Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Rumah PPR Tahun 2023

IMG 20230104 000113 876

Ikuti Cara Mudah Permohonan Rumah PPR Tahun 2023. Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan pelan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki akan diberitahu dari masa ke semasa.

Program Perumahan Rakyat atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan tindakan drastik yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). PPR dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama kerajaan tempatan. Kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tanah disediakan oleh kerajaan negeri.

Projek PPR ini adalah merupakan salah satu daripada inisiatif daripada Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang tidak mempunyai rumah untuk mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik.

Sebagaimana yang ramai tahu bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memiliki rumah samaada gelandangan, menumpang dirumah orang lain, menyewa dan lain-lain. Hasrat kerajaan adalah ingin melihat rakyat Malaysia yang belum mempunyai rumah dapat memiliki rumah suatu hari nanti.

PPR Dimiliki

Bagi menempatkan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah, kerajaan telah merangka satu skim iaitu Program Perumahan Rakyat. Agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia adalah  Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Untuk pengetahuan pembaca, PPR boleh dikategorikan kepada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Setiap rumah yang dibuat di bawah setiap program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan mengikut spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

MAKLUMAN : Permohonan Rumah PPR Tahun 2023 | Ikuti Cara Mudah Permohonan

Harga bagi PROJEK PPR (DIMILIKI)

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak. Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Bagaimana Ciri-ciri PPR

  • PPR di kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingk at
  • PPR di Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Apakah Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan PPR Dimiliki ini, permohonan dibuka melalui 2 cara iaitu Permohonan secara manual dan permohonan diatas talian.

  • Untuk Permohonan secara manual anda boleh pergi ke cawangan atau menghubungi Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri dibawah ini:

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di cawangan seperti berikut:

  1. PERLIS INDERA KAYANGAN
  2. KEDAH DARUL AMAN
  3. PULAU PINANG

  4. PERAK DARUL RIDZUAN

  5. SELANGOR DARUL EHSAN

  6. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

  7. MELAKA

  8. JOHOR DARUL TAKZIM

  9. TERENGGANU DARUL IMAN

  10. KELANTAN DARUL NAIM

  11. PAHANG DARUL MAKMUR

  12. KUALA LUMPUR

  13. SABAH

  14. SARAWAK
  15. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Anda juga boleh membuat permohonan secara online:

  • Permohonan Secara Online: Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi Sistem Perumahan Rumah Negara (SPRN). Sila layan laman web rasmi dibawah:

LOGIN SISTEM PERUMAHAN RUMAH NEGARA

Anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu jika pertama kali masuk dalam laman web diatas. Anda perlu isi maklumat yang dikehendaki di laman web SPRN. Kemudian, anda boleh mendaftar masuk ke akaun dan bolehlah mengisi borang permohonan rumah PPR dibahagian negeri yang anda kehendaki.

Sebarang maklumat atau persoalan, anda dialu-alukan merujuk ke :

Jabatan Perumahan Negara

Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel:03 – 8000 8000

Atau, anda boleh merujuk talian hotline Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan boleh menghubungi di talian yang telah ditetapkan mengikut negeri-negeri dalam Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh ditanyakan di talian berikut:

Sila Hubungi Bahagian Perancangan Perumahan untuk info lanjut:

03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Melalui emel
Masalah Aplikasi: [email protected]

Info Tentang Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.

Kementerian ini telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964. Semasa awal pertubuhannya ia dinamakan dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Kementerian ini telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi. Hasil daripada cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan maka terhasillah penubuhan ini.

Visi KPKT adalah untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.

Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan yang terkini ialah Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming sejak 3 Disember 2022 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-10, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga 20 April 2010, sebanyak 21,611 daripada 29,562 unit PPR di bawah DBKL ditawar hendak dijual kepada penghuni sedia ada. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan bahawa 7,951 unit rumah belum layak dijual, 2,056 unit masih kosong tanpa berpenghuni, 4,740 unit masih belum diserahkan kepada DBKL oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala 1,155 unit lagi diduduki oleh setinggan transit yang tidak layak untuk menerima tawaran.

Seramai 21,611 orang penghuni sedia ada ditawarkan untuk membeli unit PPR yang sedang diduduki. Akan tetapi, hanya 14,450 orang penghuni sahaja yang berminat untuk membeli.

Jawatankuasa Pemilihan mendapati 10,159 orang penghuni memenuhi syarat layak mendapat rumah PPR. 4,013 orang pula layak bersyarat kerana tunggakan sewa melebihi tiga bulan manakala baki 278 permohonan pula masih dalam proses permohonan.

Akhir sekali, diharapkan kepada sesiapa sahaja yang belum memiliki rumah agar dipermudahkan untuk mendapatkan rumah PPR yang ditawarkan oleh kerajaan ini. Hasrat kerajaan adalah untuk melihat rakyat Malaysia yang belum memiliki rumah supaya dapat memiliki rumah pada suatu hari nanti. Rumah PPR ini adalah rumah mampu milik yang berhak dimohon oleh semua rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah yang murah dan mampu untuk dibayar secara ansuran setiap bulan.

Anda Mungkin Meminati