Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Warna Rambut Sendiri Di Rumah Dengan Mudah

cara warna rambut

Mewarna rambut adalah proses mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan kimia. Proses ini melibatkan pemilihan warna yang diinginkan, bahagian rambut yang ingin diwarna dan rawatan setelah mewarna rambut agar tidak rosak oleh bahan kimia yang terdapat di dalam pewarna rambut.

Proses ini boleh dilakukan di salon profesional atau di rumah dengan produk yang dijual dan tersedia di pasaran. Mewarna rambut dapat memberikan penampilan baru dan meningkatkan rasa percaya diri seseorang tetapi juga memerlukan rawatan yang tepat untuk menjaga kesihatan rambut.

Cara Mewarnakan Rambut Di Rumah

tips warna rambut

Mewarnakan rambut di rumah boleh menjadi pilihan yang bagus untuk menjimatkan masa dan wang namun anda harus mengikuti langkah-langkah mewarnakan rambut dengan betul agar mendapat hasil yang cantik dan memuaskan.

Berikut merupakan langkah-langkah mewarna rambut yang boleh anda cuba sendiri di rumah:

Bahan-bahan:

  • Bekas kosong untuk menyimpan pewarna rambut
  • Vaseline
  • Sikat pewarna rambut
  • Sarung tangan
  • Pewarna rambut jenama garnier

Langkah-langkahnya:

  1. Campurkan krim developer dan gel pewarna.
  2. Tambahkan warna lain yang anda ingin gabungkan.
  3. Aduk hingga rata.
  4. Letakkan vaseline di tepi muka dan bahagian leher supaya kulit tidak gatal-gatal.
  5. Wajib pakai sarung tangan kerana pewarna rambut membuatkan tangan berasa pedih.
  6. Bahagikan rambut anda ke beberapa bahagian.
  7. Ambil sedikit pewarna rambut menggunakan sikat pewarna rambut.
  8. Warnakan bahagian rambut secara merata.
  9. Bagikan terus rambut yang ingin diwarnakan sedikit demi sedikit.
  10. Warnakan seluruh bahagian rambut.
  11. Cepitkan rambut atau tutup rambut dengan shower cap.

Warna Rambut Untuk Kulit Cerah

warna rambut untuk kulit cerah

Untuk mewarnakan rambut, pastikan anda menjalankan ujian alahan terlebih dahulu supaya anda boleh memilih pewarna rambut yang tidak memiliki bahan yang boleh membuatkan anda mendapat alahan.

Saya akan kongsikan warna rambut yang sesuai di bawah ini untuk mereka yang berkulit cerah atau ingin membuatkan kulit kelihatan cerah.

  1. Ash brown
  2. Ash blue dan purple
  3. Ash grey
  4. Ash grey dan purple

Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Mewarna Rambut

perkara yang patut tahu sebelum warna rambut

Sebelum mewarnakan rambut di rumah, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui agar anda tidak menyesal.

  1. Warna rambut

Anda harus memilih warna yang sesuai dengan warna kulit anda kerana jika anda salah pilih warna, ia akan menjadikan diri anda kelihatan kusam. Bagi mereka yang berkulit putih, anda boleh cuba warna seperti ash blonde, milk tea brown, coklat gelap dan plum.

Untuk mereka yang berkulit kuning langsat, anda boleh cuba warna platinum blonde, ash grey atau copper manakala mereka yang berkulit sawo matang boleh cuba warna hitam, hazelnut atau magenta.

2. Risiko

Masalah umum yang akan anda hadapi ketika mewarna rambut adalah keadaan rambut yang kering dan yang paling teruk adalah ketika tengah batang rambut putus terutamanya jika anda melalui proses bleaching yang sangat lama. Bleaching boleh menyebabkan rambut anda menjadi rosak.

Anda disarankan untuk bertemu dengan pakar rambut terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada rambut anda boleh menjalani proses bleaching atau tidak.

3. Harga

Anda harus mengetahui harga dan bajet untuk mewarnakan rambut kerana jika anda mewarnakan rambut di salon, harga untuk setiap perkhidmatan mewarna rambut adalah berbeza seperti balayage, highlight atau full dye. Anda boleh bandingkan harga-harga antara beberapa salon yang anda pergi dan pilih yang sesuai dengan bajet anda.

Jika anda mewarnakan rambut di rumah, anda perlu bandingkan harga pewarna rambut dan kualitinya.

4. Rawatan

Sebelum mewarnakan rambut, anda harus tahu bahawa rambut yang telah diwarnakan memerlukan rawatan tambahan berbanding rambut yang tidak diwarna. Anda harus pertimbangkan rawatan rambut anda setiap bulan bermula dari rutin hair mask, hair oil hingga ke hair tonic shampoo atau silver shampoo.

Cara Merawat Rambut Selepas Diwarnakan Atau Bleaching

cara rawat rambut lepas bleach

Selepas mewarnakan rambut, mestilah keadaan rambut akan berubah seperti kering dan kelihatan serabai. Oleh itu, saya kongsikan bagaimana cara merawat rambut yang telah diwarnakan atau setelah menjalani proses bleaching.

  • Gunakan conditioner

Gunakan conditioner untuk membantu melembapkan rambut dan membuatnya lebih teratur.

  • Gunakan hair mask

Gunakan hair mask seminggu sekali untuk memberikan kelembapan ekstrak pada rambut yang kering.

  • Rawatan tambahan

Gunakan pelbagai produk rawatan rambut yang diformulasikan khusus untuk rambut yang menjalani proses bleaching atau rambut yang telah diwarnakan.

  • Jangan sikat rambut ketika basah

Elakkan menyikat rambut jika ia masih basah dan biarkannya setengah kering sebelum menyisirkannya dengan lembut.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada hari ini dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Semoga tips yang diberikan bermanfaat untuk para pembaca dan selamat mencuba!

Berapa lamakah pewarna rambut dapat bertahan?

Ianya bergantung pada jenis warna yang digunakan dan bagaimana anda merawat rambut anda. Secara umumnya, ia boleh bertahan selama empat hingga enam minggu sebelum memudar.

Adakah pewarna rambut boleh merosakkan rambut?

Penggunaan pewarna rambut yang terlalu kerap akan menyebabkan kerosakan.

Berapa kalikah saya boleh mewarnakan rambut?

Anda disarankan memberikan rehat kepada rambut anda selama empat hingga enam minggu setiap kali mewarnakannya untuk mengelakkan kerosakan yang berlebihan.

Bolekah saya mewarnakan rambut sendiri di rumah?

Ya, anda boleh mewarnakan rambut anda sendiri di rumah dengan menggunakan produk pewarna yang betul dan mengikuti langkah-langkah yang betul. Walau bagaimanapun, jika anda inginkan hasil yang lebih profesional, anda boleh ke salon untuk mendapatkan perkhidmatan pakar.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati