Ini Penyanyi Sebenar Lagu “Ku Tak Rela” Yang Pernah Viral Di Twitter

 

Pada awal tahun ini warga twitter di gemparkan dengan viral sebuah video nyanyian seorang pemuda yang kecewa apabila kekasih beliau berkahwin dengan lelaki lain. Rata-rata netizen memahami perasaan pemuda tersebut kerana lagu itu dicipta khas selepas pemuda itu kecewa.

Ramai pemuzik yang mencari siapakah disebalik suara nyanyian tersebut. Setelah lama netizen berteka- teki, kini penyanyi sebenar lagu tersebut telah muncul dengan muzik video yang mengisahkan cerita sebenar kehidupan beliau yang kecewa dengan bekas kekasih yang sudah berkahwin dengan orang lain.

tangkap layar dari twitter faliq fahmie

Menurut rakannya, pemuda tersebut juga mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya. Apabila sudah kecewa tidak mungkin pemuda itu mahu pergi dan melihat bekas kekasihnya bersama orang lain.

Setelah beberapa bulan mendiamkan diri dan tidak muncul untuk mengaku beliau adalah pemilik lagu tersebut. Pada tanggal 4 disember 2020, pemuda tersebut telah muncul dan menceritakannya melalui lagu yang berjudul “Ku Tak Rela” yang kini trending di youtube.

Pemuda tersebut adalah Juara Lawak Solo, Danial Zaini. Dia merupakan seorang pelawak, dalam menghiburkan kita semua rupanya terselit kisah sedih disebalik senyumannya.

Anda boleh menghayati lirik lagu beliau ini yang betul-betul kecewa :

Ku Tak Rela – Danial Zaini

Musnah sudah
Berakhir kisah cinta kita
Tak sanggup ku bayangkan
Berat ku melepaskan dirimu

Ku ikhlaskan engkau pergi
Bersama dirinya
Kerana orang tuamu
Tak ingin kita bersatu

Walaupun sakit sungguh sakit
Hatiku melepaskanmu

Yang tak ku relakan kau tak bahagia
Bersama dirinya kau jadi sengsara
Ku yang memujamu
Tak pernah terfikir tuk menyakitimu

Dan aku sesalkan kau bersamanya
Tapi tak bahagia dan penuh kecewa
Ku yang mencintaimu
Merintih menangis rasakan pedihmu
Ku tak rela

Ku ikhlaskan engkau pergi
Bersama dirinya
Kerana orang tuamu
Tak ingin kita bersatu

Walaupun sakit sungguh sakit
Hatiku melepaskanmu

Yang tak ku relakan kau tak bahagia
Bersama dirinya kau jadi sengsara
Ku yang memujamu
Tak pernah terfikir tuk menyakitimu

Dan aku sesalkan kau bersamanya
Tapi tak bahagia dan penuh kecewa
Ku yang mencintaimu
Merintih menangis rasakan pedihmu

Yang tak ku relakan kau tak bahagia
Bersama dirinya kau jadi sengsara
Ku yang memujamu
Tak pernah terfikir tuk menyakitimu

Dan aku sesalkan kau bersamanya
Tapi tak bahagia dan penuh kecewa
Ku yang mencintaimu
Merintih menangis rasakan pedihmu
Ku tak rela

 

Sumber : twitter faliq fahmie, youtube datu entertainment