Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pra Sekolah, Tahun Satu & Tahun Dua Kembali bersekolah Hari Ini 2021

Pra Sekolah
Pra Sekolah

PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN BERMULA HARI INI BAGI Pra Sekolah

Pra Sekolah, Tahun Satu & Tahun Dua mula bersekolah hari ini. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan yang terbaik dari segi persediaan dalam menyambut kehadiran pelajar pra sekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua hari ini di seluruh negara.

Sesi persekolah yang sepatutnya bermula awal tahun ini terpaksa ditutup berikutan pandemik COVID-19. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memberi kelonggaran bagi murid yang tidak mempunyai seragam sekolah, dibenarkan memakai pakaian biasa ke sekolah sehingga cuti penggal pertama bermula iaitu 26 Mac 2021.

KPM Mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0

Pra Sekolah 2
Pra Sekolah

Dalam usaha mengurangkan penularan wabak COVID-19 di negara kita, semua pihak tidak boleh mengambil mudah aspek SOP. Justeru itu, KPM telah mengedarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah untuk semua sekolah di seluruh negara.

Pelbagai usaha dan langkah-langkah pencegahan telah dilakukan oleh semua pihak termasuk pihak kementerian, guru dan ibu bapa bagi memastikan semua pelajar sentiasa dalam keadaan selamat dan terjamin apabila hadir ke sekolah.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tarikh pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut darjah dan kawasan yang telah diumumkan oleh KPM.

Tarikh Pembukaan Sekolah Mengikut SOP Ketat oleh KPM

Dapatkan “Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah & Takwim Persekolahan 2021 “

  1. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah
  2. Takwim Persekolahan 2021 : Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah

Ketetapan Tarikh Kemasukan Mengikut Kesesuaian

Pra Sekolah
Pra Sekolah

Pembukaan sekolah yang telah bermula pada hari ini bagi pelajar Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 bertujuan untuk memberi ruang kepada guru-guru dan juga para pelajar supaya menyesuaikan diri dengan peraturan dan aspek SOP di sekolah yang ditetapkan oleh KPM.

Garis panduan pengurusan dan pengoperasian yang disediakan oleh KPM merangkumi pelbagai aspek bermula murid menjejakkan kaki ke pintu pagar sekolah, ketika berada dalam kawasan sekolah dan juga ketika pulang dari sekolah.

Selain sekolah rendah yang memulakan sesi persekolahan, Kolej Vokasional juga turut membuka sesi persekolahan hari ini.

Bagi Sekolah Menengah pula, ianya akan dibuka lebih lewat berbanding sekolah rendah kerana ingin memberi ruang kepada pelajar yang menduduki SPM 2020. Hal ini kerana, semua pihak seperti pengawas peperiksaan, pelajar SPM 2020 perlu mematuhi SOP yang terperinci dan ketat dari segi penyediaan bilik khas, langkah keselamatan, bilik isolasi, bilik transit dan sebagainya.

Disamping itu, bagi sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta pula akan memulakan sesi persekolahan pada 8 Mac 2021.

Bagi sekolah swasta, Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar di bawah KPM akan mengikuti jadual sebagaimana tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM.

Seperti kita sedia maklum, penularan pandemik COVID-19 di negara kita masih belum reda dan 4 negeri (Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan P. Pinang)  masih di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Oleh itu, pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat adalah bertujuan untuk mengelakkan para pelajar jauh ketinggalan dalam pembelajaran disamping mengimbangi keperluan mereka dari segi pendidikan dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.

“Barangsiapa yang berangkat menimba ilmu untuk mengamalkan ilmu, niscaya ilmu yang sedikit pun akan bermanfaat baginya”.

“Bukan ilmu yang seharusnya mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu.”

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati