Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Insentif Kerajaan: Mohon Bantuan Bil Air Percuma Setiap Bulan l Ikuti Cara Permohonan

bantuan bil air percuma
Bil Air Percuma

Insentif Kerajaan: Mohon Bantuan Bil Air Percuma Setiap Bulan l Ikuti Cara Permohonan. Terbaru, kerajaan mengumumkan bantuan bil air PERCUMA kepada rakyat Malaysia. Kerajaan sentiasa berusaha untuk membaiki dan memastikan kehidupan rakyat Malaysia terjaga.

Sehubungan itu, rakyat perlu peka akan bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bantuan kerajaan yang perkenalkan ekoran kurangnya penyampaian maklumat.

Bagi mengikuti maklumat bantuan bil air percuma yang diperkenalkan oleh Kerajaan, anda boleh ikuti maklumat lanjut dibawah.

Insentif Kerajaan: Mohon Bantuan Bil Air Percuma Setiap Bulan l Ikuti Cara Permohonan

Apakah Itu Bantuan Bil Air Percuma Yang Diperkenalkan?

Untuk makluman rakyat Malaysia, bantuan bil air percuma yang diperkenalkan merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang dalam keadaan kesempitan dan tekanan dari segi kewangan meringankan beban mereka.

Bantuan Bil Air Percuma yang diperkenalkan merupakan usaha pihak kerajaan Selangor bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah dibawah RM4,000 kebawah menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu air kepada golongan yang disasarkan oleh pihak kerajaan Selangor.

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Bagi Permohonan?

Permohonan kini dibuka, bagi para pemohon yang berminat untuk membuat permohonan bantuan. Anda boleh ikuti dahulu syarat-syarat kelayakan bantuan dibawah:

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan pemohon secara bulanan isi rumah RM4,OOO dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).
  3. Wajib bagi premis kediaman pemohon mempunyai meter individu.
  4. Pemohon hanya layak untuk membuat permohonan untuk satu akaun atau premis sahaja.

Bagi pemohon yang berminat, anda boleh membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup.

Makluman:
Bagi pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Permohonan Bantuan Bil Air Percuma, Skim Air Darul Ehsan (SADE) Bagi Tahun 2022

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan Skim Air Darul Ehsan(SADE)?

Bagi pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan permohonan, anda boleh membuat permohonan Skim bantuan air sesuai dengan keselesaan anda:

Permohonan Melalui Online

Anda boleh membuat permohonan Skim Air Darul Ehsan(SADE) secara atas talian(Online) di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR). Untuk membuat permohonan, anda boleh terus merujuk pautan yang disediakan dibawah:

Laman Web Rasmi SSIPR

sspr login

Permohonan Secara Manual

Permohonan secara manual juga boleh dibuat oleh pemohon. Anda boleh membuat permohonan secara lansung dan menghantarnya melalui emel ke [email protected] atau melalui mana-mana kaunter perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd.

Untuk dapatkan borang permohonan, anda boleh dapatkan disini.

Pemohon SADE dimaklumkana menerima rebat sedia ada dan pemohon baru juga layak menikmati faedah Skim Air Darul Ehsan sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

“Manfaatkan Inisiatif Kerajaan, Bantuan Bil Air PERCUMA”

Kerajaan Selangor melancarkan Skim Air Darul Ehsan(SADE) yang merupakan sebahagian peruntukan dari bajet Selangor. Ia merupakan bantuan yang wajar dan antara wajib rakyat yang berpendapatan rendah memohon bantuan bil air percuma. Bagi para pemohon yang berminat membuat permohona  bantuan air percuma 20 meter padu air daripada kerajaan, anda dialu-aluk membuat permohonan segera dan hendaklah mengisi permohonan dengan  butiran dan maklumat yang betul.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati