Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

KERAJAAN BERTEGAS Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin dan Mereka yang Tidak Lengkap Vaksin

Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin
Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin

Kerajaan Bertegas Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin Dan Mereka Yang Tidak Lengkap Vaksin. Pengumuman terbaru dari Kerajaan Malaysia mengenai pemberian bantuan kewangan khas aidilfitri mendapat liputan rakyat Malaysia. Pemberian bantuan ini akan memberi manfaat kepada mereka yang kesempitan wang dan terkesan akibat pandemik COVID19. Bantuan khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dari dua juta penjawat awam dan pesara kerajaan.

Kerajaan Malaysia akan mula menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak menerima mulai 25 April. Sehubungan itu, kerajaan juga telah menggariskan panduan syarat kelayakan untuk menerima bantuan khas aidilfitri tahun 2022.

Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin?

Bantuan sebanyak diantara RM250 ke RM500 akan memberi manfaat yang  banyak kepada mereka yang layak menerima.

WhatsApp Image 2022 04 08 at 19.49.18
Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin

Ini merupakan berita gembira kepada penjawat awam yang selama ini telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Malaysia. Penjawat awam akan menerima RM500 dan Pesara Kerajaan akan menerima bantuan sebanyak RM250. Sehubungan itu, kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan penerimaan bantuan kewangan khas aidilfitri seperti yang digariskan dibawah.

Kenyataan kerajaan jelas menunjukkan Mereka Tak Vaksin Lengkap Tidak Layak Terima Bantuan

Perdana Menteri sedia maklum bahawa pada 5 April 2022 telah bersetuju supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 (BKKA 2022) sebanyak RM500 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professiona serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan kebawah.

Manakala,BKKA 2022 sebanyak RM250 juga dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen bulanan.

Namun demikian itu, kerajaan juga telah menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 (BKKA 2022) dan diantara itu isu yang hangat diperkatakan sekarang adalah mereka yang tidak mengambil vaksin. Menurut kenyataan kerajaan, pihak kerajaan tidak akan berkompromi dan tidak akan memberi sebarang pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri(BKKA) kepada pegawai yang tidak mendapatkan dos imunisasi COVID yang lengkap selain atas sebab kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar.

WhatsApp Image 2022 04 08 at 19.49.18 1
Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin

Ini adalah kerana kerajaan Malaysia masih bertegas untuk memastikan penjawat awam mendapatkan dos vaksin seperti yang disarankan oleh kerajaan Malaysia. sebagai penjawat awam, amatlah wajar mengambil vaksin demi perlindungan diri dan keluarga daripada wabak COVID19.

Ketahui Dan Semak Status Vaksin Anda

Bagaimana Cara Untuk Mengetahui Dan Menyemak Status Vaksin?

Kerajaan Malaysia sentiasa optimis dalam menggalakkan pengambilan vaksin sebagai langkah-langkah pencegahan COVID19. Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia telah menggariskan panduan terbaru mengenai status vaksinasi bagi mereka yang berumur 18 tahu keatas.

Status vaksinasi yang dikeluarkan pada 1 April 2022 oleh kerajaan Malaysia adalah info yang baru dikemaskini untuk memastikan rakyat mengikuti status vaksinasi yang ditetapkan. Anda boleh merujuk status vaksinasi anda Disini.

Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin
Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin

Cara Lihat Status Vaksin di MySejahtera

Bagaimana Cara Lihat Status Vaksin Di MySejahtera?

Untuk pengetahuan semua, anda boleh menyemak status vaksin anda di aplikasi MySejahtera. Caranya anda boleh ikut seperti yang dibawah:

  1. Anda perlu buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Kemudian tekan di bahagian PROFIL
  3. Akan tertera jumlah vaksin yang telah ambil beserta untuk anda semak sijil vaksinasi anda
mysejahtera
Bantuan Kerajaan tidak akan diberikan kepada Antivaksin

Selain itu, anda juga boleh dapatkan sijil vaksin dengan mudah,anda boleh terus cetak melalui mysejahtera.

“Cakna Vaksinasi Anda,Vaksin Tanggungjawab Bersama”

Program vaksinasi merupakan satu usaha kerajaan untuk mengekang penularan COVID19 yang kian berleluasa. Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengambil dos vaksin sebagai langkah penjagaan dari COVID19. Vaksin merupakan suatu kepentinga, oleh yang demikian itu kerajaan sentiasa bertegas kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan vaksin bahkan seseorang itu tidak layak mendapat inisiatif kerajaan jika tidak mengambil vaksin atau menolak program vaksinasi. Kita Jaga Kita!.

Oh ya, untuk mereka yang sudah lengkap vaksin, anda promosi istimewa yang dibawakan oleh KFC. Macam mana dah rancang nak pergi vaksin ke belum?

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati