Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pemberian 50000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar

Pemberian 50000 Komputer Riba
Pemberian 50000 Komputer Riba

Pemberian 50000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar yang dijangkakan akan bermula pada penghujung Mei ini. Setakat ini, 13,000 peranti telah diedarkan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di beberapa buah negeri.

Lebih daripada 1,000 pelajar telahpun menerima peranti mereka, dan berdasarkan kapasiti rantaian bekalan semasa, CERDIK menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 pelajar akan menerima peranti mereka pada akhir bulan Mei ini.

Pengedaran baki 100,000 peranti lagi dijangka selesai pada akhir bulan September 2021. Program perintis ini dibiayai penuh oleh GLC/GLIC dan penderma korporat, di mana setiap pihak perlu melalui proses kawal selia masing-masing.

Kesemua peranti telah disahkan yang terkini dengan kapasiti yang mencukupi untuk penaikan taraf perisian (software upgrades) bagi menyokong pembelajaran akademik di sekolah selama sekurang-kurangnya tiga tahun. Selain itu, pengesahan kualiti, fungsi dan
keselamatan setiap alat juga perlu dipastikan untuk mencegah atau meminimumkan sebarang isu atau gangguan dalam pembelajaran kelak.

Baca Juga: Subsidi Pembelian Telefon RM300 atau Peraduan Dana RM1 Juta Harapan

Apa itu CERDIK?

Pemberian 50000 Komputer Riba
Pemberian 50000 Komputer Riba

CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data bernilai RM150 juta kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

CERDIK adalah inisiatif jangka panjang untuk membolehkan pembelajaran digital, sekarang dan pada masa hadapan. CERDIK bukanlah inisiatif pendermaan peranti sekali untuk jangka pendek.

Objektif Pemberian 50000 Komputer Riba CERDIK?

CERDIK bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran digital untuk kira-kira 150,000 murid di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia dan mempelopori model pembelajaran digital untuk penggunaan masa hadapan. Berikut merupakan empat objektif utama CERDIK:

  1. Untuk menyediakan peranti, akses dan sambungan data kepada murid sekolah yang terpinggir.
  2. Untuk membolehkan murid memperolehi pembelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah dan juga pengalaman pembelajaran digital untuk masa hadapan apabila sekolah dibuka semula.
  3. Untuk merapatkan jurang pembelajaran antara mereka yang mampu membeli peranti digital dengan mereka yang tidak berkemampuan.
  4. Mempelopori model pembelajaran digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penggunaan masa hadapan.

Di Manakah CERDIK Dilaksanakan?

CERDIK akan meliputi semua negeri di Malaysia, dengan tumpuan diberikan kepada sekolah yang mempunyai bilangan murid dari latar belakang B40 yang tinggi.

Kelayakan Penerima Komputer Riba/Tablet CERDIK

Pemberian 50000 Komputer Riba 2
Pemberian 50000 Komputer Riba

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengenal pasti murid daripada golongan B40 yang tidak mempunyai akses  kepada kemudahan peranti yang sesuai.

Penyediaan Data Internet

Peranti (Komputer Riba/Tablet) akan dibekalkan dengan sambungan data mudah alih melalui kad SIM untuk tempoh minimum 12 bulan.

Maklumat dan Penerangan Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat dan penerangan lanjut, anda boleh ajukan menerusi:

Semoga perkongsian Pemberian 50,000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar ini dapat memberi informasi kepada para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah khususnya golongan berpendapatan rendah. Diharapkan dengan pemberian bantuan peranti ini dapat menjadi pemudah cara terhadap pembelajaran persekolahan anak-anak.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati