Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

[Terkini] Semak Senarai Penerima Bantuan RM600 Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Untuk Bulan November.

bantuan rm600 bantuan musim tengkujuh BMT jpg

[Terkini] Semak Senarai Penerima Bantuan RM600 Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Untuk Bulan November. Keperihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia dilihat dengan kepelbagaian bantuan kerajaan terhadap rakyatnya termasuklah antaranya Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bawah RISDA ini.

BMT pada asasnya dibayar melalui 2 fasa iaitu November dan Disember dengan sebanyak RM300 setiap fasa. Jumlahnya adalah RM600.

[Terkini] Semak Senarai Penerima Bantuan RM600 Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Untuk Bulan November.

Apakah syarat permohonan BMT?

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan BMT :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil yang berdaftar dibawah RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan daripada pemilik tanah yang sah bagi penoreh bukan pemilik;
  • 1 lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (samaada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seseorang penerima hanya layak menerima sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik Sahaja);

Penerima BMT hanyalah pekebun kecil atau penoreh getah. Setiap seorang hanya layak menerima sekali sahaja bantuan ini.

Kaedah Pembayaran

image 313

Permohonan BMT baru sahaja ditutup pada 15 September lalu. Akan tetapi, bagi permohonan mereka ditolak, rayuan boleh dibuat mulai 16 September 2022 sehingga 3 Oktober 2022.

Dan untuk cara pembayaran pula, ianya akan dibayar melalui Elektronic Fund Transfer (EFT) yang akan dikreditkan ke akaun yang aktif yang telah didaftarkan oleh pemilik ketika membuat permohonan.

Untuk pengetahuan anda, akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan akaun Tabung Haji tidak boleh digunakan untuk membuat permohonan ini.

image 314
[Terkini] Semak Senarai Penerima Bantuan RM600 Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Untuk Bulan November. 4

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan BMT, ia boleh dirujuk laman web rasmi RISDA atau klik sini

Adakah artikel [Terkini] Semak Senarai Penerima Bantuan RM600 Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Untuk Bulan November membantu anda? jika ya, bantu kami untuk share!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati