Penyakit serangan jantung kini telah menular di seluruh dunia dan hampir meragut ramai nyawa. Banyak yang telah menjadi korban kepada penyakit ini. Hal ini kerana beberapa faktor dan aspek yang tidak dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Ramai yang memperlekehkan kesihatan diri yang akhirnya mengundang pelbagai penyakit kronik yang tidak diinginkan.
Dengan memahami secara mendalam tentang definisi, , penyebab, tanda awal dan cara pencegahan, kita mampu mengurangkan kejadian serangan jantung dan meningkatkan kesihatan jantung agar tidak menghidap serangan jantung. Tahukah anda serangan jantung merupakan pembunuh senyap kepada hampir separuh rakyat di negara kita?
Oleh itu, hari ini merupakan hari di mana saya akan berkongsi tentang serangan jantung secara mendalam kepada anda.
DEFINSI SERANGAN JANTUNG
Isi Kandungan
Apa itu serangan jantung?
Serangan jantung atau dalam nama saintifiknya yang dikenali sebagai myocardial infarction merupakan keadaan yang mampu mengundang kematian apabila aliran darah ke sebahagian jantung terhalang yang kemudian menyebabkan kerosakan atau kematian tisu.
Serangan jantung merupakan kejadian yang berbahaya yang memrlukan perhatian segera.
Penyebab Serangan Jantung
Serangan jantung berlaku disebabkan penyumbatan atau pemyempitan arteri koronari yang merupakan pembuluh darah yang membekalkan darah ke jantung. Antara penyebab utama pemyumbatan ini adalah pembentukan plak aterodklerosis di dalam arteri koronari.
Adakah anda tahu apa itu plak? Plak merupakan lemak, kolestrol dan zarah lain yanag berkumpul di dalam dinding arteri. Apabila plak ini pecah ia akan menyebabkan pembentukan gumpalan darah yang menyumbat arteri, menganggu aliran darah ke jantung dan kemudiannya menyebabkan serangan jantung.
5 Tanda Serangan Jantung
Serangan jantung mempunyai tanda-tanda yang pelbagai yang harus kita ketahui. Tanda-tanda serangan jantung yang umum adalah termasuk:
- Ketidakselesaan dan sakit di bahagian dada yang seolah olah seperti tekanan, sesak atau sakit yang terbakar.
- Ketidakseleaan atau rasa sakit yang tersebar ke lengan, leher, rahang atau punggung.
- Sesak nafas dan rasa tercekik.
- Mual, muntah dan sakit perut.
- Denyut jantung yang tidak teratur atau berdebar-debar.
Jika sesorang yang mengalami simptom ini, adalah penting untuk mendapatkan rawatan segera.
Cara Mengelakkan Serangan Jantung
Terdapat beberapa langkah yang penting untuk menjaga kesihatan jantung kita agar kita dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan meningkatkan kualiti hidup demi masa depan yang cerah.
Langkah-langkah di bawah ini merupakan beberapa cara untuk memelihara kesihatan jantung:
- Menjaga pemakanan harian
Menjaga pemakanan seimbang penting untuk kesihtaan jantung kerana makanan yang kita makan secara langsung mempengaruhi faktor risiko menghidap penyakit jantung seperti tekanan darah, kadar kolestrol dan berat badan.
2. Mengamalkan diet yang seimbang
Diet seimbang yang dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin utuh dan sumber protein yang berkualiti dapat membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung. Sebaliknya, diet yang tinggi lemak, gula tambahan dan garam dapat meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung.
3.Menjadikan olahraga sebagai rutin
Olahraga sangat penting untuk kesihatan jantung kerana ia membantu menguatkan jantung dan pembuluh darah, meningkatkan aliran darah, menurunkan tekanan darah, meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL), dan mengurangkan risiko obesiti serta diabetes.
Dengan melakukan aktiviti fizikal secara berkala seperti berjalan kaki, berlari, berenang atau melakukan senaman kardiovaskular yang lain, kita dapat meningkatkan kekuatan jantung dan kebolehan untuk mengepam darah dengan lebih efisien.
4. Belajar mengendalikan stres
Stres yang berlebihan dapat memberi kesan kepada kesihatan jantung. Hal ini kerana stres menyebabkan peningkatan kadar hormon stres seperti kortisol dan adrenalin yang bleh meningkatkan tekanan darah, denyutan jantung dan keradangan pada tubuh.
Oleh itu, stres perlu dikendalikan dengan baik seperti bermeditasi, latihan pernapasan, olahraga atau aktiviti yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal.
5. Berhenti merokok
Merokok merupakan salah satu faktor utama penyakit jantung. Rokok mengandungi bahan kimia berbahaya yang dapat merosakkan dinding pembuluh darah, meningkatkan pembekuan darah dan menyebabkan tumpukan plak pada arteri dan menyebabkan dinding arteri tersumbat.
Akhir kata, tujuan penulisan saya pada hari ini adalah untuk mengingatkan pembaca serta diri saya sendiri akan pentingnya menjaga jantung sebagai aset berharga dalam kesihatan seharian kita.
Di akhir penulisan ini, saya berharap anda semua mengetahui apa itu serangan jantung, langkah-langkah yang dapat diambl untuk mengurangkan risiko serangan jantung, kepentingan gaya hidup sihat kepada kesihatan jantung serta memberikan motivasi kepada pembaca untuk menjaga kesihatan jantung.