Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Ustaz Azhar Idrus – Penceramah Bebas Asal Terengganu

Biodata Ustaz Azhar Idrus - Penceramah Bebas Berdialek Terengganu

Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus seorang penceramah terkenal dalam negara malaysia dengan gayanya yang tersendiri. Beliau yang mesra disapa UAI  adalah merupakan seorang penceramah bebas yang telah terkenal sejak dahulu lagi.

Terdapat banyak kisah menarik mengenai Ustaz Azhar Idrus sebagai seorang yang disegani oleh masyarakat umum rakyat malaysia. Berikut adalah dikongsikan mengenai maklumat lebih lanjut berkenaan dirinya dan lain-lain.

Maklumat Lengkap Berkenaan Ustaz Azhar Idrus

Siapakah Ustaz Azhar Idrus?

image 470

Ustaz Azhar Idrus atau nama sebenarnya ialah Zamrul Idrus dilahirkan pada 12 februari 1964 (berumur 59 tahun) yang merupakan seorang penceramah bebas malaysia. Beliau dikenali dengan nama singkatan UAI yang bermaksud “Ustaz Azhar Idrus” Seorang penceramah yang mempunyai gaya penyampaian dan ceramahnya yang bersahaja juga diselit dengan lawak jenaka dan jawapan yang bersahaja dalam dialek terengganu.

Biografi Ustaz Azhar Idrus

Berikut adalah biografi lengkah mengenai diri Ustaz Azhar Idrus:

BiografiMaklumat
NamaUstaz Azhar Idrus
Nama PenuhZamrul Idrus
Tarikh Lahir12 Februari 1964
AsalKuala Terengganu
KerjayaPendakwah Bebas
StatusBerkahwin dan mempunyai 3 isteri
Anak-Nur Madihah Asyiqin
-Nur Farhah
-Mohd Faqihuddin
-Mohd Zuhaili
-Ikhwan Najmi
-Khairul Mukmin
-Rasydan
-Danial
-Hariz
-Wafiya
-Humaira
-Idlani
Isteri-Rogayah binti Sulong
-Wan Halimatun Nisa’ binti Wan Mohd Nor
-Khairul Izyan binti Mohamed Amin Khir
Media SosialFacebook : Ustaz Azhar Idrus
Instagram : uaioriginal

Kehidupan Awal dan Pendidikan

Biodata Ustaz Azhar Idrus - Penceramah Bebas Berdialek Terengganu

Dari segi latar belakang Pendidikan UAI, beliau mendapat Pendidikan awal oleh kedua ibu bapanya dan belajar di Sekolah Rendah Haji Mohd Sharif, Alor Star, Kedah dari tahun 1971 hingga tahun 1976.

kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star dari tahun 1977 sehingga tahun 1978 kemudian berpindah ke Negeri kelahiran beliau iaitu Terengganu dan mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dari tahun 1979 hingga tahun 1983 iaitu dari Tingkatan 3 sehinggalah Tingkatan 6.

Kejaya dan Pengajian Agama Ustaz Azhar Idrus

Biodata Ustaz Azhar Idrus - Penceramah Bebas Asal Terengganu

Untuk pengetahuan, beliau pernah menjadi seorang guru muzik sekitar tahun 1985. Sekitar tahun 1990, beliau mula belajar agama dan belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh selama 12 tahun.

Bermula dari 1990, UAI mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhtar mempelajari bab tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalaqqii dengan Tuan Guru Mohd Tahir dalam kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaid, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar dalam kitab fiqh, usuluddin, nahu & hadis.

Dengan Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd beliau belajar sirah nabawi. Kemudian bersama Tuan Guru Haji Hashim dalam bidang nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Senarai Guru Ustaz Azhar Idrus

image 472

Ustaz Azhar Idrus terkenal dengan keluasan Fiqhnya sehingga digelar “Ulamak Feqah” oleh netizen. Berikut adalah guru-guru ustaz azhar idrus:

  • Guru pertama : Tuan guru haji syed mokhtar – Beliau berjaya menamatkan lebih kurang 40 buah kitab jawi secara talaqqi.
  • Guru Kedua : Tuan guru mohd tahir – Beliau sempat khatam kitab jawi sebanyak 25 buah kitab secara talaqqi.
  • Guru Ketiga : Tuan guru Mohd hakim – Beliau mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti nahu soraf, usul fiqh, mustalah hadis, usul al-quran dan balaghah.
  • Guru Keempat : Tuan guru haji hasyim – Beliau mendalami kitab-kitab arab dalam bab nahu soraf, fiqh, tafsir dan juga faraid.
  • Guru Kelima: Tuan guru haji ibrahim mesir – Beliau mendalami kitab sirah nabawi dan juga lughah arabiyah.
  • Guru Keenam : Tuan guru haji muhammad zubir – Beliau mendalami ilmu fiqh dan juga ilmu nahu
  • Guru Ketujuh : Tuan guru haji mohd zain (Pondok Lubuk Pandan) – Beliau mempelajari ilmu fiqh, nahu sorof, tafsir dan juga balaghah 

Keterlibatan Aktiviti Ceramah dan Program Televisyen UAI

image 473

Al-fadhil Ustaz Azhar bin Idrus merupakan seorang tokoh agamawan dan pendakwah yang sudah semestinya terkenal di negara kita Malaysia. Tidak dilupakan juga, nama beliau turut terkenal di negara jiran kita iaitu Indonesia, Brunei dan Singapura. Beliau mendapat Pendidikan di dalam dan luar negara.

Beliau juga aktif dalam pelbagai program penyampaian ceramah. Berikut adalah program-program dan rancangan televisyen yang beliau terlibat:

  • Terlibat dalam ceramah bulanan dan harian di masjid-masjid seluruh Malaysia.
  • Sering terlibat dalam program melibatkan anak muda dan artis seperti Zizan Razak.
  • Terlibat dalam rancangan televisyen ‘ Kemah Keming UAI'(2012).
  • Terlibat dalam filem “Ustaz Mu Tunggu Aku Datang”(2013).

Buku Ustaz Azhar Idrus

image 469

Selain aktif dalam ceramah agama, beliau juga mempunyai buku yang dicetak dan mendapat sambutan ramai rakyat Malaysia.

Berikut adalah senarai buku-buku keluaran Ustaz Azhar Idrus:

  • Buku ‘Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa’.(2011)
  • Buku ‘Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat’, (2012)
  • Buku ‘Deme Wasap, Ambe Reply’,(2014)
  • Buku ‘Tazkirah Senafas’, (2015)
  • Buku ‘Jihazul Madihah (Persiapan yang Terpuji)’, (2015)
  • Buku ‘Fotografi Gaya Mukmin’, (2015)

Kini, Ustaz Azhar Idrus masih trending sebagai penceramah yang aktif dalam menyampaikan dakwah serta terlibat dengan program anak muda untuk mengembangkan dakwah dan ilmu agama islam.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati