Permohonan Rumah PPR 2023. Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan pelan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki akan diberitahu dari masa ke semasa.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang PPR Dimiliki
Bagi menempatkan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah, kerajaan telah merangka satu skim iaitu Program Perumahan Rakyat. Agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia adalah Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Untuk pengetahuan pembaca, PPR boleh dikategorikan kepada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Setiap rumah yang dibuat di bawah setiap program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan mengikut spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
MAKLUMAN : Permohonan Rumah PPR 2023 | Ikuti Cara Mudah Permohonan
Harga bagi PROJEK PPR (DIMILIKI)
Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak. Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
Ciri-ciri PPR
- PPR di kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingk at
- PPR di Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-Syarat Permohonan
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan PPR Dimiliki ini, permohonan dibuka melalui 2 cara iaitu Permohonan secara manual dan permohonan diatas talian.
- Untuk Permohonan secara manual anda boleh pergi ke cawangan atau menghubungi Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri dibawah ini:
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di cawangan seperti berikut:
- PERLIS INDERA KAYANGAN
- KEDAH DARUL AMAN
- PULAU PINANG
- PERAK DARUL RIDZUAN
- SELANGOR DARUL EHSAN
- NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
- MELAKA
- JOHOR DARUL TAKZIM
- TERENGGANU DARUL IMAN
- KELANTAN DARUL NAIM
- PAHANG DARUL MAKMUR
- KUALA LUMPUR
- SABAH
- SARAWAK
- WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
- Permohonan Secara Online: Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi Sistem Perumahan Rumah Negara (SPRN). Sila layan laman web rasmi dibawah:
LOGIN SISTEM PERUMAHAN RUMAH NEGARA
Anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu jika pertama kali masuk dalam laman web diatas. Anda perlu isi maklumat yang dikehendaki di laman web SPRN. Kemudian, anda boleh mendaftar masuk ke akaun dan bolehlah mengisi borang permohonan rumah PPR dibahagian negeri yang anda kehendaki.
Sebarang maklumat atau persoalan, anda dialu-alukan merujuk ke :
Jabatan Perumahan Negara
Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel:03 – 8000 8000
Atau, anda boleh merujuk talian hotline Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan boleh menghubungi di talian yang telah ditetapkan mengikut negeri-negeri dalam Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh ditanyakan di talian berikut:
HUBUNGI KAMI
Bahagian Perancangan Perumahan
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Melalui emel
Masalah Aplikasi: [email protected]
Baca juga:
- Terkini : Jawatan Kosong Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Disember 2022 | Minima SPM Layak Memohon!
- Terkini : Pengambilan Besar-Besaran Tentera Darat Malaysia (TD) Ambilan Tahun 2023 | Mohon Segera!
- Terkini : Jawatan Kosong Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Disember 2022 | Minima SPM Layak Memohon!
- Terkini : Jawatan Kosong Di Perbadanan Perwira Harta Malaysia Bulan Disember 2022 | Mohon Segera!
Info Tentang Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.
Kementerian ini telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964. Semasa awal pertubuhannya ia dinamakan dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Kementerian ini telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi. Hasil daripada cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan maka terhasillah penubuhan ini.
Visi KPKT adalah untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.
Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan yang terkini ialah Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming sejak 3 Disember 2022 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-10, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akhir sekali, kami mengharapkan kepada pemohon untuk membaca dengan teliti syarat permohonan sebelum membuat Permohonan Rumah PPR 2023 . Moga urusan tuan puan yang berhasrat untuk memiliki rumah PPR ini tercapai pada suatu hari nanti. Amin!