Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Cadangan Tema Pakaian Hari Guru yang Meriah

Senarai Cadangan Tema Pakaian Hari Guru yang Meriah

Sambutan hari guru akan tiba, ada banyak tema pakaian hari guru yang boleh dipilih. Pemilihan tema pakaian untuk sambutan hari guru sememangnya penting untuk menimbulkan mood dan rasa gembira semasa sambutan hari guru diadakan.

Berkenaan Cadangan Tema Pakaian Hari Guru

Terdapat banyak tema pakaian untuk hari guru yang boleh dipilih. Berikut adalah merupakan 9 jenis tema pakaian hari guru yang boleh dipilih dan sesuai diperagakan:

1.Tema Kembali Ke Sekolah

Senarai Cadangan Tema Pakaian Hari Guru yang Meriah
Kredit – Abdul Rahman Saad

Tema pakaian hari guru yang berdasarkan pakaian pelajar sekolah pastinya akan mengimbau kembali zaman persekolahan para guru. Selain itu, pastinya murid-murid akan teruja apabila melihat bagaimana guru kesayangan mereka mengenakan pakaian ‘pelajar sekolah’. Tema ini sangat sesuai dijadikan sebagai tema pilihan kerana ia tema yang simple melibatkan pakaian sekolah biasa, baju pengawas dan baju pengawas pusat sumber sekolah contohnya.

2.Tema Pakaian Tradisional Kaum-Kaum di Malaysia

2.Tema Pakaian Tradisional Kaum Kaum di Malaysia
Kredit – Ppki Smk Geting

Bagi sebuah sekolah yang mempunyai pelbagai kaum dari kalangan guru akan menampakkan kepelbagaian serta perbezaan pakaian tradisional yang akan digayakan oleh guru-guru di sekolah. Bagi murid pula, mereka akan dapat mengenali pakaian tradisional yang pelbagai sebagai tanda mewakili kaum masing-masing. Murid juga akan didedakan dengan pakaian sari, baju kurung, cheong sang dan lain-lain pakain tradisi.

3.Tema Kalau aku bukan guru

3.Tema Kalau aku bukan guru
Kredit – SK Sungai Petani

Tema pakaian hari guru yang sangat santai! Guru boleh pilih untuk mengenakan jenis pakaian yang disukai mengikut profession apakah yang diperagakan sekiranya diri mereka tidak menjadi seorang guru. Hasil pemilihan tema ini juga kita akan dapat melihat kelainan seorang guru menggayakan pakaian kerja selain dari guru. Mungkin ada yang akan jadi doktor, peguam, polis, askar dan sebagainya.

4.Tema Cerita Dongeng Melayu

4.Tema Cerita Dongeng Melayu
Kredit -SMK Sultan Tajul Ariffin Manong – Rasm

Untuk tema pakaian hari guru ini pula, para guru boleh memilih untuk memperagakan pakaian berasaskan cerita dongeng Melayu. Kebiasaannya boleh mengenakan pakaian orang zaman dahulu yang mana mengenakan pakaian kain batik, corak baju melayu lama dan kain sarung contohnya.

5.Tema Pakaian Kampung

5.Tema Pakaian Kampung
Kredit – Suwaibah Rahudin

Bagaimana kalau seorang guru hadir ke sekolah mengenakan pakaian orang kampung? Pastinya menimbulkan keriuhan dikalangan murid-murid yang berasa teruja melihat guru mereka berpakaian lain daripada kebiasaan. Tema pakaian kampung ini guru boleh mengenakan pakaian yang simple dan boleh juga membawa prop sendiri seperti penyapu dan sebagainya untuk menghayati tema pakaian kampung.

6.Tema Aloha-Hawai

6.Tema Aloha Hawai
Kredit – SK SRI KINTA

Antara tema hari guru yang santai dimana guru-guru boleh mengenakan pakaian ala-ala Aloha Hawai. Umum mengetahui, percutian di Hawai menggambarkan pakaian yang dikenakan adalah pakaian kemeja dengan corak bunga-bunga yang pelbagai. Dengan gaya santai, guru juga boleh mengenakan spek hitam sebagai gaya untuk memperagakan di sambutan hari guru di sekolah.

7.Tema Pakaian Tradisional Kesultanan Melayu

7.Tema Pakaian Tradisional Kesultanan Melayu
Kredit – Ruhil Amani

Melalui tema pakaian hari guru jenis ‘pakaian tradisional kesultanan Melayu’ ini akan membawa guru-guru menyelusuri semula zaman kesultanan Melayu yang dahulu. Guru boleh mengenakan pakaian tradisional Melayu bersama dengan tengkolok dan juga boleh juga mengenakan pakaian lengkap seperti seorang pendekar Melayu.

8.Tema Pakaian Holiday

8.Tema Pakaian Holiday
Senarai Cadangan Tema Pakaian Hari Guru yang Meriah 11

Tema pakaian hari guru bercuti pastinya syok untuk para guru kenakan. Dimana para guru boleh merasa santai dan secara bebas memilih untuk mengenakan pakaian kasual, bergaya dan trend kini. Boleh juga rancangkan dengan memilih warna sedondon dikalangan guru. Kenakan pakaian seolah-olah ingin bercuti akan memberi mood guru-guru sedang dalam percutian.

9.Tema Pakaian Pengantin Baru

9.Tema Pakaian Pengantin Baru
Kredit Cikgu Aman

Tema yang rare untuk sambutan hari guru. Tema pakaian hari guru yang berasaskan pakaian pengantin baru boleh diperagakan oleh guru-guru. Melalui tema ini murid-murid dapat mengenali jenis pakaian pengantin yang sebenar dan pelbagai. Kebiasaannya pakaian pengantin dikenakan adalah warna putih, pakaian melayu dan lain-lain. Boleh juga kenakan pakaian formal untuk guru lelaki.

Demikianlah senarai tema pakaian hari guru yang boleh dipilih sebagai cara untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari guru di sekolah.

Soalan FAQs Berkenaan Tema Pakaian Guru

Tema pakaian hari guru apa yang mudah?

Tema pakaian hari guru yang dirasakan mudah adalah tema pakaian baju sekolah dimana guru boleh mengenakan baju sekolah dan membawa beg sekolah dengan simple.

Apakah garis panduan untuk tema pakaian hari guru?

Seorang guru boleh mengenakan tema pakaian yang sesuai dan mestilah berpakaian sopan serta tidak menjadi perhatian dan menonjol.

Adakah murid juga boleh kenakan tema pakaian untuk hari guru?

Ya, boleh bagi murid-murid untuk diaturkan mengenakan pakaian tema hari guru yang sama dengan guru. Mesti seronok apabila dapat sedondon dengan guru.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati