Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Faisal Halim – Pemain Bolasepak Viral Malaysia

BIODATA FAISAL HALIM

Tular di media sosial berkenaan kes terbaru mengenai Faisal Halim yang kini ditahan di Hospital dan sedang dirawat akibat serangan asid daripada 2 orang suspek yang melemparkan bahan asid kepada Faisal Halim.

Ia memberi luka yang dalam pada diri beliau dan juga rakyat Malaysia kerana beliau kini dirawat dengan keadaan tahap 4 dalam ukuran kesan terbakar. Perkara ini membimbangkan hati peminat bola sepak Malaysia kerana belia adalah merupakan aset penting dalam skuad bola sepak negara. Sila ikuti lebih lanjut berkenaan pemain sensasi negara, Muhammad Faisal Bin Abdul Halim.

Berkenaan Biodata Faisal Halim

Terdapat beberapa maklumat yang kami perolehi dari pelbagai sumber yang anda boleh ikuti berkenaan Faisal Halim dari segi maklumat diri, Kerjaya, Pencapaian dan lain-lain.

BIODATA FAISAL HALIM

Siapa Faisal Halim?

Muhammad Faisal bin Abdul Halim dilahirkan pada 7 Januari 1998 adalah pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain di posisi penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia Selangor FC dan pasukan utama kebangsaan Malaysia.

PerkaraBiodata
NamaMuhammad Faisal bin Abdul Halim
Lahir7 Januari 1998
Tinggi1.58 cm (sumber google)
StatusBerkahwin pada tahun 2019 dengan Norsyazwani
Anak1 orang (Khalish Aryan)
Kelab Bola SepakPulau Pinang (2015)
Pahang (2015)
Terengganu (2020)
Selangor(2022)
PencapaianNaib Juara Piala Presiden tahun 2015
Juara Piala FA Malaysia 2018
Naib Juara Liga Super 2022
Naib Juara Piala FA 2022
Akaun Media SosialInstagram Faisalhalim.7

Kerjaya Bola Sepak Faisal Halim

BIODATA FAISAL HALIM

Faisal Halim pada mulanya menyertai Soccer Kids dan seterusnya mengikuti program realiti Mencari Ramli sebelum terpilih menyarung jersi sebagai pemain bolasepak penang U-19. Kesungguhan beliau ternyata membuahkan kejayaan, kini dianggap pemain profesional. Mula bermain untuk pasukan Malaysia sejak 2016 bagi kategori bawah 21 tahun. Berikut adalah penyertaan Faisal dalam kelab bola sepak Malaysia:

  • Pulau Pinang FA (2015) : Skuad Piala Belia yang kemudiannya diserapkan ke skuad Piala Presiden Pulau Pinang. Prestasi terbaik dalam pasukan Belia Pulau Pinang 2015 bimbingan Ketua Jurulatih Noraffendi Taib berjaya dalam pemilihan oleh pengendali pasukan Piala Presiden Pulau Pinang yang seterusnya mengambil Faisal bermain dalam Skuad Piala Presiden P.Pinang.
  • Pahang (2015) : Pada November 2015, Faisal sertai dengan kontrak bersama Pahang, dan membantu pasukan memenangi Piala FA Malaysia 2018.
  • Terengganu (2020) : Pada 6 Disember 2020, Faisal telah menandatangani kontrak bersama Terengganu dan menyarung nombor 7 pada musim 2021. Beliau menjaringkan gol pertamanya melawan Perak dalam kemenangan 2–0 di Stadium Ipoh.
  • Selangor (2022) : Pada 22 Disember 2022, pengumuman dibuat oleh Faisal telah berpindah ke Selangor secara pertukaran bebas. Faisal menjaringkan gol pertamanya semasa menentang KL City menerusi sepakan penalti.

Pencapaian Bola Sepak Faisal Halim

BIODATA FAISAL HALIM

Sebagai pemain professional, Faisal selalu menampilkan persembahan terbaik diatas padangan dengan membantu pasukan dari segi bantuan jaringan gol dan sumbangan gol. Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Faisal Halim sebagai pemain bola sepak:

  • Naib Juara Piala Presiden Malaysia 2015 (Penang)
  • Juara Piala FA Malaysia 2018 (Pahang)
  • Naib Juara Piala FA 2022 (Terengganu)
  • Naib Juara Piala FA 2022 (Terengganu)
  • Naib Juara Liga Super 2023 (Selangor FC)
  • Naib Juara Piala Raja Thailand 2022(Malaysia)
  • Naib Juara Pesta Bola Merdeka 2022 (Malaysia)
  • Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Malaysia – FAN XI Tahun 2022
  • Kejohanan Bola Sepak ASEAN XI Terbaik Tahun 2022
  • Piala Asia AFC Gol Terbaik Tahun 2023

Faisal Halim Kena Serangan Asid

BIODATA FAISAL HALIM

Pada tarikh 5 Mei 2024, Faisal mengalami serangan asid di hadapan sebuah pusat beli-belah oleh 2 suspek. Insiden itu berlaku beberapa hari selepas rakan sepasukan kebangsaannya iaitu, Akhyar Rashid. Bagaimanapun suspek telah ditangkap. Menurut beberapa saksi, suspek sempat mengucapkan “Goodluck” kepada Faisal sebelum menyimbah asid.

Keadaan terkini Faisal Halim dikatakan kritikal kerana kesan asid membakar sehingga tahap 4 dan tangan kiri beliau sukar begerak. Seluruh Malaysia mendoakan kesihatan Faisal kerana beliau adalah merupakan permata negara dalam skuad harimau Malaya.

Soalan FAQs Berkenaan Faisal Halim

Siapa Faisal Halim?

Faisal adalah pemain dengan tinggi 1.58 cm adalah merupakan pemain kebangsaan dan mulai aktif pada tahun 2015.

Bila Faisal Dilahirkan?

Faisal dilahirkan pada 7 Januari 1998.

Adakah Faisal Halim Telah berkahwin?

Ya, Faisal telah berkahwin pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang anak.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati