Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PM10- Kerajaan Madani Umum Akan Bantu Tingkatkan Akses Internet Starlink di Universiti, Politeknik dan Sekolah Seluruh Negara

Internet Starlink
Internet Starlink

Bukan lagi janji kosong apabila kerajaan umum akan beri bantuan akses Internet Starlink di universiti, politeknik dan sekolah! Sebelum ini, Perdana Menteri telah membuat 1 pertemuan maya bersama manusia terkaya di dunia iaitu Elon Musk untuk membincangkan beberapa perkara untuk yang sudah pasti bagi menaikkan sektor ekonomi negara menjadi keutamaan.

Siapa sangka, pertemuan antara PM10 kita dengan Elon Musk pada tarikh 14 Julai 2023 baru-baru ini sudah mula menampakkan hasil jelas. Intipati ringkas yang khusus untuk diketengahkan dalam perbincangan antara 2 tokoh ini ialah :

  • Membincangkan pelaburan kereta Tesla di negara kita.
  • Serta mengenai perkhidmatan komunikasi satelit SpaceX (Internet Starlink)

JANJI PM10 MENGENAI PERKHIDMATAN KOMUNIKASI SATELIT SPACEX (Internet Starlink)

pemasangan starlink di sekolah
PM10- Kerajaan Madani Umum Akan Bantu Tingkatkan Akses Internet Starlink di Universiti, Politeknik dan Sekolah Seluruh Negara 5

Pemasangan Internet Starlink di IPT dan Sekolah Seluruh Negara

Perkhidmatan satelit ini disediakan oleh SpaceX, syarikat yang dimiliki oleh Elon Musk, seorang jutawan dan usahawan teknologi dari Amerika Syarikat (AS). Beliau telah mengadakan perbincangan secara maya pada 14 Julai 2023 lalu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Elon Musk adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, dan beliau juga memegang jawatan CEO di Tesla Inc, syarikat multinasional yang berpusat di Austin, Texas. Tesla terlibat dalam bidang pengeluaran kenderaan elektrik (EV), teknologi kecerdasan buatan (AI), dan tenaga bersih.

“Jadi apabila Elon Musk bercakap dengan saya, saya beritahu Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital) semalam, untuk kita beli (peranti Starlink) dengan segera dan kita akan pasang di mana saja universiti yang perlu,”.

kata Anwar (PM10-Perdana Menteri Malaysia ke-10)

“Saya melawat universiti dan mendengar rungutan daripada pelajar yang bertanya ‘Datuk Seri, bagaimana kita boleh belajar sedangkan internet pelahan'”

kata Anwar sambil memaklumkan, peranti tambahan itu juga akan diguna untuk meningkatkan lagi kebolehcapaian internet di kawasan luar bandar..

Elon Musk menyatakan bahawa dia sanggup memberikan kita 40 peranti, dan beliau juga memberikan jaminan bahawa jika kita memerlukan lebih banyak unit, kita berpeluang untuk membelinya untuk pemasangan di kawasan luar bandar.

“Kita akan peroleh peranti ini untuk usahawan luar bandar dan projek luar bandar, tetapi kita mulakan dengan universiti, politeknik dan sekolah yang memerlukan akses internet terlebih dahulu. Peranti ini kecil tetapi ia boleh menukar sambungan internet yang perlahan kepada sambungan segera. Jika tiada internet di sini, ia akan menyediakan internet kerana ia dipautkan secara langsung kepada satelit,”

Anwar berkata, pelaburan Musk di Malaysia adalah berdasarkan kepercayaan syarikat berkenaan dengan kestabilan politik dan hala tuju ekonomi negara.

STARLINK MALAYSIA: INFO LENGKAP MENGENAI HARGA PAKEJ INTERNET DAN CARA MELANGGAN

Kenali Apa Itu Starlink dan Ada Apa di Sebaliknya

Perkhidmatan internet satelit Starlink ini dikelola oleh syarikat SpaceX yang dimiliki oleh Elon Musk. Ianya menawarkan liputan internet melalui satelit ke lebih daripada 56 buah negara, dengan rancangan untuk meluaskannya ke perkhidmatan telefon mudah alih yang kini giat diperluaskan.

Masuk sahaja laman web starlink, terus kita dihidangkan dengan jelas mengenai starlink iaitu :

Internet jalur lebar berkadar tinggi dengan latensi rendah di kawasan terpencil dan luar bandar di seluruh dunia.

Apa itu Latensi?

Latensi ialah konsep dalam rangkaian yang menggambarkan masa yang diperlukan oleh paket data untuk berpindah dari satu titik ke titik yang lain. Dalam situasi lain, ketika paket data dihantar dan kemudian dikembalikan semula ke sumber asalnya, masa yang diperlukan untuk perjalanan dua hala ini dikenali sebagai latensi.

Dengan kata lain, rangkaian internet starlink ini adalah 1 rangkaian internet menggunakan satelit syarikat SpaceX yang sangat laju.

Berminat memasang Starlink di kawasan anda?

Penerangan Lengkap Pakej dan Langganan Bulanan Starlink

Pakej Langganan Starlink kini telah dilancarkan di Malaysia. Starlink telah memulakan penawaran langganan yang mencakupi peralatan di seluruh Malaysia, termasuk Semenanjung dan Malaysia Timur. Menurut SpaceX, pengguna yang mendaftar boleh mengharapkan kelajuan muat turun sekitar 100Mbps.

Untuk pengetahuan semua, setiap tempahan Starlink anda akan perlu setup sendiri dimana di dalam Kit Starlink terdapat antena tatasusunan elektronik yang canggih, pangkalan untuk pemasangan Internet, penghala WiFi, dan kabel yang diperlukan.

Berapakah Harga Pakej Starlink

Sebelum melanggan, pastikan anda semua tahu bahawa semua pelanggan diberi peluang untuk mencuba perkhidmatan internet Starlink selama 30 hari. Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan internet ini, anda boleh memulangkan peralatan untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya. Satu jaminan yang sangat menyakinkan!

Untuk pilihan starlink residential, terdapat 2 harga seperti berikut :

1. Standard

  • direka untuk pengguna rumah dan penggunaan harian Internet.
  • dijual pada harga RM2,300 (one-time payment untuk kos hardware)
  • bayaran langganan RM220 sebulan

2. High-Spec

  • Kit berprestasi tinggi, yang diwujudkan untuk “pengguna yang memerlukan prestasi tinggi dan aplikasi perniagaan.
  • berharga RM11,613.
  • untuk harga langganan perlu hubungi pihak konsultasi sales.
  • menawarkan kebolehan untuk menghadapi cuaca yang lebih baik, kelajuan tiga kali ganda pada suhu melebihi 35°C, dan jarak pandangan yang lebih baik, terutamanya di kawasan dengan halangan tidak dapat dihindari.

Bagaimana Cara Melanggan Starlink Untuk Kegunaan Individu?

Sebenarnya sangat mudah untuk menempah starlink ini. Jadi berikut pihak kami sediakan langkah-langkah mudah untuk anda melanggan perkhidmatan internet starlink dari SpaceX.

order starlink
PM10- Kerajaan Madani Umum Akan Bantu Tingkatkan Akses Internet Starlink di Universiti, Politeknik dan Sekolah Seluruh Negara 6

Terdapat 3 langkah mudah, sila tekan untuk melihat langkah-langkah langganan secara details. Tekan langkah dibawah.

Langkah 1 : Semak coverage kawasan anda.
  • Buka tab peta.
  • Jika berada di Malaysia, kedua-dua Malaysia dan Semenanjung Malaysia sudah mempunyai akses Starlink.
Langkah 2 : Masukkan alamat dan tempah starlink.
  • Masuk laman web starlink.
  • Masukkan lokasi anda seperti (kampung, daerah, negeri)
  • Tekan order now.
Langkah 3 : Isi borang yang diberikan.
  • Pilih jenis hardware yang anda mahukan sama ada standard atau high perf.
  • Masukkan shipping address dengan tepat (alamat rumah anda).
  • Isi bahagian billing infomation sebagai maklumat pembayaran anda.
  • Tekan place order.

Untuk pengetahuan anda, sekali lagi kami ingin tekankan bahawa ada beberapa perkara yang anda perlu jelas mengenai tempahan starlink ini.

  1. Pemasangan: Penyediaan yang mudah melalui aplikasi Starlink, tiada pemasangan profesional yang diperlukan. Muat turun aplikasi ini di iOS atau Android.
  2. Aksesori: Log masuk ke akaun kamu untuk melihat kedai Starlink selepas membuat pesanan. Anda boleh melihat pra-pilihan aksesori yang serasi di sini.
  3. Pembayaran: Anda akan menerima bil perkhidmatan bulanan pertama anda selepas mengaktifkan Starlink anda, atau selepas 30 hari daripada penghantaran, mana-mana yang lebih awal.

KEJAYAAN PEMASANGAN STARLINK DI KG. LANGSAT, RANAU SABAH

Kampung Langsat di Ranau, Sabah
PM10- Kerajaan Madani Umum Akan Bantu Tingkatkan Akses Internet Starlink di Universiti, Politeknik dan Sekolah Seluruh Negara 7

Kawasan pedalaman dan kawasan yang mengalami masalah capaian internet perlahan akan tersenyum dengan janji Fahmi Fadzli, Menteri Komunikasi dan Digital ini. Terbaru, Menteri Komunikasi dan Digital itu telah berbincang dengan pihak MCMC untuk pemasangan Starlink di kawasan yang lain pula selepas melihat kejayaan pemasangan peranti satelit Starlink di Kampung Langsat di Ranau, Sabah beberapa hari lepas.

Kampung Langsat adalah sebuah kampung yang terletak di Ranau, Sabah, Malaysia. Ia merupakan kampung kecil yang terletak di kawasan pedalaman Sabah. Kampung ini baru-baru ini menjadi perhatian kerana pemasangan peranti satelit Starlink oleh Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meningkatkan capaian Internet di kawasan tersebut.

Pemasangan ini telah memberi manfaat kepada lebih daripada 500 penduduk kampung tersebut dan telah mendapat sambutan baik dari penduduk tempatan.

Lokasi Kampung Langsat, Ranau Sabah

Untuk pengetahuan semua, berikut di kongsikan kawasan dan lokasi tepat kampung langsat di Ranau Sabah ini.

Dikatakan pemasangan starlink di kawasan kampung Langsat ini telah memberikan manfaat kepada lebih 500 orang penduduk di kawasan sekitar.

Fasa Pelaksanaan Janji Oleh Kerajaan Untuk Pemasangan Starlink Kini Bermula

Mungkin sahaja berita mengenai pemasangan starlink di kampung Langsat, Ranau Sabah ini satu berita ringkas luar negeri yang biasa sahaja. Tetapi bagi mereka yang tahu menganalisis situasi dan faham perjalanan politik dan pembangunan negara maka akan jelas buat kita semua bahawa pihak kerajaan Malaysia Madani sedang menunaikan janji mereka dengan jayanya.

Laporan pihak media mengenai perjumpaan maya antara PM10 dengan Elon Musk pada 14 Julai lalu bukan satu perkara kecil. Mungkin kita tidak tahu, tetapi disebalik tabir nampaknya pihak Kementerian Komunikasi dan Digital benar-benar sedang berusaha keras bersama-sama pihak MCMC untuk melaksanakan janji kerajaan ini.

Buat masa sekarang, belum ada lagi pengumuman rasmi mengenai berapa jumlah institusi pendidikan yang bakal mendapat manfaat dari perkara ini. Namun dari ulasan yang dikeluarkan oleh perdana menteri, jelas menyatakan semua institusi pengajian tinggi dan sekolah yang mempunyai masalah akses internet akan mendapat manfaat starlink ini.

Jadi, mungkin nanti akan ada borang khas untuk permohonan starlink yang akan diedarkan atau mungkin pihak kerajaan akan melantik badan khas yang akan menilai sendiri institusi pendidikan mana yang benar-benar layak memerlukan bantuan akses internet starlink ini. Oleh itu, perkara ini diluar kawalan kita maka lebih baik kita tunggu sahaja pengumuman terbaru kerajaan nanti.

Namun, sudah pasti besar harapan rakyat Malaysia untuk melihat semua institusi pendidikan di seluruh negara mempunyai akses internet yang sepatutnya bagi memudahkan pelbagai urusan yang ada.

Harapan Rakyat Malaysia terhadap Pemasangan Starlink di Sekolah dan IPT yang Memerlukan

Internet adalah asas penting dalam kehidupan moden kita, dan semakin banyak pendidikan dan pekerjaan bergantung pada sambungan internet yang pantas dan stabil. Di Malaysia, seperti di mana-mana di dunia, terdapat kawasan yang masih menghadapi masalah capaian internet yang lemah, terutama di luar bandar dan kawasan sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT).

Rakyat Malaysia mempunyai harapan besar bahawa kerajaan akan memasang perkhidmatan satelit Starlink di seluruh kawasan sekolah dan IPT yang menghadapi masalah internet. Ini bukan sahaja akan memberikan pelajar dan pelajar IPT akses yang lebih baik kepada maklumat dan pembelajaran dalam talian, tetapi juga akan membantu dalam pengembangan ekonomi dan kemodenan di kawasan-kawasan terpencil.

Di kawasan luar bandar, pelajar dan penduduk seringkali menghadapi cabaran untuk menyambung ke internet, yang dapat menghalang perkembangan pendidikan dan peluang pekerjaan. Dengan pemasangan Starlink, mereka akan dapat mengejar impian mereka tanpa hadangan capaian internet yang lemah.

Institusi pengajian tinggi juga akan mendapat manfaat besar daripada pemasangan Starlink. Dalam dunia yang semakin digital, kebanyakan kursus dan penyelidikan bergantung pada capaian internet yang pantas. Dengan menyediakan sambungan internet yang lebih baik di kampus-kampus IPT, kita dapat memastikan bahawa pendidikan tinggi di Malaysia kekal relevan dan berkualiti.

Selain itu, pemasangan Starlink juga akan memberikan peluang ekonomi yang besar. Ia akan mencipta pekerjaan tempatan dalam pemasangan dan penyelenggaraan perkhidmatan Starlink. Lebih daripada itu, dengan membolehkan peniaga kecil dan sederhana di kawasan luar bandar untuk menyambung ke pasaran dalam talian, kita dapat membantu dalam pembangunan ekonomi komuniti-komuniti tersebut.

Jadi, harapan rakyat Malaysia adalah agar kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memasang Starlink di kawasan sekolah dan IPT yang memerlukan. Dengan melakukan ini, kita akan membuka pintu kepada peluang pendidikan dan ekonomi yang lebih baik, serta membawa Malaysia ke hadapan dalam era digital yang semakin berkembang.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati