Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong di Risda Effective Oktober 2022

jawatan kosong risda 2022
Risda

Terkini : Jawatan Kosong Di Risda Tahun 2022 | Permohonan Dibuka Sehingga 21 Oktober 2022. Makluman terkini diterima untuk seluruh warga Malaysia bagi pengambilan pekerja di sebuah syarikat dalam industri perladangan dan pertanian. Segera membuat permohonan dengan mengikuti syarat-syarat kelayakan, iklan, dan cara memohon seperti yang telah diberikan.

Risda Plantation Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang sedang berkembang maju dalam industri perladangan/pertanian dan juga telah mempunyai beberapa wilayah di Seluruh Malaysia

 Terkini : Jawatan Kosong Di Risda Tahun 2022 | Permohonan Dibuka Sehingga 21 Oktober 2022

Apakah Jawatan Kosong Yang Ditawarkan?

Risda kini membuka peluang kepada anda yang berkelayakan dan berminat dalam industri perladangan untuk segera mengisi jawatan-jawatan di Ibu Pejabat dan beberapa wilayah seperti yang telah disediakan :

Maklumat Jawatan

Jawatan:

1. Pengurus Operasi (PG4) – 2 Kekosongan

2. Eksekutif Operasi (EG4) – 5 Kekosongan

3. Penyelia (TG3) – 11 Kekosongan

Sektor : Kerajaan

Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

Bilakah Permohonan Dibuka ?

Permohonan ini sedang dibuka sekarang dan anda perlulah menghantarnya dengan segera sebelum  tarikh tutup 21 Oktober 2022 ,hari Jumaat. Perhatian, permohonan yang dihantar melalui email dan faksimili tidak akan diterima oleh syarikat.

Syarat Kelayakan dan Maklumat Jawatan :

Segala maklumat syarat kelayakan yang tertera adalah maklumat rasmi daripada majikan. Oleh demikian itu, permohonan juga perlulah mengikut kehendak syarikat yang telah diberikan.

Berikut adalah maklumat syarat kelayakan mengikut jawatan ;

  1. Pengurus Operasi (PG4)
  • Gaji bermula RM 2,931.00 – RM 8,334.00
  • Syarat kelayakan : Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pertanian/Perladangan
  1. Eksekutif Operasi (EG4)
  • Gaji bermula RM 1,937.00 – RM 5,353.00
  • Syarat kelayakan : Diploma dalam bidang Perladangan/Pertanian
  1. Penyelia (TG3)
  • Gaji bermula RM 1,500.00 – RM 3,419.00
  • Syarat kelayakan : Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau Sijil Pertanian/Perladangan

Bagaimakah  Skop Tugasan Bagi Setiap Jawatan ?

Untuk pengetahuan anda, tugasan bagi setiap jawatan adalah berbeza-beza. Anda perlulah melihat dari segi kemampuan dan kelayakan yang anda miliki sebelum memohon.

Berikut adalah maklumat tugasan bagi setiap jawatan :

  1. Pengurus Operasi :
  • Merancang Dan Melaksana Semua Projek- Projek
  • Penyediaan Bajet Serta Perbelanjaan di Wilayah Dan Projek Secara Berkesan.
  • Memastikan Semua Laporan Yang Di Perlukan DiHantar Menepati Tarikh Yang Ditetapkan.
  • Mengenalpasti projek baharu, menganalisa data maklumat serta menyediakan kertas kerja kepada Pihak Pengurusan.
  • Menyelaras dan menyelia tugas-tugas pengurusan kewangan dan kawalan kewangan mengikut SOP yang ditetapkan.
  1. Eksekutif Operasi (EG4)
  • Membantu Pengurus merancang dan mengatur strategi pembangunan perniagaan
  • Membantu Pengurus menjalankan promosi untuk mencari peluang perniagaan dan mengekalkan perniagaan sedia ada.
  • Merancang, memantau aktiviti dan menguruskan pekerja di Pusat Operasi
  • Menguruskan perlaksanaan kerja serta menjaga kebajikan Tenaga Kerja Asing dan Tempatan di bawah seliaan Pusat Operasi
  • Menyediakan Laporan Prestasi Projek dan Untung Rugi Pusat Operasi serta menyediakan Laporan Kemajuan aktiviti di Pusat Operasi.
  1. Penyelia (TG3)
  • Merekod semua aktiviti projek seliaan dan menyediakan laporan.
  • Memantau Perlaksanaan Kerja-Kerja (BBC, pengeluaran hasil, penyenggaraan kawasan, pembajaan, pemangkasan, kawalan musuh dan lain-lain) bagi ladang seliaan.
  • Menyimpan rekod dan melaporkan prestasi hasil kerja bagi aktiviti ladang, pemasaran dan khidmat kontrak.

Permohonan Jawatan Kosong Di Risda Tahun 2022

Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang disediakan. Cara permohonannya teramatlah mudah. Anda hanya perlu menyediakan maklumat peribadi beserta :

  1. gambar pasport
  2. kelulusan dan pengalaman kerja
  3. sijil-sijil
  4. lain-lain dokumen yang telah disahkan

Dan permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti yang tertera di bawah:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
RISDA PLANTATION SDN. BHD.
Unit J, Excella Business Park,
Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-42705104; Fak : 03-42705204
Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati