BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR ini diwujudkan khas untuk keluarga yang mempunyai tanggungan anak OKU. Ini bagi meringankan beban mereka dan membantu membuat persediaan sekiranya kecemasan.
KATEGORI BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR SEBANYAK RM5000
Ada 4 kategori dalam bantuan ANIS iaitu :
- Bantuan makanan dan keperluan tambahan
- Bantuan pembelian atau pembaikian peralatan
- Bantuan ubat-ubatan
- Bantuan pendidikan khas atau terapi untuk anak isitimewa
Bantuan ini diberikan secara one off dengan had maksima sebanyak Rm5,000 untuk sebuah keluarga.
MAKLUMAT PENTING :
Tarikh permohonan : 15 FEBRUARI 2021
SYARAT KELAYAKAN :
- Ibu atau bapa atau penjaga lahir di negeri Selangor ATAU jika bukan berasal dari Selangor, menetap/bermastautin sekurang-kurangnya minimum 10 tahun (perlu mendapat pengesahan cop daripada pengesah yang dibenarkan)
- Anak OKU berumur 18 tahun dan ke bawah sahaja
- Mempunyai kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor jika tidak memiliki kad
- Jika penjaga adalah ibu bapa angkat, perlu ada proses pengangkatan sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan JPN dan Ankta Pengangkatan 1973
CARA MEMOHON :
- Layari anis.yawas.my.
- Isi borang yang tertera dan cetak borang tersebut
- Hantar borang bersama lampiran dokumen diminta dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan
- Permohonan boleh dihantar kepada pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran atau Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor atau boleh juga melalui email [email protected]
SENARAI DOKUMEN LAMPIRAN :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan sijil nikah ibu bapa anak OKU
- Salinan surat perakuan anak angkat jika perlu
- Salinan kad pengenalan anak istimewa
- Salinan kad oku atau surat doctor
- Cop pengesahan bermastautin bagi bukan anak Selangor
- Salinan preskripsi dari doctor untuk ubat, makanan atau peralatan khusus
- Salinan surat tawatan pusat pembelajaran atau yuran harga
Jika pemohon mempunyai lebih dari seorang anak OKU, permohonan perlu dibuat secara berasingan. Tetapi, perlulah diingati bahawa sebuah keluarga hanya layak maksima Rm5,000 sahaja setahun.
Anak yang menghidap autism juga layak memohon. Lampirkan surat pengesahan dari doctor yang menyatakan anak tersebut mempunyai simtom austism semasa permohonan dibuat.