Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Musim Tengkujuh RM600 Setiap Seorang

Bantuan Musim Tengkujuh RM600 Setiap Seorang

Bantuan Musim Tengkujuh RM600 Setiap Seorang ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memelihara kebajikan para pekebun kecil dan juga penoreh getah negara. Menurut beliau, jumlah peruntukan bantuan tersebut sebanyak RM69.9 juta bakal memberi manfaat kepada 232,319 orang pekebun kecil di negara ini.

Berikut merupakan petikan ucapan beliau semasa di Majlis Penyampaian Dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) pada Rabu 27 April 2021:

“Prihatin dengan nasib pekebun kecil getah yang menjadi tulang belakang industri getah negara, kerajaan sekali lagi akan memperuntukkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi bayaran 2021.”

Kadar Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

  • RM 600.00 Setiap Orang

Tarikh Pembayaran BMT

Pembayaran bagi BMT ini akan dilakukan secara dua kali, iaitu pada:

  1. Disember 2021 (RM 300), dan
  2. Januari 2022 (RM 300)

Baca Juga: ID Digital Sebagai Inisiatif Membendung MyKad Palsu ataupun Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji.

Untuk pengetahuan semua, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata bahawa pada tahun lepas kerajaan juga telah memberikan BMT ini kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 129.8 juta dan Bantuan Khas Covid-19 dengan peruntukan berjumlah RM 64 juta.

Bantuan Tanam Semula Getah

Selain daripada Bantuan Musim Tengkujuh ini, kerajaan turut berusaha untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka menerusi penanaman getah. Oleh hal yang demikian, pada tahun ini 2021 kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan RISDA telah memperluaskan skop Bantuan Tanam Semula Getah.

  • Para pekebun kini boleh melakukan permohonan untuk tanah kosong / tanah selain ditanam getah.
  • Keluasan tanah yang melayakkan bantuan ini adalah minimum 0.1 hektar sehingga maksimum 5.0 hektar.

Berikut merupakan petikan ucapan beliau berkenaan hal ini:

“Usaha ini bukan sahaja dilihat kepada peningkatan ekonomi pekebun kecil malah kerajaan menyasarkan pengeluaran getah negara dapat ditingkatkan dengan memastikan keluasan tanaman getah kepada 1.1 juta hektar serta mengurangkan tanah terbiar yang tidak diusahakan.”

Skim Insentif Lateks (SIL)

Tambah beliau lagi, bagi menyokong keperluan industri dan tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah skrap, kerajaan turut menyediakan Skim Insentif Lateks yang melibatkan:

  • pemberian input pertanian
  • penyelenggaraan kebun, serta
  • insentif upah penoreh pada kadar RM500 sehektar.

Objektif SIL

YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa skim ini diperkenalkan bertujuan untuk:

  1. menggalakkan pekebun kecil menghasilkan lateks, dan
  2. meningkatkan pendapatan sebanyak 30 peratus berbanding penghasilan skrap getah.

Maklumat Lanjut Bantuan Musim Tengkujuh

Untuk mendapatkan makluman yang lebih terperinci berkenaan bantuan ini, anda semua boleh tonton video pengumuman BMT di pautan berikut:

Semoga perkongsian Bantuan Musim Tengkujuh RM600 Setiap Seorang ini dapat memberi perkhabaran gembira buat para pekebun kecil getah yang layak menerimanya. Diharapkan dengan pemberian bantuan sedemikian ini dapat mempertingkatkan lagi produktiviti harian pekebun masing-masing.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati