Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Sijil Vaksinasi Akan Diberi Kepada Individu Sudah Disuntik Bermula 2021

Sijil Vaksinasi
Sijil Vaksinasi

Sijil Vaksinasi Pintar akan diberikan kepada mereka yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19. Sijil Vaksinasi Pintar juga boleh disebut sebagai ‘Smart Vaccination Certificate’ masih berada pada peringkat perancangan dimana Kementerian Kesihatan perlu meneliti dengan lebih khusus sebelum melaksanakan perkara ini.

Dalam usaha memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada masyarakat secara telus dan sistematik, pihak kerajaan akan terus melakukan yang terbaik demi mencapai matlamat itu. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ianya mungkin akan mengambil masa sebulan lagi sebelum memberikan kata putus.

Sijil Vaksinasi Sinar Akan Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan

Sijil Vaksinasi
Sijil Vaksinasi

Menurut Datuk Seri Dr Adham Baba, ketika ditemui pada sidang media hari ini, beliau sudah mengadakan persidangan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau ‘World Health Organization’ (WHO) secara dalam talian. Pihak Kementerian Kesihatan akan membuat pengumuman secara rasmi tentang Sijil Vaksinasi Pintar ini pada bulan hadapan setelah mendapatkan keputusan muktamad.

Pelbagai aspek perlu dinilai secara menyeluruh dalam melancarkan membangunan sijil ini. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) merupakan pihak yang bertanggungjawab mengendalikan perkara ini. JKJAV akan melaksanakan pembangunan sijil ini dengan kerjasama bersama negara-negara lain.

Penglibatan Hospital Swasta dalam Pengagihan Suntikan Vaksin

Datuk Seri Dr Adham Baba juga mengulas isu mengenai penglibatan Hospital Swasta dalam pengagihan suntikan vaksin kepada masyarakat. Beliau berkata buat masa ini hanya Hospital Pantai telah digunakan sebagai Pusat Vaksinasi dalam Fasa Pertama (1) bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Selain itu, beliau menegaskan bahawa pengagihan secara percuma hanya dibuat di Hospital Kerajaan buat masa ini.

Menurut beliau, Hospital Swasta akan dilibatkan pada Fasa Kedua (2) dan Fasa Ketiga (3). Hal ini untuk memudahkan kelancaran PICK serta dalam masa yang sama dapat membantu kerajaan untuk menyalurkan fasiliti terbaik kepada masyarakat.

Bagi Hospital Swasta yang berminat atau ingin menjadi Pusat Vaksinasi, boleh menggunakan saluran berikut:-

  • Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM)
  • Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
  • Persatuan-persatuan lain yang terlibat

Sebelum ini kami ada kongsinya beberapa artikel mengenai penglibatan Hospital Swasta dan jumlah pendaftaran rakyat untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Setakat ini, Dr Adham memberitahu bahawa seramai 127,000 daripada 270,000 petugas kesihatan yang merupakan barisan hadapan akan menerima suntikan dalam Fasa Pertama yang sudah bermula pada 24 Februari 2021 lalu.

Panduan untuk Mendapatkan Info Berkaitan Vaksin Covid-19

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan iaitu Dr Mahesh Appannan berkata terdapat beberapa medium atau platform penyebaran maklumat yang berkesan dalam usaha menyebarkan maklumat berkaitan Covid-19 dan vaksinasi. Antaranya ialah:-

  • Aplikasi Mysejahtera
  • Media sosial seperti akaun rasmi Kementerian Facebook, Twitter atau
  • Laman web rasmi Kementerian, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Selain aplikasi MySejahtera, kaedah lain ialah secara manual,orang ramai boleh hadir di klinik kesihatan awam dan swasta.

Fasa-Fasa Penerima Vaksin Covid-19

Sijil Vaksinasi 1
Sijil Vaksinasi

Dalam PICK , terdapat tiga fasa-fasa untuk mereka yang layak menerima suntikan vaksin Covid-19 secara berperingkat mengikut jadual yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bermula Februari tahun ini. Berikut adalah fasa-fasanya:

Fasa Pertama: 

  • Februari hingga April adalah kumpulan petugas-petugas barisan hadapan pertama dengan jumlah 500,000 dengan menjalani tugas yang penting menempuhi secara langsung  untuk memerangi wabak itu.

Fasa Kedua:

  • April hingga Ogos terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi iaitu mempunyai masalah penyakit seperti diabetes,penyakit jantung,tekanan darah tinggi,obesiti dan lain-lain penyakit selain itu juga untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa Ketiga:

  • Mei hingga Februari 2021 mereka golongan dewasa 18 tahun ke atas untuk mendapatnya bila terbuka haribulan mendapat suntikan.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi peluang dan manfaat kepada anda semua. Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai jawatan kosong, informasi mengenai bidang pendidikan, bantuan kerajaan dan info semasa kerajaan anda boleh melayari laman web Sistem Guru Online.

Bagi mereka yang belum divaksin, pastikan anda pergi mengambil vaksin di mana-mana klinik berdaftar atau di klinik kerajaan dengan segera jika anda mahukan sijil vaksin ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati