Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

DAFTAR AKAUN KWSP ANAK DAN TERIMA INSENITF KEWANGAN RM250

Daftar Akaun KWSP Anak
Daftar Akaun KWSP Anak

Daftar Akaun KWSP Anak Dan Terima Insentif Kewangan RM250. Untuk makluman semua mengikut maklumat, ramai yang tidak tahu menahu yang mana sebenarnya individu yang berumur 14 tahun dan keatas sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pesaraan atau lebih dikenali sebagai KWSP.

Individu yang dibenarkan bagi membuat pendaftaran akaun KWSP adalah di dalam simpanan syariah dan ia bagi tujuan untuk simpanan dalam tempoh jang panjang.

Daftar Akaun KWSP Anak Dan Terima Insentif Kewangan RM250

Pendaftaran akaun KWSP ini tidak semestinya perlu tunggu pemohon untuk mula bekerja baru boleh menyimpan wang di KWSP. Untuk pengetahuan khusus bagi para penjaga dan ibubapa yang ingin membuat persediaan jangka panjang kepada anak-anak dan memudahkan urusan anak nanti bila dah dewasa,Ibu bapa dan penjaga boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak dan buat sedikit simpanan untuk mereka dalam akaun KWSP. Hasilnya anda boleh lihat sendiri selepas membuat pendaftaran akaun KWSP di usia awal anak-anak. Nanti anak-anak akan dapat menikmati hasil kecaknaan ibu bapa diwaktu ini.

Nota: Jika anda membuka akaun KWSP anak sekarang, akan mendapatkan insentif kewangan tambahan sehingga RM 250 setiap tahun.

Untuk mengetahui berkenaan panduan cara daftar akaun KWSP dan manfaat yang boleh didapatkan seperti berikut.

Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun dan ke Atas

Bagaimanakah Cara Mendaftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Dan Ke Atas?

Para penjaga dan ibubapa boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak 14 tahun dan keatas melalui mana-mana cawangan kiosk KWSP dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter dan boleh menjimatkan masa dalam masa yang sama.

Berikut merupakan panduan cara untuk membuka akaun KWSP anak :

  1. Bagi pendaftaran sebagai ahli KWSP (IC anak dan cap jari diperlukan) di mana-mana kiosk KWSP berdekatan dengan anda.
  2. Seterusnya, beritahu kepada pegawai KWSP tersebut untuk membuka i-akaun dan beralih ke simpanan syariah terus
  3. Kebiasaannya pegawai KWSP akan tolong buatkan secara terus di kiosk
  4. Setelah selesai i-akaun siap, pegawai akan membantu daftarkan ke akaun simpanan syariah
  5. Setelah siap, sila beritahu pegawai tersebut untuk daftar caruman i-saraan – Caruman secara sukarelaUntuk makluman para ibubapa disarankan untuk membuka akaun KWSP anak bagi tujuan simpanan masa hadapan lebih terancang dan terjamin. Turut boleh dapat insentif tambahan RM 250 setahun.

Apakah Manfaat Anak Saya Terima Apabila Buka Akaun KWSP?

Daftar Akaun KWSP Anak
Daftar Akaun KWSP Anak

Banyak manfaat yang bakal anak anda terima apabila membuat pendaftaran KWSP dan mula mencarum akaun KWSP anak sejak usia awal lagi. Berikut merupakan manfaat yang bakal diterima oleh anak anda:

  • Akan terima insentif tambahan dari pihak Kerajaan maksimum RM 250 setahun
  • Perancangan simpanan jangka panjang anak
  • Mula menyimpan pada usia muda
  • dapat dividen patuh syariah setiap tahun
  • sebagai ahli KWSP akan layak tuntutan khairat kematian RM 2500

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh terus hubungi ke pihak KWSP:

Telefon : 03 – 8922 6000

Faks : 03 – 8922 6222

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Buka Akauan KWSP Untuk Anak Ketika Berumur 14 Tahun Dan Keatas Adalah Satu Keperluan Ibubapa

Kerajaan Malaysia sentiasa mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membantu golongan rakyat Malaysia dari pelbagai golongan. Insentif yang diberikan dari kerajaan Malaysia dengan menawarkan skim pendaftaran KWSP yang akan memanfaatkan rakyat Malaysia sejak usia kecil hingga dewasa.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati