Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Apa itu PdPR? 5 Perkara Penting Dalam Persediaan PdPR

5 Perkara Penting Dalam Persediaan PdPR

5 Perkara Penting Dalam Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) untuk guru-guru dan para pelajar dalam menyediakan diri dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Seperti kita sedia maklum, sekolah di seluruh Malaysia akan ditutup selepas cuti Hari Raya akibat terdapat penularan wabak Covid-19 di dalam kluster pendidikan. Pelaksanaan PdPR akan dimulakan selepas cuti hari raya selama dua minggu.

Jadi perkongsian ini, dapat memberi panduan kepada guru menyediakan bahan-bahan dan perkara penting yang diperlukan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah kelak.

Bukan sahaja guru dan pelajar, ibu bapa juga perlu memainkan peranan utama dalam memberikan kemudahan kepada anak-anak agar proses PdPR berjalan lancar dan teratur. Sebagai seorang pendidik, mereka perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk menjalankan proses pembelajaran tidak kira dalam apa jua cara demikian dengan situasi pandemik di ketika ini.

Perkara Penting Untuk Persediaan PdPR

1. Capaian Internet

Perkara pertama yang amat penting ketika melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah ialah akses internet guru, murid dan ibu bapa.

Capaian internet adalah perkara utama kerana para guru dan murid akan berinteraksi secara atas talian melalui platform seperti Whatsapp, Google Meet, Zoom dan Microsoft Team. Semua pihak perlu mempunyai capaian internet yang stabil dan kuat agar PdPR dapat dijalankan dengan lancar.

accessibility

2. Peranti Elektronik

Dalam memastikan kelancaran proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dari rumah ini, bahan bantu belajar yang diperlukan ialah peranti elektronik. Guru dan pelajar perlulah menyediakan sekurang-kurangnya satu peranti elektronik untuk mengakses proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dari rumah.

laptop

3. Buku Teks Digital

Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan portal DELIMa kepada para guru dan pelajar untuk mendapatkan pelbagai bahan-bahan mengajar secara percuma. Guru dan pelajar boleh mendapatkan kemudahan buku teks digital di dalam portal DELIMa.

Sebelum ini kami ada kongsikan cara memuat turun Buku Teks Digital melalui portal DELIMa.

delima

4. Tempat Belajar Yang Kondusif

Persekitaran tempat belajar amat penting untuk keselesaan ketika belajar. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyediakan persekitaran yang bersih, selesa kepada anak-anak supaya dapat mengikuti sesi PdPR dengan lancar.

Oleh itu, tempat belajar yang kondusif dan selesa merupakan antara perkara penting dalam mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR).

persekitaran

5. Persediaan Mental dan Fizikal
Pelaksanaan PdPR memerlukan kekuatan mental dan juga fizikal. Semua pihak perlu memastikan mental dalam keadaan bersedia dalam menghadapi pelbagai jenis kekangan semasa menjalankan PdPR. Kekangan yang bermungkinan akan berlaku adalah capaian internet yang lambat, tidak mempunyai peranti yang cukup dan sebagainya.

Oleh itu, pihak terlibat perlu mengawal kesihatan mental dan fizikal dengan melakukan aktiviti berfaedah yang boleh membantu menghilangkan tekanan.

Manfaat Bersama

Semoga dengan perkongsian kami kali ini 5 Perkara Penting Dalam Persediaan PdPR dapat membantu para guru serta murid dalam persediaan melaksanakan PdPR selepas cuti Hari Raya kelak. Semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu untuk memastikan sistem pendidikan negara kita dapat dijalankan dengan lancar lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Layari laman sesawang kami Sistem Guru Online untuk info berkaitan pendidikan dan sebagainya.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati