Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

3 Resepi Kuih Onde-Onde, Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa

3 Resepi Kuih Onde-Onde, Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa
3 Resepi Kuih Onde-Onde, Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa 8

Pada bulan ramadan, terdapat beberapa kuih tradisional Melayu yang menjadi kewajipan untuk disajikan apabila berbuka. Antara kuih yang menjadi tradisional orang Melayu ialah kuih onde-onde, kuih lopes dan juga kiuh cara.

Resepi kuih onde-onde ini yang sangatlah mudah untuk dibuat dan sedap dimakan apabila waktu berbuka puasa atau hari-hari biasa. Mari pelajari cara-cara buat 3 kuih ini untuk dinikmati bersama keluarga atau di jual.

Pengenalan Kepada 3 Kuih Tradisional

Apa Itu Kuih Onde-Onde

kuih 3
3 Resepi Kuih Onde-Onde, Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa 9

Onde-onde atau buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras, pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan sebagai warna dan baunya yang harum.

Resepi kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.

Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.

Apa Itu Kuih Lopes

kuih 2
3 Resepi Kuih Onde-Onde, Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa 10

Kuih lopes merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia diperbuat daripada pulut yang dikukus dalam kukusan. Setelah sejuk, ia dipotong dan digaul dengan kelapa parut kering.

Diperbuat daripada beras pulut, kuih lopes memang enak bila dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan. Boleh cuba buat sendiri di rumah, makan beramai-ramai bersama keluarga tercinta. Lebih puas hati bila buat sendiri.

Apa Itu Kuih Cara

kuih 1
3 Resepi Kuih Onde-Onde, Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa 11

Kuih cara merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan. Doh tersebut kemudiannya dicampurkan dengan santan dan dikacau agar tidak berketul.

3 Resepi Kuih Kegemaran Rakyat Malaysia di Bulan Ramadan

Resepi Kuih Onde-Onde

kuih 4
3 Resepi Kuih Onde-Onde, Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa 12

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 5 helai daun pandan
  • Gula melaka di potong kiub kecil
  • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
  5. Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.

Resepi Kuih Lopes

kuih 5
3 Resepi Kuih Onde-Onde, Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa 13

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air daun pandan
  • 1/2 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 helai daun pandan
  • 1 mangkuk kecil kelapa parut | putih saja dan gaul dengan sedikit garam

Bahan Sos Gula Melaka:

  • 2 keping gula melaka
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan:

  1. Cuci beras pulut, kemudian rendam dengan persama air pewarna hijau dan air kapur selama setengah jam.
  2. Panaskan pengukus, sambil itu, toskan pulut dan masukkan dalam loyang, gaulkan bersama santan, daun pandan dan sedikit garam. Gaul rata dan kukus.
  3. Bila santan kering, kacau rata supaya pulut masak sekata, dan kukus lagi hingga masak.
  4. Sementara tunggu pulut sejuk sedikit, kukus kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam tadi. Kukus lebih kurang 5 minit.
  5. Pulut yang telah dikukus tadi masukkan dalam loyang yang dialas dengan plastik, padatkan pulut tersebut. Kemudian terap dengan acuan bulat.
  6. Seterusnya gaulkan dengan kelapa parut. Ketepikan.
  7. Untuk sediakan sos gula melaka. Masukkan semua bahan dalam periuk, renehkan dengan api kecil.
  8. Bila air gula sudah likat, tutup api dan biarkan sejujk.
  9. Setelah sejuk boleh hidangkan dengan pulut tadi.

Resepi Kuih Cara

kuih 6
3 Resepi Kuih Onde-Onde, Kuih Lopes dan Kuih Cara Untuk Menu Berbuka Puasa 14

Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung gandum – diayak 
  • 450 ml santan – boleh juga gunakan susu
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur gred A
  • parutan gula melaka secukupnya
  • 50 ml jus daun pandan
  • sedikit minyak dan simpulan daun pandan untuk mengglis acuan

Cara Menyediakan Batter:

  • Bancuh bahan batter dengan telur dan santan. Adun hingga rata dan kemudian masukkan baki santan.
  • Tuang batter ke dalam jug penyukat.

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan acuan kuih cara.
  2. Sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan.
  3. Tuangkan batter hingga setengah penuh.
  4. Masukkan dengan cermat 1/4 sudu teh gula melaka.
  5. Tuangkan lagi batter supaya tertutup intinya.
  6. Tutup acuan dengan tudungnya (atau tudung periuk) dan biarkan kuih masak perlahan-lahan.
  7. Cungkil tepi kuih dengan lidi dan angkat kuih yang masak dengan sudu.
  8. Ulangi hingga batter habis.  

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati