Kes Terbaru

Harini 866 kes baharu Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya merupakan kes import.Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak 10 kes kematian yang terbaru akibat Covid-19 direkodkan, daripada kesemua kes kematian, dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).
Oleh itu, jumlah kematian yang dicatatkan untuk waktu sekarang ini dalam negara adalah sebanyak 36,763 kes.Setakat hari ini, jumlah kes aktif Covid-19 pula merekodkan lebih kurang 18,721 kes, dengan 17,408.
Berdasarkan jumlah tersebut, 93 peratus daripadanya merupakan kes yang dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,235 pesakit Covid-19 dikuarantin di hospital.

Kira-kira 78 pesakit yang melibatkan Covid-19 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan sebahagian daripada itu iaitu, 50 pesakit perlu diberikan oksigen untuk bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 1,313 kes ianya menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,955,150 kes.

Baca juga :