Ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak tahu cara yang betul untuk mendaftar akaun BPR 2021 yang baharu sebelum membuat permohonan baharu.
AKAUN BPR
Siapakah yang perlu membuat kemas kini akaun dan daftar akaun baharu ?
- Pemohon yang menerima BSH 2.0 dan BPN 2.0 boleh membuat kemas kini akaun
- Pemohon yang tidak menerima BSH dan BPN serta berpendapatan isi rumah Rm5000 ke bawah perlu membuat permohonan baharu
CARA-CARA MENDAFTAR AKAUN BPR :
- Layari https://bpr.hasil.gov.my/
- Klik pada bahagian permohonan baharu
- Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan semak
- Isikan maklumat yang diminta beserta kod keselamatan dan jawab semua soalan keselamatan
- Pastikan anda mengisi maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat sebelum menghantar permohonan
- Selesai mengisi maklumat, tekan hantar
- Skrin akan memaparkan permohonan berjaya dihantar
- Klik kembali, dan tekan semakan, pastikan skrin memaparkan permohonan diterima sebelum anda log out
Sekiranya anda ingin mengemas kini, sila log masuk ke akaun anda. Jika akaun anda disekat atau terlupa kata laluan, anda boleh menghubungi hotline BPR di 1-800-88-2747 atau kunjungi mana-mana cawangan LHDN yang berhampiran.
Pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan.