Kerja Kosong di Agensi Angkasa Malaysia

 

Kerja Kosong di Agensi Angkasa Malaysia

Kerja Kosong di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dibuka sehingga 8 Mac 2021 yang menggalakkan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan tersebut.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ditubuhkan pada tahun 2002 dan beribu pejabat di Putrajaya, Malaysia.

Maklumat Ringkas Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bertujuan untuk memajukan pendidikan dan penyelidikan berkaitan dengan sains angkasa dan pada masa yang sama membantu kerajaan melaksanakan Dasar Angkasa Negara.

Agensi ini diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia. ANGKASA telah digabungkan dengan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) membentuk Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Individu yang memenuhi syarat-syarat tersebut adalah dialu-alukan untuk memohon jawatan di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong ini adalah seperti dibawah:

Jawatan yang ditawarkan :

  1. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Pembantu Tadbir Kewangan

Info Jawatan Kosong:

Tarikh tutup permohonan : 8 Mac 2021
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : SPM

Cara Memohon Jawatan :

  • Pemohon perlulah menyediakan Resume bergambar (Sila nyatakan jawatan yang dimohon) dan salinan sijil SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Pemohon perlulah menghantar dokumen yang dikehendaki melalui emel mystep@mysa.gov.my
  • Pemohon perlulah mengemukakan dokumen yang dikehendaki sebelum 8 Mac 2021(Isnin). 

Syarat Permohonan :

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan setaraf dengannya.
  • Berdisiplin dan boleh bekerja secara berpasukan.
  • Berkemahiran dalam menggunakan Microsoft Office (Words, Powerpoint, Excel).

Sekiranya anda mempunyai ijazah, diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau mempunyai kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dialu – alukan untuk mengisi kekosongan jawatan di atas.

Borang Permohonan :

(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

Iklan Jawatan Kosong Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Program Angkasawan Negara

Bermula pada tahun 2006, ANGKASA telah melancarkan Program Angkasawan Negara untuk menghantar angkasawan dari Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007, Sheikh Muszaphar Sukor telah dipilih menjadi angkasawan Malaysia yang pertama dan telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.

Program ini merupakan program bersama dengan Persekutuan Rusia dan telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir bin Mohamad. Ia merupakan satu projek di bawah kerajaan dengan mengimbangi perjanjan melalui pembelian jet pejuang Sukhoi SU-30MKM untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Persekutuan Rusia, di bawah perjanjian ini telah menanggung kos melatih dua rakyat Malaysia untuk perjalanan ruang dan bagi menghantar seorang ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober 2007 dan hal ini menjadikan Sheikh Muszaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama di angkasa pada 10 Oktober 2007.

Bukti ini telah menunjukkan bahawa objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan imej negara dan menanamkan minat dalam generasi yang lebih muda terhadap bidang Matematik dan Sains. Semasa program pelancaran itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis telah menghuraikan tujuan dan objektif utama program sebegini.

Bagi mengikuti perkembangan lanjut mengenai Agensi Angkasa Malaysia, lawati laman Facebook rasmi Agensi Angkasa Malaysia.

Peringatan & Penafian

Mohon perhatian, iklan kerja kosong ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Sebelum ini, kami ada kongsikan beberapa Jawatan kosong yang lain seperti:-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here