Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Personel MySTEP di Jabatan Alam Sekitar 2021

Pengambilan Personel MySTEP di Jabatan Alam Sekitar
Personel MySTEP

Pengambilan Personel MySTEP di Jabatan Alam Sekitar kini dibuka untuk tahun 2021. Pengambilan ini ditujukan khas kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk bekerja di ibu pejabat Putrajaya, dengan kriteria minimum pemohon mestilah merupakan seorang Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Alam Sekitar merupakan salah sebuah jabatan di bawah seliaan Kementerian Alam Sekitar dan Air. Jabatan ini mempunyai visi dan misinya yang tersendiri, iaitu pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan negara. Jabatan ini berteraskan Dasar Alam Sekitar Negara sebagai tunjang utama.

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN)

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk mencapai;

  1. Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan,
  2. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat, dan
  3. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah digalakkan untuk memohon kekosongan jawatan seperti di bawah:

Jawatan yang ditawarkan:

  1. Kontrak Personal MySTEP Gred 41
  2. Kontrak Personel MySTEP Gred 29

Info Jawatan Kosong:

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Mac 2021

Tempoh Kontrak: 1 April 2021 sehingga 31 Disember 2021 (9 bulan)
Lokasi : Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah Sarjana Muda / Diploma
Status Pelantikan : Kontrak

Syarat Kelayakan Pemohon:

Syarat kelayakan bagi permohonan jawatan Personal MySTEP Gred 41 mengkehendaki calon mempunyai salah satu daripada kelulusan berikut, iaitu:

Personel MySTEP 1
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia hayat, kaji hayat, fizik, atau ekologi.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Alam Sekitar)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Mekanik, Kimia, Elektrik

Syarat kelayakan bagi permohonan jawatan Personal MySTEP Gred 29 pula mengkehendaki calon mempunyai kriteria-kriteria berikut, iaitu:

  • Memiliki Diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis, seni reka atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi atau kamera filem serta berkebolehan membuat rekaan grafik, infografik, dan video.
  • Berpengalaman di dalam bidang media dan boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Cara Memohon Jawatan:

  • Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian dengan menghantar resume lengkap berserta gambar warna berukuran passport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik (ijazah/diploma) melalui e-mel kepada [email protected] atau [email protected].
  • Permohonan hendaklah sampai kepada pihak tersebut selewat-lewatnya sebelum atau pada 9 Mac 2021. Selepas daripada tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

Iklan Pengambilan Personel MySTEP

(Pastikan anda rujuk iklan penuh di pautan yang telah disediakan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

  • Iklan Pengambilan Personel MySTEP Jabatan Alam Sekitar
Personel MySTEP
Personel MySTEP

Peringatan & Penafian

Mohon perhatian, tempoh sah laku iklan pengambilan personel MySTEP ini hanya tertakluk pada tarikh dan lokasi yang dinyatakan sahaja. Oleh hal yang demikian, pemohon disarankan untuk merujuk tarikh artikel ini diterbitkan dengan betul dan teliti sebelum menghantar sebarang permohonan. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.

Baru-baru ini, kami juga ada berkongsi artikel tentang hebahan Jawatan Kosong Guru Sambilan MRSM di Kelantan, dan bantuan kerajaan Dana Didik Johor 2021 untuk bayi yang lahir di negeri Johor bagi tempoh sepanjang 1 Januari sehingga 31 Disember 2021. Para pembaca boleh klik pautan di bawah untuk maklumat berkenaan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati