Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PM Umum Gaji Penjawat Awam Tidak Naik Automatik

GAJI PENJAWAT AWAM TIDAK NAIK AUTOMATIK
GAJI PENJAWAT AWAM TIDAK NAIK AUTOMATIK

Sebelum ini penjawat awam diumumkan bahawa akan ada kenaikan gaji. Untuk kenaikan itu kini dinyatakan gaji penjawat awam tidak naik automatik. Perkara ini telah dijelaskan oleh perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenaikan gaji penjawat awam selepas 10 tahun adalah diumumkan pada hari pekerja yang lalu dan menggembirakan jutaan penjawat awam yang bakal ada kenaikan gaji. Walaubagaimanapun, kerajaan menyatakan gaji penjawat awam tidak naik automatik dan akan melalui kaedah penilaian yang dibuat untuk penjawat awam.

Kerajaan Nyatakan Gaji Penjawat Awam Tidak Naik Automatik

Kerajaan Akan Kenalkan Kaedah Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Kerajaan Malaysia akan perkenalkan kaedah kenaikan gaji penjawat awam berdasarkan prestasi kerja individu tersebut. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu untuk memastikan penjawat awam dalam menjalankan tugas.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata “Sekarang ini umpamanya ia (kenaikan gaji) ikut tahun.. Kadang-kadang orang (penjawat awam) itu lembap, tidak hadir kerja serta ada masalah disiplin terus dinaikan gaji secara automatik.

Beliau juga mengingatkan bahawa ada 95 peratus yang bekerja dengan baik dan ada 5 peratus yang lembab. “Kita nak ingatkan (kenaikan gaji Disember nanti) ia tidak automatik. Mungkin automatik untuk 95 peratus (penjawat awam) manakala lima peratus lagi yang rasa lembap, ada masalah, kita akan perkenalkan kaedah supaya mereka dinafikan (kenaikan), kata PM.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Automatik Adalah Adil

PM Umum Gaji Penjawat Awam Tidak Naik Automatik

Beliau memberi kenyataan berkaitan gaji penjawat awam tidak naik automatik ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat Zon Utara dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Tapak Pesta, Sungai Nibong.

“Kenaikan itu tidak adil kepada orang yang bertungkus lumus bekerja kerana mereka yang malas, lembab pun dapat kenaikan secara automatik.. jadi ini harus diberikan pertimbangan,” Nyata PM Anwar.

Berita semalam melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun 2024 ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan.

Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan itu berkata, peningkatan gaji penjawat awam, dijangka akan membabitkan kos lebih RM10 bilion mulai tahun depan, boleh ditampung dengan pengurusan kewangan yang lebih tegas dan komited.

Bagaimana Kaedah Penilaian Penjawat Awam Bagi Kenaikan Gaji?

Kemungkinan kerajaan akan umum kaedah penilaian penjawat awam bagi perihal gaji penjawat awam tidak naik automatik kerana ia mengikut kaedah penilaian yang akan diumumkan oleh kerajaan Malaysia selaku majikan.

Berkaitan penilaian penjawat awam pula, mungkin akan dinilai dari segi beberapa aspek iaitu kualit kerja, kehadiran, komited dan lain-lain yang mungkin dinilain oleh setiapn ketua Jabatan yang ditugaskan.

Bila Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bermula?

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri pada 1 Mei 2024 bersamaan hari pekerja, kemungkinan gaji penjawat awam dinaikkan bermula Disember dimana gaji yang dinaikkan akan diperincikan mengikut peratusan yang diperkenalkan dan akan melibatkan semua jenis skim perkhidmatan awam.

Kesan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Akan ada kesan positif apabila pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada bulan Disember nanti. Berikut adalah merupakan kesan daripada kenaikan biarpun gaji penjawat awam tidak naik automatik:

  • Kuasa beli makin meningkat. Kemungkinan kuasa beli dari pihak penjawat awam akan naik secara mendadak memandangkan kenaikan gaji kali ini adalah agak tinggi daripada sebelum ini dan dijangka akan merancakkan ekonomi negara Malaysia.
  • Pinjaman bank dikalangan penjawat awam meningkat. Memandangkan dengan kenaikan gaji penjawat awam, mungkin memberi peluang dan memenuhi keperluan penjawat awam untuk membuat pinjaman daripada bank untuk membeli apa-apa keperluan dan kemahuan.
  • Penjawat awam dapat kurangkan beban kos sara hidup. Kenailkan gaji penjawat awam ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang kian meningkat. Dengan pertambahan dari segi gaji bulanan yang diterima oleh penjawat awam akan memberi sinar dan kelegaan dari segi kewangan.

Walaupun kerajaan nyatakan gaji penjawat awam tidak naik automatik, namun ia masih merupakan berita yang positif untuk penjawat awam. Mereka akan membaiki kualiti kerja demi memastikan mereka layak menerima kenaikan gaji.

1 komen

  1. Apa pulak yg bangan sangat nak kaitkan tatatertib dgn kenaikan gaji.. kalau ada masalah disiplin & tak buat kerja dgn betul sekarang ni pun boleh arahkan diambil tindakan tatatertib.. Ini mainan politik laa.. Senang bagi tahu ketua jabatan sapa yg tak sebulu dgn madanon tak naik gaji.. Hoi ya Hoi sunguh..

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati