Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Tukar Nama Kereta JPJ dan Online Serta Harga Caj Tukar Nama Kenderaan Tahun 2023

tukar nama kereta

Tukar nama kereta adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan semasa proses jual atau beli kenderaan. Seandainya berlaku apa-apa insiden seperti kemalangan jalan raya pemilik kereta adalah dilihat mengikut nama yang tercatat pada geran kenderaan tersebut.

Perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ memudahkan orang ramai untuk membuat tukaran nama kereta dengan lebih mudah. Ketahui maklumat lebih lanjut berkenaan proses tukar nama kenderaan dan lain-lain.

Tukar Nama Kereta Mengikut Undang-Undang dan JPJ

Tukar Nama Pemilik Kenderaan Kepada Pemilik Baharu

Tukar Nama Pemilik Kenderaan Kepada Pemilik Baharu

Urusan penukaran nama kereta adalah mengikut keperluan individu. Bagi pemilik kenderaan, mereka mempunyai hak yang sepenuhnya keatas kenderaan yang didaftarkan atas nama geran yang berdaftar.

Berikut adalah sebab-sebab penukaran kenderaan dilakukan:

  • Sebab penjualan kenderaan. Pemilik asal menjual kenderaanya kepada pemilik baharu.
  • Pemberian kepada keluarga. Kebiasaannya juga urusan tukar kenderaan melibatkan pemberian dari seorang ayah kepada anak-anak.
  • Pengurusan harta alih. Merujuk mahkamah pula, sekiranya pemilik asal meninggal atau bercerai dan mahkamah membenarkan penukaran harta.

Bagaimanakah Urusan Tukar Nama Kenderaan Dilakukan?

Untuk makluman kepada semua, penukaran adalah sepenuhnya dibawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan raya(JPJ). Oleh itu, untuk urusan penukaran nama kereta atau kenderaan adalah merujuk ketetapan sedia ada.

Kaedah penukaran nama kereta dan kenderaan adalah seperti berikut:

Kaedah Penukaran nama kenderaanPenerangan
Secara lansung (kaunter JPJ)Pemohon boleh hadir ke kaunter JPJ untuk membuat urusan
Secara online (MySikap)Pemohon boleh membuat tukaran sah melalui laman web rasmi JPJ ‘MySikap”

Untuk membuat penukaran, anda boleh rujuk panduan dan cara tukar nama kereta dibawah.

Panduan Lengkap Tukar Nama Kereta JPJ dan Online MySikap

Cara Tukar Nama Kereta di kaunter JPJ

Cara Tukar Nama Kereta di kaunter JPJ

Untuk membuat urusan tukar nama kereta di JPJ ianya adalah sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama. Anda boleh melakukan dengan sendiri di mana-mana cawangan kaunter JPJ.

Syarat dan Cara Tukar Nama Kereta JPJ

Syarat dan Cara untuk tukar nama kereta di JPJ adalah seperti berikut:

  1. Perlu selesaikan baki pinjaman kenderaan sekiranya ada. Proses untuk menjual kereta lama kepada individu lain adalah perlu diselesaikan hutang atau baki pinjaman kereta dahulu. Ini adalah kerana geran pemilik perlu berada di tangan pemilik sah kenderaan.
  2. Sebelum membuat penukaran nama kereta perlu melakukan pemeriksaan di Puspakom terlebih dahulu. JPJ tidak membenarkan tukar nama kereta seandainya tidak lulus pemeriksaan Puspakom.
  3. Pemilik asal kereta perlu hadir bersama ke JPJ. JPJ telah menetapkan bahawa pemilik asal perlu hadir bagi mengesahkan biometrik untuk memastikan geran tersebut adalah benar.
  4. Pemilik perlu membawa dokumen untuk tukar nama kereta di JPJ seperti:
    • kad pengenalan geran asal kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan.
    • Borang B5 Puspakom
    • Slip Thumbrint JPJ pemilik asal.

Bagi kaedah tukar nama kereta ini adalah boleh dirujuk oleh pegawai JPJ semasa anda hadir ke kaunter JPJ. Kebiasaannya pihak JPJ akan memberi panduan lengkap kepada anda dan meminta beberapa dokumen yang diperlukan sahaja.

Berapakah Harga Bayaran Untuk Tukar Nama Kereta di JPJ?

Bagi membuat pernukaran kereta dan kenderaan, pihak JPJ telah mengemaskini bayaran dan caj tukar nama. Berikut adalah harga bayaran untuk tukar nama kereta dan kenderaan JPJ:

  • Tukar nama motor – RM30
  • Tukar nama kereta – RM100
  • Tukar nama kenderaan perdagangan – RM40
  • Tukar nama Kenderaan Off-road – RM100

Cara Tukar Nama Kereta Online Melalui Laman JPJ Mysikap

Cara Tukar Nama Kereta Online Melalui Laman JPJ Mysikap

Terdapat kaedah yang mana anda boleh membuat penukaran nama kereta secara atas talian sahaja dan tidak memerlukan anda bersusah payah hadir ke kaunter. Proses membuat tukar nama kereta secara online ini adalah melibatkan:

  • Pemilik kenderaan lama (Pemilik berdaftar)
  • Pemilik kenderaan baru (Pemilik baharu)

Kedua belah pihak ini perlu menyelesaikan isian borang secara atas talian di Mysikap. Untuk itu anda boleh ikuti cara yang kami sediakan.

Cara Untuk Tukar Nama Kereta Online Melalui Mysikap

Pemilik Lama

  1. Log masuk akaun mysikap, sekiranya anda adalah pengguna baharu perlu untuk anda mendaftar akaun baharu bagi membolehkan anda log masuk. Rujuk panduan guna Mysikap.
  2. Paparan utama akan memaparkan beberapa pilihan. Pilih “Kenderaan”.
  3. Seterusnya pilih permohonan pertukaran hak milik (pemilik berdaftar)
  4. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda. Selepas selesai klik teruskan.
  5. Kemudian Anda perlu klik sah dan teruskan.
  6. Masukkan maklumat e-mel pemilik pendaftar dan juga pemilik baharu. Klik seterusnya.
  7. Setelah selesai Anda perlu klik cetak. Pertukaran hak milik adalah selesai dan anda boleh simpan resit sebagai rujukan.
tukar nama kereta pemilik asal
tukar nama kereta pemilik asal

Pemilik Baru

  1. Anda boleh layari laman mysikap. Log masuk sekiranya anda mempunyai akaun dan daftar baharu sekiranya masih belum ada.
  2. Paparan utama ke menunjukkan beberapa tab dan anda boleh klik tap kenderaan.
  3. seterusnya anda boleh klik pada pilihan permohonan pertukaran hak milik kenderaan (pemilil baharu).
  4. Anda perlu memasukkan nombor pendaftaran kenderaan dan klik seterusnya.
  5. Paparan pengisytirahan kenderaan yang anda perlu lakukan, pilih Semenanjung. Kemudian,klil setuju.
  6. Anda perlu memasukkan maklumat pembayaran dan klik bayar.
  7. Kemudian Anda perlu sahkan maklumat serta klip teruskan.
  8. Sila cetak resit dan kemudian bawa bersama bagi proses selanjutnya di mana-mana cawangan JPJ berdekatan yang anda setuju berunding bersama pemilik asal kereta.
cara tukar nama kereta pemilik baharu
Cara Tukar Nama Kereta JPJ dan Online Serta Harga Caj Tukar Nama Kenderaan Tahun 2023 9
cara tukar nama kereta pemilik baharu
Cara Tukar Nama Kereta JPJ dan Online Serta Harga Caj Tukar Nama Kenderaan Tahun 2023 10

Proses penukaran online ini telah berjaya dilakukan. Namun Anda perlu mengikut prosedur oleh JPJ yang mana perlu hadir ke mana-mana cawangan JPJ pemilik berdaftar dan pemilik baru bersama-sama untuk urusan pengesahan cap jari atau thumprint JPJ tukar nama kereta.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati