Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Sebagai Jurulatih DI Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Unishams)

Jawatan Kosong sebagai Jurulatih di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Jawatan Kosong sebagai Jurulatih di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) ini adalah jawatan kosong terkini di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Disember 2018.

Pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) sebagai :

JURULATIH

  1. Tarikh tutup permohonan : 31 Disember 2018
  2. Lokasi: Kedah
  3. Sektor: Swasta

Jawatan Kosong Sebagai Jurulatih DI Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Unishams)

jawatan kosong sebagai jurulatih

Kekosongan jawatan sebagai jurulatih adalah bagi 4 bidang seperti berikut:

  1. Unit Kesenian Islam:
    Seni Kaligrafi Khat, Tahsin Al-Quran, Seni Al-Quran dan Seni Marhaban,Berzanji & Burdah.
  2. Unit Badan Beruniform : Askar Wataniah, Pergerakan Puteri Islam Insaniah, Kelana Siswa, Briged Bomba,Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) JPAM dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
  3. Unit Pengucapan Awam: Kepimpinan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengurusan Masjid & Dakwah, Debat Bahasa Melayu, Debat Bahasa Inggeris da Debat
    Bahasa Arab.
  4. Unit Bela Diri :Seni Silat Gayong Harimau Hitam, Karate-Do dan Silat Cekak Ustaz Hanafi.

Syarat Kelayakan dan Pengalaman

  1. Mempunyai sijil pengiktirafan/perakuan sebagai Jurulatih/Pengajar dalam bidang berkaitan dari badan/organisasi berkaitan.
  2. ATAU memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai jurulatih/pengajar/pengamal dalam bidang berkaitan yang diperakui oleh badan/organisasi terlibat.
  3. DAN memiliki mana-mana kelulusan berikut:
    a) Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
    b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
    c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Mempunyai kebolehan dan pengalaman sebagai pengajar dalam bidang berkaitan serta telah menunjukkan bakat kepimpinan, ketrampilan, dan tahap kompentensi yang tinggi atau pernah mewakili mana-mana pertubuhan/persatuan berkaitan di peringkat negeri/kebangsaan atau antarabangsa.
  6. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas kokurikulum.
  7. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Elaun dan Kemudahan

  1. Bayaran Jam Pengajaran Sesi pengajaran – RM 40.00/jam – had maksimum: 2 jam/kursus
  2. Elaun Perjalanan. RM 50 setiap pertemuan

Bidang Tugas

  1. Jawatan Kosong Sebagai Jurulatih akan Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pengajaran kursus kokurikulum selaras dengan modul dan silibus serta kaedah yang ditetapkan bagi tempoh 14 minggu pengajaran (setiap sesi akademik) iaitu satu (1) sesi setiap minggu selama 2 jam setiap sesi pengajaran.
  2. Jawatan Kosong Sebagai Jurulatih Membuat penilaian dan pemarkahan prestasi pelajar serta penentuan gred pencapaian bagi Kursus Kokurikulum yang ditetapkan.
  3. Jawatan Kosong Sebagai Jurulatih Melaksanakan tugas dan arahan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Pengarah Pusat Kokurikulum (PKK).

Tempoh Pelantikan

Tempoh Jawatan Kosong Sebagai Jurulatih ini adalah selama satu (1) semester pengajian.

Kaedah Permohonan

  1. Pemohon dikehendaki memohon secara atas talian (online) di laman web
    http://syskuin.unishams.edu.my/rekrut.
  2. Permohohonan yang lengkap hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan mengemukakan sekeping gambar berukuran passport, Salinan sijil-sijil berkaitan yang disahkan berserta Wang Pos bernilai RM5.00 di atas nama Bendahari Kolej Universiti INSANIAH. Borang dan dokumen berkenaan hendaklah dipos/dihantar ke alamat berikut:
    Pengarah
    Pusat Kokurikulum (PKK)
    Universiti Islam Antarabangsa
    Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    09300 Kuala Ketil
    Kedah Darul Aman
  3. Permohonan hendaklah dihantar menggunakan sampul bersaiz A4 dan menuliskan nama
    jawatan bagi kursus kokurikulum yang dipohon di penjuru atas sebelah kanan sampul berkenaan.
  4. Pemohon yang berjaya disenarai pendekkan akan dihubungi dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan jawatan ini.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian kekosongan jawatan ini ini iaitu Jawatan Kosong sebagai Jurulatih di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) bermanfaat. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati