Jadual Waktu Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, kami mengimpunkan jadual waktu peperiksaan bagi peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah untuk dimuat turun. Jadual waktu peperiksaan ini dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Jadual waktu peperiksaan ini merangkumi jadual waktu peperiksaan 2018 bagi (Ujian Bertulis) :
- Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) – 24 sehingga 27 September
- Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) – 01 sehingga 04 Oktober
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – 13 November sehingga 03 Disember
Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun jadual waktu peperiksaan ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah bersumberkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Dapatkan “Jadual Waktu Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018” di sini
Isi Kandungan
Di sini admin nak kongsikan jadual waktu peperiksaan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Jadual Waktu Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018
- Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018
- Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2018
- Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018
SUMBER Jadual Waktu Peperiksaan: LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA (06 MEI 2018)
Semoga perkongsian ini iaitu Jadual Waktu Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018 dapat membantu anda semua dalam persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini. Semoga berjaya daripada kami.
UPSR dan PT3 Akhirnya di Hapuskan
Berita mengenai penghapusan ujian besar dalam pendidikan negara iaitu UPSR dan PT3 nampaknya telah dibuat secara drastik.
Pada mulanya, ramai juga pihak tidak bersetuju dengan keputusan KPM mengenai penghapusan ini, namun kita diajak untuk melihat kearah perkara-perkara positif dan akhirnya ramai pihak hanya mampu mendiamkan diri dan ingin melihat sahaja apa kesannya.
Adakah positif atau sebaliknya. Sudah beberapa tahun sejak keputusan menghapuskan ujian UPSR dan PT3 ini dibuat dan nampaknya kesan-kesan jelas sudah mula kelihatan. Mari kita bincangkan kesan-kesan yang ada.
Kesan Utama Penghapusan UPSR dan PT3
Pada tahun 2023 ini, hampir setiap hari kita akan dapat melihat ramai ibubapa dan guru terutamanya yang meluahkan rasa sedih dan merayu agar pihak KPM kembalikan semula 2 peperiksaan besar ini. Namun KPM hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.
#1 Murid Sekolah Rendah Hilang Hala Tuju Datang Sekolah
Jika sebelum ini semua murid dari darjah 1 hingga darjah 6 sudah dididik dan ditanam dalam minda mengenai persediaan yang mereka perlu buat untuk menghadapi UPSR, namun segalannya sudah berubah. Motivasi murid dilihat sangat rendah dan mereka dilihat datang kesekolah hanya untuk memenuhi jadual yang ditetapkan ibubapa dan guru.
Setiap ujian kecil yang dibuat rata-rata tidak dianggap serius oleh mereka dan akhirnya tahap pemahaman mereka dalam hampir semua subjek semakin lama semakin merosot. Hal ini banyak diluahkan oleh para guru tahun 6.
Mereka melihat secara jelas, tahap pemahaman murid tahun 6 sekarang berbanding murid tahun 6 sebelum ini adalah jauh berbeza. Ya, tahun 6 sekarang sangat malas dan ramai yang tidak mahir operasi asas dalam numerasi dan literasi.
#2 Murid Hilang Hormat Pada Guru
Mungkin ada yang tidak dapat lihat kesinambungan perkara ini, tapi percayalah situasi ini sangat jelas sekali di sekolah. Kalau dulu murid takut dengan guru untuk bercakap kasar dan menghormati guru seperti ibubapa mereka namun tidak lagi sekarang.
Bila dihapuskan exam, murid sekadar melihat guru sebagai orang biasa yang mereka perlu jumpa dan hadap setiap hari untuk menjalani proses pembelajaran. Tiada lagi istilah “mencari restu guru” dan seumpamanya.
Kesan ini juga akhirnya terbawa kepada sosial diluar sekolah dan mungkin tidak lama lagi kesannya akan dilihat jelas dalam sosial di dalam institusi keluarga. Tunggu sahaja jika tidak percaya.
#3 Guru SPM Menggelupur Apabila Murid Tidak Mahir Operasi Asas
Kita bukan bercakap tentang guru di sekolah menengah biasa, tetapi situasi ini turut berlaku di sekolah asrama seperti SBP dan MRSM.
Umpama selonggok beban yang perlu di tanggung oleh para guru yang mengajar tingkatan 5 apabila disana dihimpunkan para pelajar yang sudah tidak bermotivasi, tiada matlamat dan tidak menguasai sepenuhnya kemahiran dan pembelajaran di tahun-tahun sebelumnya.
#4 Kesukaran Memilih Pelajar Cemerlang & Betul-betul Layak ke Sekolah Asrama Penuh
UPSR sebelum ini dilihat menjadi 1 indikator paling mudah untuk memudahkan pihak MRSM dan SBP memilih pelajar yang betul-betul cemerlang untuk memasuki sekolah tersebut kini dilihat menjadi lebih “complicated” kerana tiada lagi ujian UPSR.
Walaupun masih ada dilakukan proses pemilihan melalui UKKM (Ujian Kemasukan ke MRSM) dan PKSK (Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khas), namun ianya masih lagi dilihat kurang berjaya menapis pelajar-pelajar yang betul cemerlang.
Sekarang semuanya menjadi lebih mencabar dan sukar kerana hilangnya 2 ujian besar yang benar-benar bermakna dalam sistem pendidikan negara.
#5 Kualiti Pendidikan Negara Merudum
Mungkin pada masa sekarang kita tidak dapat melihat dan merasai lagi keadaan yang kritikal di pusat pengajian tinggi.
Namun percayalah tidak lama lagi apabila batch “tiada ujian UPSR dan PT3” ini sudah mula memasuki pusat-pusat pengajian tinggi maka disana akan banyak lagi perkara yang negatif akan kelihatan. Antara yang dijangka oleh pihak penulis ialah :
- Lahirnya pelajar yang kurang daya saing.
- Pelajar gagal memotiviasikan diri kerana kurang motivasi intrinsik di dalam diri sejak dari kecil.
- Keruntuhan akhlak dan adab terhadap tenaga pengajar.
- Disiplin pelajar “kelaut” atau kurang baik kerana masing-masing sudah tidak tahu cara menghormati ilmu dan masa.
Sangat sedih bila mengenangkan jadual waktu peperiksaan UPSR dan PT3 yang dahulunya menjadi agenda utama para guru dan ibubapa kini sudah tiada lagi. Bagai pungguk rindukan bulan, bagai harimau hilang belang.
Itulah keadaan guru sekarang yang benar-benar rindukan suasana murid yang bersemangat wajar dalam bersaing menjadi pelajar cemerlang.
Mungkin pihak KPM mempunyai perancangan lain. Tetapi tolonglah lihat kembali dasar yang diperkenalkan untuk menamatkan sistem pentaksiran UPSR dan PT3 ini benar-benar memberikan kesan yang buruk kepada negara.
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR dan PT3 Satu Kenangan
Siapa sangka, perkara ini yang mungkin dianggap satu perkara remeh namun mampu mengubah keadaan di negara kita tidak lama lagi.
Dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi. Negara kita akan melahirkan generasi tanpa UPSR dan PT3 ini dan mereka ini akan memasuki alam pekerjaan. Pada saat itu, mungkin dunia pekerjaan iaitu majikan pula yang akan merasai kesan tindakan KPM ini.
Saat itu, mungkin ianya sudah terlewat jadi kita hanya mampu tersenyum memikirkan apa lagi kesan buruk yang bakal berlaku.
Akhir kata, mohon KPM bertanggungjawab atas segala kerosakkan yang bakal berlaku kepada generasi yang akan datang tidak lama lagi. Sila tampil dengan yakin dan jelaskan kenapa ianya bagus untuk hapuskan UPSR dan PT3.