Sacha inchi adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusai. Tidak ramai orang Malaysia mengetahui mengenai tumbuhan sacha inchi ini kerana ia sejenis tumbuhan yang tidak berasal daripada negara ini. Sacha inchi adalah berasal daripada kawasan hutan Amazon di Amerika Selatan seperti di negara Venezuela, Bolivia, Colombia, Ecuador, Peru, dan Brazil. Bagaimanapun, ia banyak ditanam secara komersial di Thailand dan Vietnam. Kelebihan sacha inchi adalah terdapat pada minyak yang diekstrak daripada biji. Justeru, artikel ini akan menerangkan apakah khasiat dan manfaat minyak sacha inchi dan bagaimana cara untuk kita kenali minyak sacha inchi yang berkualiti.
Pengenalan dan Kelebihan Minyak Sacha Inchi
Isi Kandungan
Minyak sacha inchi adalah diekstrak daripada biji sacha inchi. Minyak sacha inchi dikenali kerana kandungan asid lemak tidak tepu yang tinggi seperti omega-3, omega-6 dan omega-9 serta vitamin E dan A yang sangat baik untuk kesihatan.
Apakah itu Sacha Inchi?
Tumbuhan sacha inchi adalah dikenali secara saintifik sebagai Plukenetia volubilis. Tumbuhan ini dikenali sebagai sacha inchi dan juga dipanggil dengan nama-nama lain iaitu sacha peanut, mountain peanut, atau Inca peanut. Tumbuhan ini adalah dalam famili Euphorbiaceae, mempunyai trikoma kecil pada daunnya. Sacha inchi adalah tergolong sebagai tumbuhan perennial herba iaitu tumbuhan herba yang berbatang lembut, dan menjalar. Kebiasaanya, buah sacha inchi tidak dimakan, tetapi bijinya dipanggang dan diekstrak untuk mendapatkan minyak. Minyak hasil daripada ekstrak digunakan dalam masakan dan sebagai suplemen kesihatan.
Kelebihan Minyak Sacha Inchi
Banyak khasiat minyak sacha inchi kepada kesihatan tubuh manusia, antaranya adalah seperti berikut:
1. Mampu menurunkan paras kolesterol | Ia membantu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL). |
2. Membantu menurunkan tekanan darah | Ia membantu menurunkan tekanan darah sistolik. |
3. Membantu kesihatan usus | Ia membantu menyeimbangkan mikrobiota dalam usus dan melancarkan sistem pencernaan. |
4. Mencegah kanser | Minyak ini membantu dalam menghalang pembentukan sel-sel kanser dan pengurangkan keradangan. |
5. Membantu mengurangkan berat badan | Ia membantu mengawal berat badan dengan cara mengawal selera makan. |
6. Membantu kesihatan jantung | Mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi yang dapat membantu kesihatan jantung dan mengawal paras kolesterol darah. |
7. Mengurangkan insomnia | Mampu merangsang hormon serotonin dan membantu seseorang untuk tidur lena. |
8. Mengawal kemurungan | Merangsang hormon serotonin dan meningkat emosi ceria dan bahagia bagi seseorang. |
9. Mencegah nyanyuk | Ia mempunyai omega-3, 6 dan 9 dan zat besi yang tinggi, meningkatkan fungi saraf kognitif dan melancarkan pengaliran darah ke otak. |
Cara Membezakan Minyak Sacha Inchi Yang Berkualiti
Terdapat beberapa langkah untuk pengguna mengenali sama ada suplemen minyak sacha inchi adalah minyak berkualiti atau tidak.
- Mengkaji dan Memahami Fakta Nutrisi Produk : Pengguna perlu melihatkan fakta pemakanan setiap suplemen yang melibatkan minyak sacha inchi terlebih dahulu. Pastikan fakta nutrisi produk adalah lengkap mengandungi peratusan omega 3, 6, dan 9 yang betul.
- Tidak mengandungi iron (metal) : Minyak yang bagus adalah bebas daripada kandungan zink, magnesium, mercury atau boron.
- Tidak terdedah kepada haba dan cahaya : Minyak yang masih baik seharusnya tidak terdedah kepada haba dan cahaya, dan sebaiknya disimpan dalam bekas gelap untuk menjaga khasiatnya.
- Kenalpasti beza minyak cold press dan minyak refined : Minyak refined adalah sejenis minyak masakan, di mana kebanyakan khasiat seperti omega 3, 6 dan 9 telah hilang akibat pengoksidaan. Manakala, minyak cold press adalah minyak sesuai sebagai suplemen kesihatan, kaya dengan omega 3, 6, dan 9 serta zat-zat lain masih terpelihara.
Cara Menanam Sacha Inchi Di Rumah
Berikut merupakan video ringkas bagaimana anda boleh menanam sendiri pokok sacha inchi untuk kegunaan anda sendiri di rumah.
Soalan FAQs Untuk Minyak Sacha Inchi
Apakah itu Sacha Inchi?
Tumbuhan sacha inchi adalah dikenali secara saintifik sebagai Plukenetia volubilis, sejenis tumbuhan menjalar dan berbatang lembut.
Apakah khasiat minyak sacha inchi?
Ia boleh mengurangkan paras kolesterol, tekanan darah tinggi dan masalah saraf.
Apakah zat dan vitamin yang ada dalam minyak sacha inchi?
Minyak sacha inchi kaya dengan omega 3, 6 dan 9, vitamin E dan A.