Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Faktor Penyakit ADHD Yang Perlu Anda Ketahui!

Template adhd
4 Faktor Penyakit ADHD

Mutakhir ini, pelbagai masalah kesihatan mental yang timbul dalam kalangan masyarakat kita khususnya golongan muda dan isu ini semakin tidak terkawal. Namun begitu, golongan yang berumur juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kesihatan mental. Antara masalah penyakit kesihatan mental ialah ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif yang amat membimbangkan kaum wanita yang bergelar ibu kerana kanak-kanak selalunya menjadi sasaran kepada permasalahan ini.

Golongan ibu akan berusaha memerah keringat bagi mencegah penyakit ini daripada berlaku terhadap anak-anak mereka. Namun begitu, sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap penyakit ini akan buntu kerana kurang pengetahuan tentang penyakit ini. Walau bagaimanapun, belum terlambat lagi untuk anak-anak dirawat sekiranya hal ini berlaku kepada mereka. Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk kita mengetahui faktor-faktor penyakit ADHD.

Bagi membantu anda sekalian, berikut merupakan perkongsian tentang penyakit ADHD.

Maksud ADHD dan Faktor Penyakit ADHD

Penyakit ADHD ini mencatatkan bilangan sebanyak 3.9% kes di Malaysia. Lantaran itu, sebelum kita meneruskan lagi perkongsian kali ini adalah baik sekiranya kita mengetahui definisi ADHD secara mendalam.

Apakah itu ADHD?

Faktor penyakit adhd
4 Faktor Penyakit ADHD

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif merupakan satu kecelaruan tingkah laku yang selalunya terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Anak-anak yang mengalami ADHD memiliki gejala utama iaitu sukar dalam menumpukan perhatian, hiperaktif serta sukar dalam mengendalikan emosi dan tingkah laku. Pada umumnya, anak penderita ADHD cenderung untuk selalu bergerak dan tidak boleh diam, sehingga mengalami kesukaran dalam belajar seperti membaca atau menulis.

Terdapat Empat Faktor Penyakit ADHD

Setiap penyakit mempunyai penyebabnya dan kita seharusnya mengambil tahu akan hal ini supaya kita dapat menghindarinya daripada berlaku kepada anak-anak kita. Dengan ini, langkah berjaga-jaga dapat dilakukan pada peringkat awal usia anak-anak.

Berikut adalah empat faktor penyakit ADHD:

1) Genetik

Faktor Penyakit ADHD
7 Faktor Penyakit ADHD

Genetik merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada penyakit ADHD. Genetik ibu bapa memainkan peranan yang penting kepada perkembangan kanak-kanak dan kesihatan mereka. Hal ini kerana genetik yang tidak sempurna menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan yang dapat menganggu perkembangan kanak-kanak dari segi mental dan fizikal.

2) Fungsi dan Struktur Otak

Faktor ADHD
7 Faktor Penyakit ADHD

Kajian telah membuktikan bahawa struktur otak seseorang menyebabkan penyakit ADHD berlaku. Struktur otak individu yang normal adalah tidak sama dengan struktur otak orang yang menghidap penyakit ADHD. Tamsilnya, terdapat bahagian otak yang lebih besar atau kecil dari bahagian yang lain. Perbezaan dalam struktur otak akan menganggu fungsi otak untuk berfungsi dengan baik.

3)Merokok dan Pengambilan Alkohol Semasa Mengandung

faktor ADHD
7 Faktor Penyakit ADHD

Faktor berlakunya ADHD juga disebabkan oleh tabiat merokok yang dapat memberi kesan kepada kandungan. Selain itu, pengambilan alkohol dan ubat-ubatan semasa mengandung juga menyebabkan anak-anak terdedah kepada penyakit ADHD.

4)Kehamilan pramatang

Faktor ADHD
7 Faktor Penyakit ADHD

 Tahukah anda bahawa bayi yang dilahirkan pramatang dengan berat terlalu sedikit akan menyebabkan risiko mendapat diagnosis ADHD? Hal ini kerana kelahiran awal akan mengganggu proses pembangunan normal sistem saraf pusat yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang mempunyai banyak fungsi dan keupayaan untuk memproses maklumat dan pergerakan badan. 

Faktor Yang Mempengaruhi Risiko Mendapatkan ADHD

Setiap individu sudah pastinya boleh mengalami penyakit ini. Justeru itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi risiko mendapatkan penyakit ADHD ini yang perlu kita ambil tahu:

1)Faktor Genetik

Faktor genetik memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Jika terdapat sejarah penyakit ADHD dalam keluarga, risiko untuk mendapat penyakit ADHD ini adalah lebih tinggi.

2)Gangguan Neurologis

Anak-anak yang mempunyai gangguan neurologis atau gangguan kesihatan mental lainnya seperti gangguan bipolar atau gangguan spektrum autisme mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat penyakit ADHD.

3)Faktor Persekitaran

Persekitaran yang tidak positif dan stres terhadap keluarga serta kurangnya sokongan sosial dapat meningkatkan risiko ADHD.

Beberapa kajian juga membuktikan bahawa pencemaran udara dapat meningkatkan risiko ADHD pada anak-anak.

4)Kekurangan Rehat dan Gizi

Gizi yang tidak mencukupi atau defisiensi gizi tertentu selama masa pertumbuhan dan perkembangan anak dapat mempengaruhi fungsi otak dan mempengaruhi risiko berlakunya ADHD.

Selain itu, kurang tidur atau gangguan tidur pada anak juga dapat mempengaruhi daya tumpuan dan tingkah laku yang berkaitan dengan gejala ADHD.

Gejala ADHD

1)Gejala ADHD Kepada Kanak-kanak

Gejala utama dari gangguan kesihatan ini ialah kerana kurangnya perhatian, tindakan hiperaktif-impulsif, atau gabungan dari keduanya. Jadi, apakah gejala kanak-kanak yang mempunyai penyakit ADHD? 

Berikut merupakan gejala ADHD kepada kanak-kanak:

  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian.
  • Berasa kegelisahan yang berlebihan.
  • Mempunyai masalah dengan pengendalian diri atau perilaku impulsif. 
  • Kanak-kanak sukar untuk fokus dengan aktiviti dan mudah terganggu.
  • Daya tumpuan yang rendah saat bermain atau mengerjakan tugas sekolah.
  • Kanak-kanak menjadi gelisah dan menghadapi kesukaran untuk duduk diam.
  • Selalu memerlukan pergerakan atau sering berlari.
  • Bercakap secara berlebihan dan menyela orang lain.

2)Gejala ADHD Kepada Remaja

Seiring bertambahnya usia, anak dengan gangguan ini akan menunjukkan perubahan gejala. Dalam beberapa situasi, gejala tertentu yang terlihat ketika masa kanak-kanak mungkin berkurang seiring anak beranjak remaja.

Namun, gejala baru boleh sahaja muncul seiring dengan perubahan tanggungjawab dan bertambahnya usia pada anak. Remaja dengan masalah ini biasanya menunjukkan beberapa gejala berikut:

  • Kesukaran menumpukan fokus pada tugas sekolah atau pekerjaan lain.
  • Sering melakukan kesalahan saat melakukan tugas atau pekerjaan.
  • Mengalami kesukaran dalam menyelesaikan tugas, terutamanya tugas sekolah atau pekerjaan rumah.
  • Memiliki masalah dengan organisasi dan pengurusan waktu.
  • Sering melupakan barang atau kehilangan barang peribadi.
  • Kerap menghindari tugas atau pekerjaan yang melelahkan secara mental.
  • Kesukaran mengekalkan hubungan sosial dan keluarga.
  • Mengalami peningkatan stres dan mudah emosi.

3) Gejala ADHD Kepada Orang Dewasa

Pada orang dewasa, gejala ADHD akan terlihat berbeza daripada gejala yang muncul pada masa kanak-kanak atau remaja. Hal ini terjadi kerana adanya perbezaan tanggungjawab semasa beranjak dewasa.

Gejala ADHD pada orang dewasa adalah seperti berikut:

  • Kesukaran menyelesaikan tugas atau pekerjaan.
  • Memiliki masalah harga diri dan kesejahteraan mental secara menyeluruh.
  • Pengambilan alkohol.
  • Mengalami kesukaran dalam hubungan dengan pasangan, keluarga atau rakan kerja.
  • Sering mengalami kecederaan.
Cara Merawat ADHD

 Kanak-kanak dengan penyakit ADHD tidak boleh sembuh sepenuhnya. Walaupun begitu, gabungan antara ubat dan terapi boleh membantu mengurangkan gejala yang muncul sehingga penghidapnya tetap mampu melakukan aktiviti harian dengan normal.

Di bawah ini ialah cara merawat ADHD yang wajib anda tahu:

1.Ubat

Doktor akan memberikan ubat “methylphenidate” yang memang pada umumnya untuk mengatasi penyakit ADHD. Dengan demikian, gejala yang muncul dapat dikurangkan. Ubat methylphenidate adalah selamat untuk anak tetapi doktor tetap perlu memantau keadaan anak jika terdapat kesan sampingan yang mungkin terjadi.

Jika anak mengalami kesan sampingan atau terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami hal tersebut, maka doktor boleh memberikan jenis ubat yang lain iaitu obat amitriptyline, atomoxetine dan clonidine.

2)Psikoterapi

Teknik rawatan yang lain adalah psikoterapi. Tidak hanya mengubati penyakit ini, terapi juga bermanfaat untuk mengubati masalah lain yang boleh muncul dengan ADHD, misalnya depresi.

3)Terapi interaksi sosial

Terapi interaksi sosial bertujuan untuk membantu penghidap mengetahui perilaku sosial yang sesuai untuk sesuatu keadaan.

4)Terapi tingkah laku ADHD

Kanak-kanak dengan ADHD sering mendapat perubahan daripada terapi tingkah laku dan kaunseling yang mungkin disediakan oleh pakar psikiatri, psikologi, pekerja sosial atau profesional penjagaan kesihatan mental yang lain.

Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD juga mungkin mengalami keadaan lain seperti gangguan kebimbangan atau kemurungan. Dalam kes-kes ini, kaunseling boleh membantu ADHD dan masalah lain yang ada.

Kesan-kesan ADHD Kepada Individu

Gejala ADHD akan menganggu perkembangan anak kita terutamanya dalam pendidikan dan perkembangan mindanya.

Berikut ialah kesan ADHD kepada individu:

  • Perhatian yang lemah
    Anak akan mengalami masalah dalam kelas, sering mudah untuk hilang fokus dan tertinggal dengan apa yang disampaikan oleh guru. Hal ini disebabkan anak sering leka dan mudah beralih perhatian kepada perkara lain.

  • Sukar mendengar arahan
    Anak akan mengalami masalah tidak mendengar arahan yang diberikan dengan betul. Contohnya, apabila seorang guru memberi arahan mudah seperti mengambil buku dari dalam beg, walaupun anak tersebut memandang guru tersebut namun mindanya berada di tempat lain dan tidak mendengar arahan walau sudah diulang berkali-kali.

  • Impulsif
    Anak akan membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Contohnya, memanjat meja untuk mengambil mainan yang boleh menyebabkan kecederaan seperti jatuh.

  • Interaksi dan Komunikasi
    Anak yang mengalami gangguan ADHD biasanya akan bercakap tanpa henti dan sering mengganggu sewaktu orang lain sedang bercakap. Mereka juga akan sering menjawab soalan sebelum soalan yang diberikan selesai di mana kanak-kanak tidak boleh bersabar dalam menunggu soalan. Anak juga akan sering menggunakan barang orang lain tanpa izin.

Dengan ini, perkongsian kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Kita hendaklah mengambil tahu tentang penyakit ADHD ini agar penyakit ini dapat kita cegah daripada berlaku. Hal ini kerana penyakit ini amat berbahaya kepada anak-anak dan juga dapat memberikan kesulitan kepada ibu bapa yang anaknya menghidap penyakit ini. Kami berharap dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu anda memahami apa itu ADHD dan maklumat yang berkenaan dengannya. Semoga bermanfaat!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati