Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Dana Didik Johor 2021, Caruman RM100 Untuk Setiap Bayi Lahir di Johor.

Dana Dididk Johor 2021, Caruman RM100 untuk Setiap Bayi Lahir di Johor.

Dana Didik Johor 2021, Caruman RM100 Untuk Setiap Bayi Lahir di Johor merupakan sebuah program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berserta beberapa agensi berkaitan. Program Dana Didik Johor (DDJ) 2021 merupakan lanjutan daripada kejayaan program Dana Didik Harapan Johor (DDHJ) pada tahun lepas. Program ini telah dinyatakan dalam Ucapan Bajet Negeri Johor 2021.

Untuk makluman semua, caruman sebanyak RM100 akan diberikan secara percuma bagi setiap akaun yang didaftarkan atas program DDJ 2021 ini. Caruman percuma dalam program DDJ ini secara tidak langsung boleh menjadi galakan kepada ibu bapa di negeri ini untuk mendaftarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) buat bayi mereka yang baru lahir bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2021. Matlamat utama program ini adalah untuk membudayakan tabiat menabung dalam kalangan kanak-kanak di negeri Johor khususnya bagi tujuan pendidikan.

Dana Didik Johor 2021

Syarat-syarat Kelayakan Dana Didik Johor 2021

Dana Didik Johor 2021 layak dimohon oleh semua ibu bapa yang mempunyai kelahiran bayi sepanjang 1 Januari sehingga 31 Disember 2021 di negeri ini. Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi program ini:

  1. Ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang lahir di negeri Johor.
  2. Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor.
  3. Pendapatan keseluruhan ibu bapa di bawah RM7,OOO sebulan.
  4. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Cara-cara Permohonan Dana Didik Johor 2021

Terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa untuk membuat permohonan ini, iaitu:

Mohon Secara Atas Talian

Anda perlu memuat turun borang permohonan yanng disediakan di bawah ini, dan boleh emelkan borang tersebut yang telah dilengkapkan kepada [email protected] ataupun,

Membuat Permohonan Secara Manual

Anda boleh dapatkan borang permohonan yang boleh diperolehi di mana-mana kaunter seperti wad-wad bersalin hospital utama di negeri Johor, Jabatan Pendaftaran Negara di negeri Johor, Pejabat PTPTN Cawangan di negeri Johor, dan Pejabat Yayasan Pelajaran Johor. Kemudian, borang yang telah lengkap boleh diserahkan di mana-mana Pejabat PTPTN Cawangan dalam negeri Johor.

Dapatkan “Borang Permohonan Dana Didik Johor 2021” di sini


Di sini admin nak kongsikan borang permohonan tersebut. Sila download menggunakan link di bawah ini, klik pada Borang Permohonan Dana Didik Johor 2021 yang tertera.

Format dokumen ini adalah dalam bentuk ‘PDF’

Download : 

Langkah-langkah Permohonan

Berikut merupakan langkah-langkah permohonan yang boleh diikuti oleh para ibu bapa bagi memudahkan permohonan mereka dilengkapkan dan dihantar.

  1. Dapatkan borang permohonan di lokasi-lokasi yang telah disenaraikan ataupun muat turun borang daripada link yang telah disediakan di atas.
  2. Daftar Sijil Kelahiran bayi di Jabatan Pendaftaran Negara, kemudian sertakan sekali borang permohonan tersebut bersama dokumen sokongan yang telah dicop oleh Ketua Kampung atau Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas, dan hantarkan ke salah satu Pejabat PTPTN Cawangan dalam negeri Johor ataupun boleh juga diemel kepada [email protected]
  3. Bagi permohonan yang berjaya, pihak PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM100 kepada pemohon melalui pos.

Dokumen Sokongan yang Diperlukan

Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama Borang Permohonan Dana Didik Johor:

  1. Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN
  2. Salinan Sijil Kelahiran bayi.
  3. Slip Penyata Pendapatan Gaji ibu dan bapa.
  4. Borang Pengesahan Pendapatan Gaji sekiranya ibu bapa tidak mempunyai slip penyata pendapatan atau tidak bekerja.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh layari laman sesawang Yayasan Pelajaran Johor

Selain itu, sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui saluran berikut, iaitu

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Peraduan Dana RM1 Juta Harapan ataupun Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan.

Secara keseluruhannya, diharapkan melalui perkongsian mengenai Dana Didik Johor 2021, Caruman RM100 Untuk Setiap Bayi Lahir di Johor ini, ibu bapa menjadi lebih cakna dalam merancang simpanan anak-anak. Masa hadapan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading akan lebih terjamin kelak dengan pembukaan akaun SSPN-i menerusi program ini. Akhir kata, harapan rakyat agar lebih banyak dana seperti program sedemikian dapat diwujudkan secara meluas.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati