Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Khairy Jamaluddin Orang No.1 Jadi Contoh Terima Vaksin yang diluluskan Dirinya

KJ
Khairy Jamaluddin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin merupakan individu pertama yang akan menerima mana sahaja suntikan vaksin Covid-19 yang diluluskan pihak kerajaan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) selain daripada Pfizer.

Beliau mengambil keputusan tersebut berikutan dengan timbulnya keraguan dalam kalangan masyarakat untuk menerima suntikan vaksin selain Pfizer-BioNTech.

Keraguan terhadap vaksin selain Pfizer timbul apabila masyarakat mengatakan vaksin Pfizer adalah paling selamat dan berkesan telah disuntik kepada Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan dan beberapa jemaah menteri lain pada 24 Februari 2021 lalu. Vaksin seterusnya hanyalah lebihan vaksin yang kurang berkesan akan diberikan kepada rakyat.

Khairy Jamaluddin Nyatakan Tak Semua Dapat Pfizer

Beliau berkata segelintir masyarakat berpendapat bahawa vaksin yang bakal diperoleh Malaysia seterusnya tidak sebagus seperti vaksin Pfizer.

“Terdapat segelintir masyarakat yang memilih untuk menerima suntikan Pfizer, namun ada juga segelintir ingin menerima suntikan vaksin yang lain diluluskan kerajaan seterusnya”.

Apabila ditanya tindakan beliau tidak mengambil vaksin Pfzier adalah kerana meragui keberkesanan vaksin itu, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tidak meragui tahap keselamatan vaksin itu malah sebaliknya kerana vaksin Pfizer telah terbukti selamat dan berkesan.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

“Apa sahaja jenis vaksin yang diluluskan kerajaan seterusnya, saya akan menerimanya.” tegas beliau.

Semalam, vaksin Sinovac telah tiba di ibu negara dan Malaysia dijangka akan menerima bekalan vaksin lain seperti AstraZeneca-Oxford, Sputnik, Fasiliti COVAX dan CanSinoBIO untuk fasa seterusnya- Awani

Sumber rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/300000-dos-vaksin-sinovac-tiba-di-malaysia-pagi-ini-285030https://www.astroawani.com/berita-malaysia/300000-dos-vaksin-sinovac-tiba-di-malaysia-pagi-ini-285030

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati