Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Buat Kad Kahwin Digital Mudah dan Percuma Melalui Canva Untuk Majlis Kahwin

Cara Buat Kad Kahwin Digital Mudah dan Percuma Melalui Canva

Trend terkini bakal pengantin adalah membuat kad kahwin digital. Dengan capaian media sosial yang semakin meluas, penggunaan kad kahwin elektornik ini semakin mendapat sambutan tinggi. Dengan rekaan yang menarik dalam urusan penghebahan majlis perkahwinan pastinya akan memberi kemeriahan.

Ikuti cara-cara buat kad kahwin yang menarik dan anda boleh melakukannya dengan percuma. Berikut adalah penerangan kad kahwin digital, fungsi dan tutorial cara.

Apakah itu Kad Kahwin Digital?

kad Kahwin Digital

Kad kahwin digital ialah jenis kad elektronik untuk hebahan majlis perkahwinan yang boleh dihantar melalui email atau berkongsi melalui platform media sosial. Ianya adalah satu kemudahan yang kini semakin popular kerana ia memberi kelebihan dan mesra pengguna secara atas talian.

sebagai inisiatif untuk memberitahu hebahan perkahwinan seseorang individu, seseorang akan membuat kad kahwin digital dan menghantar kepada kawan-kawan serta ahli keluarga untuk menjemput hadir ke majlis bahagia di tarikh yang telah ditetapkan.

Kelebihan Guna Kad Kahwin Digital

Penggunaan kad kahwin elektronik telah mendapat sambutan yang tinggi sehingga ramai yang lebih memilih untuk menggunakan kaedah kad kahwin elektronik sebagai perantara dan pemberitahuan kepada seseorang mengenai hebahan majlis perkahwinan.

Berikut adalah kelebihan guna kad kahwin digital untuk pasangan yang bakal berkahwin:

  • Penggunaan kad kahwin digital adalah percuma dan kosnya lebih murah serta mesra alam berbanding kad kahwin tradisional yang memerlukan mesin cetak.
  • Kad kahwin jenis ini senang dan boleh diakses oleh tetamu melalui mana-mana peranti asalkan mempunyai capaian Internet.
  • Terdapat beberapa ciri khas seperti boleh masukkan gambar, video dan menjadikan kad tersebut mempunyai muzik latar belakang sehingga menyerlahkan keistimewaan dan menggambarkan kemeriahan majlis kahwin.
  • Boleh memuatkan pautan lokasi secara atas talian. Membantu memudahkan para tetamu untuk hadir ke majlis.
  • Boleh membuat suntingan sendiri dan mengikut citarasa yang diinginkan.

Fungsi Kad Kahwin Digital

Fungsi Kad Kahwin Digital

Kad elektronik ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bagi pengguna, boleh memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan dan kefungsian kad kahwin elektronik. Namun fungsi kad kahwin ini adalah berbeza bagi yang percuma dan berbayar. Berikut adalah ciri dan fungsi kad kahwin digital:

Kad Kahwin Digital Percuma

Kebiasaannya kad kahwin digital percuma boleh diedit sendiri oleh bakal penganting melalui aplikasi Canva.

  • Memaparkan paparan hebahan perkahwinan secara video.
  • Boleh memasukkan lagu yang sesuai untuk tetamu.
  • Format dalam bentuk video pendek durasi 10 saat ke 20 saat.
  • Boleh memuatkan lokasi majlis melalui gamabr atau lampiran scan QR.

Kad Kahwin Digital Berbayar

Bakal pengantin boleh mengupah mana-mana perkhidmatan yang menawarkan khidmat kad kahwin digital berbayar. Terdapat banyak fungsi untuk kad kahwin berbayar ini seperti berikut:

  • RSVP – Tetamu boleh memberitahu status kehadiran kepada pengantin
  • Money Gift – Tetamu boleh menghantar wang terus kepada pengantin dengan sukarela
  • Contact – Terdapat maklumat untuk menghubungi pihak pengantin untuk para tetamu
  • Lokasi – Disediakan akses pautan lokasi google maps atau waze untuk memudahkan tetamu
  • Guestbook – Tetamu boleh memberi ucapan kepada pengantin secara digital
  • Kalendar – Boleh memberi peringatan kepada tetamu berkenaan hari majlis berlansung
  • Countdown – Boleh menyaksikan secara live countdown sebelum majlis bermula
  • Galeri – Tetamu boleh melihat gambar sekitar majlis, bakal pengantin dan lain-lain berupa album.

Panduan Buat Kad Kahwin Digital untuk Majlis Perkahwinan

Cara Buat Kad Kahwin Digital Melalui Canva

Terdapat cara mudah untuk anda membuat kad elektronik secara ‘DIY” atau anda sendiri. Dengan kecanggihan aplikasi kini, anda boleh mengakses dan bahkan mendapat contoh untuk membuat kad kahwin digital.

Aplikasi Canva menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk membuat apa sahaja editan secara sendiri. Untuk kad kahwin elektronik juga ada disediakan. Berikut adalah cara buat kad kahwin digital Canva:

  • Pergi ke aplikasi Canva bagi pengguna telefon dan layari laman web canva untuk pengguna komputer.
  • Daftar akaun baharu dan log masuk sekiranya anda masih belum mempunyai akaun.
Cara Buat Kad Kahwin Digital Melalui Canva
  • Buat carian “wedding card”. Kemudian pilih sahaja mana-mana template yang anda boleh akses, sekiranya anda adalah pengguna pro, anda boleh memilih semua jenis template kad elektronik.
Cara Buat Kad Kahwin Digital Melalui Canva
Cara Buat Kad Kahwin Digital Mudah dan Percuma Melalui Canva Untuk Majlis Kahwin 8
  • Anda boleh membuat suntingan template tersebut ikut kreativti anda. Canva menyediakan pelbagai alatan dan animation untuk menjadikan suntingan anda lebih menarik. Boleh ubah sahaja nama, masukkan animate, muzik latar belakang, lokasi, tarikh dan lain-lain yang anda perlu.
Cara Buat Kad Kahwin Digital Melalui Canva
  • Selepas selesai membuat suntingan dan anda merasa berpuas hati, boleh terus download dalam format yang menjadi pilihan anda seperti JPG,PNG,PDF, MP4 dan lain-lain. Disarankan anda download dalam format MP4(video) sekiranya anda ingin lebih menarik dengan alunan muzik dan animasi yang bergerak.
Cara Buat Kad Kahwin Digital Melalui Canva
Cara Buat Kad Kahwin Digital Mudah dan Percuma Melalui Canva Untuk Majlis Kahwin 9

Untuk cara membuat suntingan yang lebih terperinci, anda boleh merujuk video dibawah:

Tip Untuk Buat Kad Kahwin Digital Melalui Canva

Terdapat beberapa tip yang anda boleh pertimbangkan untuk menjadikan kad kahwin elektronik anda kelihatan menyerlah dan menarik. Berikut adalah tip untuk buat kad kahwin digital canva:

  • Pastikan nama pengantin lebih menyerlah dan pastikan fon yang digunakan amat sesuai dengan tema kad dari segi pandangan dan warna.
  • Pilih warna temqa pilihan yang menarik dan disarankan untuk memilih warna mengikut tema baju pengantin anda atau tema majlis kahwin.
  • Masukkan lokasi majlis perkahwinan anda secara pautan atau gambar QR untuk kemudahan tetamu mendapatkan akses destinasi.
  • Pastikan anda menggunakan animate yang tepat dan sesuai agar kad kahwin anda tidak kelihatan kekok.
  • Masukkan gambar anda juga satu pilihan yang baik untuk menggambarkan majlis perkahwinan anda.
  • Jangan lupa sertakan sekali maklumat untuk tetamu menghubungi anda. Boleh masukkan nombor talian pengantin, ibu bapa dan saudara mara yang ditugaskan untuk melayan dan memudahkan tetamu.

Demikianlah perkongsian mengenai cara buat kad kahwin digital mudah dan percuma melalui Canva. Diharapkan ianya dapat membantu bakal pengantin membuat persiapan majlis kahwin yang meriah dan sempurna.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati