitan dengan harga makanan, cukai dan sebagainya bagi me-update bajet kewangan anda.

6. Mempunyai Matlamat Hidup

entrepreneur 593358 1920

Setiap daripada kita mempunyai keinginan untuk mencapai tujuan bebas kewangan dan anda kaedah yang lebih mendalam untuk mencapainya. Terdapat beberapa objektif yang boleh dipersoalkan dalam mencapai matlamat anda, iaitu :

  • Apakah yang diperlukan untuk gaya hidup sendiri.
  • Berapa banyak wang yang diperlukan untuk memacu matlamat tersebut.
  • Bila tempoh atau masa untuk capai matlamat tersebut.

Jika semuanya telah terjawab, maka lakukanlah objetif tersebut untuk mencapai matlamat yang diidam-idamkan supaya proses untuk mencapai bebas kewangan berjalan lancar.

7. Jana Side Income

pada zaman kini, membuat banyak pekerjaan bukanlah perkara asing lagi. Ramai yang terpaksa buat 2,3 pekerjaan untuk menampung keperluan hidup yang semakin meningkat. Bagi membebaskan diri daripada dibelenggu masalah kewangan, mencari side income merupakan suatu yang sangat penting.

8. Melangsaikan Hutang Piutang

Anda harus menyelesaikan segala hutang piutang yang ada untuk mencapai tahap kebebasan kewangan. Seandainya anda mendapat gaji, menyelesaikan perkara-perkara yang amat penting adalah merupakan keutamaan, seperti membayar sewa rumah, kereta, bil dan sebagainya. Kemudian, barulah simpan dan laburkan sebahagian daripada baki gaji tersebut untuk mengukuhkan tahap kewangan anda.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Kesimpulannya, sebenarnya tidak terlalu susah untuk capai kebebasan kewangan. Ia menjadi susah sebab tabiat kita sendiri yang rasa semua ini susah untuk melakukannya. Jadi, tidak mengapa sekiranya susah pada waktu sekarang ini, tetapi bersenang-lenang pada masa akan datang.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati