Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan Persekolahan Kelantan dan Syarat Bantuan Maik

Permohonan Bantuan Persekolahan Kelantan dan Syarat Bantuan Maik
Permohonan Bantuan Persekolahan Kelantan dan Syarat Bantuan Maik 3

Melalui usaha kebajikan kerajaan negeri Kelantan, Kini bantuan persekolahan Kelantan masih diteruskan dibawah Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Berdasarkan peruntukan kerajaan negeri Kelantan, MAIK memainkan peranan penting dalam menerima permohonan dan mengagihkan bantuan kepada mereka yang layak.

Bantuan persekolahan Kelantan ini akan diberikan dan diterima syarat permohonan melalui penetapan yang telah ditetapkan oleh MAIK di laman web rasmi mereka. Walaubagaimanapun, bagi memudahkan urusan anda, kami terpanggil untuk memberi keterangan lebih lanjut berkenaan permohonan bantuan persekolahan Kelantan, syarat-syarat dan cara permohonan.

Berkenaan Permohonan Bantuan Persekolahan Kelantan untuk Rakyat Kelantan

Apa Itu Bantuan Persekolahan Kelantan?

Bantuan persekolahan Kelantan adalah merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” untuk menampung perbelanjaan anak yang bersekolah sama ada peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Bantuan ini adalah dibawah MAIK.

Kadar Bantuan Persekolahan Kelantan

Kadar Bantuan Persekolahan Kelantan

Kadar bantuan disalurkan kepada pemohon adalah RM150 seorang secara “one off” bagi seorang pelajar dalam bentuk tunai atau kelengkapan persekolahan. Ianya adalah tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat, Timbalan Yang DiPertua dan Pegawai yang diberi kuasa.

Penerima Bantuan Persekolahan Kelantan

Untuk penerima, pihak MAIK telah menggariskan bahawa hanya golongan asnaf sahaja yang layak membuat permohonan dan menerima bantuan persekolahan Kelantan seperti yang ditetapkan. Berikut adalah merupakan senarai asnaf yang layak menerima bantuan persekolahan Kelantan:

  • Fakir
  • Miskin
  • Muallaf

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Persekolahan Kelantan

Bagi membuat permohonan, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti oleh pemohon seperti syarat dibawah:

  1. Beragama Islam
  2. Pemohon merupakan rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan seandainya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon adalah merupakan mereka yang bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran atau asal.
  3. Bertepatan dengan kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
  4. Pemohon mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak atau tanggungan anak yang belajar di sekolah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Kaedah Pemberian Bantuan

Bayaran bantuan sekolah Kelantan akan disalurkan secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada masjid bandar atau jajahan dan diagihkan secara tunai kepada imam masjid mukim atau penerima.

Bagi urusan permohonan, anda boleh merujuk cara permohonan dibawah.

Urusan Permohonan Bantuan Persekolahan Kelantan

Senarai Dokumen yang Diperlukan

Untuk membuat urusan permohonan, para pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan seperti dibawah:

  1. Salinan Kad Pengenalan atau surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan
  2. Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif:
    • Maybank
    • CIMB
    • Bank Islam
    • Bank Rakyat
  3. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
  4. Salinan slip gaji atau penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan atau swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
  5. Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan)

Cara Mohon Bantuan Persekolahan Kelantan

Berikut adalah dikongsikan cara membuat permohonan bagi menerima bantuan sekolah Kelantan, Anda boleh ikut beberapa langkah seperti dibawah:

  1. Dapatkan borang permohonan melalui imam masjid bandar, Masjid Mukim dan Masjid jajahan yang disediakan mengikut kuota.
  2. Pihak masjid akan mewujudkan satu jawatankuasa bagi pemilihan calon penerima bantuan yang dipengerusikan oleh imam
  3. Pihak masjid akan menyediakan senarai calon penerima dan disahkan oleh Imam Tua, Imam Muda, Pengerusi Biro Kebajikan dan Setiausaha Masjid
  4. Pemohon yang terpilih hendaklah mengisi borang bantuan persekolahan yang diberikan melalui imam masjid banda, jajahan atau mukim
  5. Pemohon hendaklah menyerahkan borang bantuan berkenaan kepada imam masjid bandar, jajahan atau mukim masing-masing
  6. Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan diserahkan kepada MAIK melalui masjid bandar dan jajahan
  7. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak serta merta.
  8. Bantuan akan disalurkan kepada ketua isi rumah secara tunai melalui imam masjid bandar, jajahan atau mukim kecuali bagi kes-kes tertentu

Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Persekolahan Kelantan

Apakah bantuan sekolah kelantan?

Bantuan yang diberikan kepada asnaf untuk membantu mereka yang memerlukan bagi sesi sekolah bermula.

Berapa kadar bantuan?

Bantuan persekolahan Kelantan disalurkan adalah sebanyak RM150

Bila permohonan bantuan dibuka?

Permohonan bantua dibuka pada bila-bila masa mengikut kuota yang ditetapkan.

Dimana boleh mohon bantuan sekolah Kelantan?

Melalui dapatkan borang permohonan bantuan MAIK di masjid berdekatan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati