Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tawaran Jawatan Kosong FAMA Mei 2024

JAWATAN KOSONG FAMA MEI 2024

Pengumuman mengenai tawaran jawatan kosong FAMA Mei 2024 yang dibuka khas oleh pihak badan berkanun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dibuka untuk permohonan bulan 5.

Bagi para pemohon perlu mengetahui beberapa perkara sebelum membuat permohonan. Suka diingatkan, pemohon perlu mengikuti beberapa perkara yang dilampirkan dalam iklan jawatan kosong FAMA Mei 2024. Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu diketahui.

Berkenaan Jawatan Kosong FAMA Mei 2024

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

Maklumat Jawatan Kosong FAMA

Berikut adalah merupakan beberapa maklumat berkenaan tawaran jawatan kosong FAMA Mei 2024:

PerkaraMaklumat
JawatanKerani Pentadbiran
Taraf JawatanAnggota Projek FAMA (Kontrak)
PenempatanBahagian Maklumat Pasaran, Ibu Pejabat FAMA
GajiRM1,324.95 – RM3,291.20
Elaun-elaunRM75.00

Tempoh Tarikh Permohonan Jawatan

Bagi para pemohon, anda perlu mengetahui berkenaan permohonan dibuka sekarang dan permohonan akan ditutup pada 12 Mei 2024. Oleh itu, para pemohon diminta untuk membuat permohonan dengan kadar segera dan menepati kelayakan serta cara permohonan yang betul.

Syarat Latikan Jawatan FAMA

Untuk pemohon yang berminat membuat permohoan kerja, anda boleh mengisi permohonan dengan berdasarkan syarat kelayakan seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, keutamaan kepada yang memiliki Diploma
  • Berumur di antara 21 hingga 35 tahun
  • Mempunyai kemahiran dalam MS Office (MS Word, MS Excel, dan MS Power Point)
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam perisian Canva dan Google Sheet
  • Memiliki pengalaman dalam pengurusan data (data entry, data cleaning, dan lain-lain yang berkaitan)
  • Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa, dan bersedia belajar perkara baharu
  • Mempunyai minat dalam penerbitan, penulisan laporan, dan penyediaan kertas kerja
  • Sihat tubuh badan

Skop Tugasan Kerja Bagi Jawatan Kosong

Untuk permohonan kerja bagi bulan Mei dibawah FAMA, berikut adalah merupakan skop kerja yang ditetapkan oleh FAMA:

  1. Membantu dalam melakukan carian maklumat yang berkaitan dengan kajian
  2. Memantau pencapaian survei dan membuat susulan kepada responden kajian supaya sasaran dapat dicapai
  3. Melaksanakan proses data cleansing dan analisis data
  4. Membantu menyediakan laporan kajian dan penerbitan
  5. Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan dari masa ke semasa

Untuk membuat permohonan, para pemohon dipelawa untuk menyemak iklan asal jawatan kosong FAMA Mei 2024 serta cara lengkap untuk mohon jawatan kosong yang dibuka.

Prosedur Mohon Jawatan Kosong FAMA Mei 2024

Rujukan Lengkap Iklan Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG FAMA MEI 2024

Untuk para pemohon, anda perlu membuat semakan berkenan tawaran kerja yang dibuka oleh FAMA. Pihak FAMA telah membuka jawatan kosong ini melalui pengumuman di laman web mereka. Untuk mengikuti maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada pautan dibawah:

Cara Mohon Jawatan Kosong FAMA Mei 2024

Untuk permohonan, berikut adalah dikongsikan cara mohon kerja FAMA bagi bulan Mei 2024. Para pemohona boleh mengikuti langkah-langkah permohonan dibawah:

  • Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3/Diploma, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,
  • Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
  • Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
  • Permohonan hendaklah sampai kepada:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tingkat 2, 
Bangunan FAMA Point Lot 17304,
Jalan Persiaran 1 Bandar Baru Selayang
68100 batu Caves Selangor

Sebelum atau pada : 12 MEI 2024 (AHAD)

Catatn am :

  • Calon-calon di ingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi
  • untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari
  • tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati