Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Mudah Di Rumah

bau badan

Hari ini, saya akan kongsikan tentang bau badan. Apa itu bau badan? Secara umunya, bau badan ini adalah satu aroma yang terhasil daripada proses semulajadi pemecahan protein oleh bakteria. Tahukah anda bahawa bau badan ini juga terhasil daripada peluh berlebihan hasil daripada proses semulajadi pembakaran badan manusia melalui aktiviti seharian.

Punca atau faktor masalah ini juga disebabkan oleh faktor pengambilan makanan, perubahan hormon, tekanan yang berlebihan dan ketidakseimbangan dalam diet harian kita. Tetapi, anda jangan risau kerana saya akan selesaikan masalah yang anda hadapi berkenaan topik hari ini.

Cara Hilangkan Bau Badan

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan bau badan. Di bawah ini merupakan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan badan yang wangi selama 24 jam.

  • Mandi dua kali sehari

Mandi sebanyak dua kali sehari dapat menghilangkan kotoran serta peluh. Jangan lupa untuk gunakan sabun antibakteria dan sental di bahagian yang kuat berpeluh dan lap dengan tuala kering.

  • Pakai deodorant atau antiperspirant

Pakai deodorant yang semulajadi dan mempunyai kandungan bahan yang boleh menyumbat kelenjar peluh.

  • Pakai pakaian yang tidak ketat

Baju yang terlalu ketat atau diperbuat daripada material poliester atau rayon selalunya akan menyebabkan anda berpeluh dengan kerap. Sebaliknya, gunakan baju yang menggunakan material cotton atau silk.

  • Jangan makan makanan yang pedas dan minuman yang berkafein

Antara makanan yang boleh membuat anda mengeluarkan peluh lebih kerap adalah makanan pedas seperti tomyam, sambal dan sebagainya. Bawang merah dan bawang putih juga boleh menyebabkan badan berbau.

  • Gunakan dauh sirih dan daun sirih

Basuh daun sirih, hancurkan dan gosokkan di bahagian ketiak dan biarkan selama 10 minit dan bilas atau ambil tiga hingga empat biji limau purut dan kisar kemudian ambil beras yang telah dikisar. Campurkan kedua bahan dan sapukan di bahagian ketiak.

Tips Hilangkan Bau Badan dan Kekal Wangi

tips kekal wangi

Di bawah ini saya akan kongsikan tips kekal wangi sepanjang hari. Mereka yang menghadapi masalah ini mesti rasa tidak selesa dan mesti rasa tidak yakin dengan diri apabila ingin keluar rumah dan berkumpul dengan orang ramai. Jadi, tips yang disediakan boleh anda ikuti bagi menyelesaikan masalah ini.

  • Menggunakan sabun badan

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya badan kekal bersih , segar dan wangi. Anda disarankan mandi menggunakan sabun badan anti bakteria yang dapat membunuh bakteria pada badan kita.

  • Menggunakan deodoran badan

Penggunaan deodoran ini sangat bagus untuk menghilangkan bau peluh di bahagian ketiak anda kerana ia diperbuat daripada bahan seperti garam mineral yang bertujuan untuk membunuh bakteria pada bahan kita.

  • Menggunakan losyen badan

Penggunaan losyen badan dapat memastikan badan kita sentiasa wangi dan lembap. Losyen dan minyak wangi juga dapat memastikan minyak wangi yang kita pakai akan tahan lebih lama.

  • Menggunakan softener dan pewangi pakaian ketika mencuci baju

Softener baju juga penting untuk memastikan pakaian yang kita pakai berbau wangi dan tidak berbau hapak dan sentiasa menggunakan spray pewangi pakaian supaya pakaian kita kekal berbau wangi.

  • Menggunakan hair serum

Hair oil serum digunakan pada rambut supaya rambut kita sentiasa wangi dan tidak berbau masam apabila kita berpeluh.

  • Menggunakan pewangi badan

Minyak wangi atau body mist sememangnya penting untuk memastikan badan kita kekal wangi sepanjang hari.

Tips Pakai Body Mist Untuk Hilangkan Bau Badan

tips body mist

Saya akan kongsikan cara memakai body mist supaya baunya lebuh tahan lama di badan kita dan dapat hilangkan bau badan seharian. Jom baca tips memakai body mist di bawah ini.

  1. Pakai body mist selepas mandi

Memakai body mist selepas mandi adalah masa yang tepat kerana pori-pori akan terbuka selepas mandi. Memakainya selepas mandi dapat membolehkan wangi terserap dan tahan lama.

2. Sembur body mist pada titik nadi anda

Sembur body mist pada titik-titik nadi kerana ianya kawasan aliran darah yang dapat membantu menyebarkan wangian dengan lebih baik.

3. Menggunakan losyen badan terlebih dahulu

Kulit lembap selepas mandi mampu menjaga wangian agar tahan lama dan anda dianjurkan untuk memakai losyen badan selepas mandi.

4. Sembur body mist pada sikat rambut

Cara ini boleh membuatkan aroma body mist tersebar dengan lembut pada rambut. Selain membuatkan rambut anda lebih harum, aroma wangian ini juga dapat mencegah bau pelik yang akan melekat pada rambut. Anda disarankan untuk memilih body mist yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah.

5. Biarkan aroma menyerap sebelum memakai pakaian

Setelah memakai produk wangian, sebaiknya tunggu beberapa minit terlebih dahulu supaya bau wangi menyerap pada badan.

Saranan Sabun Badan Untuk Hilangkan Bau Badan

saranan sabun mandi

Berikut merupakan senarai produk sabun mandian yang boleh anda beli di kedai berdekatan dan aplikasi online:

  1. Lux Soft Rose Delicate Fragrance

Tekstur losyen dan wangi bunga ros. Sabun ini mempunyai haruman yang tahan lama dan melembutkan kulit.

2. Shokubutsu Face & Body Shower Lotion

Sabun wangian yang diperbuat dari Jepun ini boleh digunakan pada muka dan badan mengikut kesesuaian individu dan mempunyai bau yang harum.

3. Ginvera World Spa Balinese Shower Gel

Berasaskan spa dari Bali, sabun badan ini mengandungi skrub untuk melicinkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan wangi.

4. Watson Rose Cream Body Wash

Produk dari watson ini sangat murah dan berbaloi serta dapat melembutkan kulit dan mempunyai wangi yang harum.

5. LUX Botanicals Youthful Pomegranate & Collagen

Mengandungi buah delima dan kolagen untuk melembapkan dan memutihkan kulit serta mempunyai wangi yang harum.

6. Nivea Shower Gel

Mempunyai wangi ros yang tahan lama dan sesuai untuk kulit sensitif.

Demikianlah perkongsian hari ini dan jangan lupa cuba tips yang telah dibincangkan tadi. Kongsikan dan semoga bermanfaat.

Apakah yang menyebabkan bau badan?

Bau badan disebabkan oleh peluh yang bercampur dengan bakteria di kulit.

Adakah makanan tertentu menyebabkan bau badan?

Makanan tertentu seperti bawang putih dan makanan pedas boleh menyebabkan bau badan yang kuat.

Bagaimanakah cara mengurangkan bau badan?

Cara mengurangkan bau badan adalah dengan mandi setiap hari, gunakan sabun antibakteria, gunakan deodoran atau anti-perspirant.

Apakah fungsi produk anti-perspirant?

Produk anti-perspirant mengurangkan keringat dan bau badan serta menutup kelenjar keringat.

Adakah bau badan boleh menjadi tanda masalah kesihatan?

Tidak kerana bau badan terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan masalah kelenjar keringat. Jika masalah ini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati